Besarnya Pengorbanan Ibu Bapa

By | 6 September 2014

Posting hari ni agak lebih bersifat peribadi, saya ingin berkongsi kepada anda betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.

Semua kita ada ibu bapa, ada yang masih memilikinya (masih hidup), ada yang kemungkinan sudah tiada samada salah seorang atau kedua-duanya telah tiada. Namun adanya ibu bapa itulah asbab kita untuk ada di dunia ini.

Besarnya pengorbanan ibu bapa
Kita semakin dewasa, ibu bapa kita semakin tua…





Abah saya merupakan pensioner, pencen kerajaan. Jawatan terakhirnya agak tinggi juga di KDN dulu. Eloklah saya tak sebut disini. Disebabkan jawatannya sebagai PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), kami sekeluarga tak pernah pun tinggal di Kelantan, negeri asal abah dan mama.

Kami biasa merantau, tapi dalam Malaysia sahaja la. Mula-mula di KL, pastu di Seremban, pastu kembali di KL sehinggalah pencen.

Saya banyak membesar di Seremban. Sekolah menengah saya di KL dan Pahang, universiti di Perak. Itulah serba sedikit saya boleh beritahu.

Mama pula masa tinggal di KL dia bekerja. Bila dapat adik saya yang no. 5 ni, beliau berhenti dan menjadi surirumah sepenuh masa. Oh ya, saya ni kira adik juga sebab saya no. 4.

Bila saya bekerja, saya tahu betapa sukar cari duit. Sejak muda sampai sekarang masih bekerja. Selepas pencen pun abah masih kerja. Sampai sekarang. Awal tahun ni abah start tak sihat, selalu sakit dada. Bukan pula sakit jantung, sebab tak jaga makan. Kalau balik kampung makan tak hingat, maklumlah nenek pun masih ada, alhamdulillah.

Jadi, 2 bulan lalu saya jual bisnes taska saya. Sebab bila saya masih bekerja tetap, abah yang banyak bantu saya kerja-kerja taska. Jadi bila abah tak sihat, saya rasa takpelah untuk saya jual bisnes taska saya sebab saya tak mahu tambah stress dia. 

Mama pula saya ingat memang buat semua perkara di rumah. Dia bisnes juga dulu-dulu. Ingat lagi apa bisnes dia: batik, handbag… dan dengan bisnes itulah beliau mampu beli rumah kondo di Taman Melati (sekarang buat sewa). Hebat kan.

Kecil-kecil dulu sebab mama surirumah, saya tak pernah merasa naik bas ke sekolah. Tiap kali mama hantar dan ambil kami semua. Masak pun sendiri. Beliau rajin buat kek, kuih pau dl. Kek yang paling saya ingat adalah kek lapis buah, kek blueberry boibait… hmm sedap tu.


Sampai sekarang mama saya ni masih jaga kami. Sekarang jaga cucu pulak, especially anak-anak saya. 2 orang anak-anak saya memang membesar dengan dia. Dan memang ada dengan bibik sekali. Tahun depan dapat baby baru saya nak cari pengasuh baru. Dah 3 orang kesian pula. Lagipun mama pun nampak uzur dah sekarang, sebab beliau ada athritis.

Sebab mama dan abah saya ni memang senang, maksud saya hidup senang, kadangkala saya sendiri tak terkejar mereka dengan pendapatan saya. Maksudnya pendapatan mereka lebih daripada saya sendiri. Tapi sebagai anak saya tetap beri setiap bulan, cuma saya sentiasa berdoa mereka sentiasa sihat dan saya dapat beri mereka lebih daripada apa yang saya beri sekarang. Sekurang-kurangnya RM1k sebulan dengan dapat menaja mereka mengerjakan umrah setiap tahun.

Selagi mereka hidup selagi itu saya akan menjaga mereka dan menjaga hati mereka. Mereka segalanya buat saya.

Kisah anda pula bagaimana? Jika tidak keberatan tulislah disini, mana tahu menjadi pengajaran kepada kita semua.

Mamahakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge