Belasungkawa Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

By | 13 February 2015
Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Ketika saya tulis posting ni, saya dah boleh bertenang sedikit daripada khabar duka ini. Genap sehari ketika ini beliau telah pulang ke pangkuan kekasihnya yang tercinta. Allah lebih sayangkan beliau.

Tok Guru Nik Aziz dalam ingatan

Tok Guru Nik Aziz dalam ingatan

Tatkala mendengar perkhabaran duka, saya sedang tidurkan anak, husband pula dah tidur sebab tak sihat. Jadi semalaman tu saya asyik sangat tengok feeds kat FB saya tanpa disedari air mata laju mengalir sampai teresak-esak. Husband terkejut daripada tidur, ingatkan apalah bini dia ni. Huhuh tapi serius saya tak dapat baca semua newsfeed, saya kalah dengan emosi. Perasaan sedih tak dapat ditahan lagi.

Saya ingat tatkala di tingkatan 3 berpeluang menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w. Bukan masuk pun tapi sekadar lalu.. itu pun air mata berjuraian tanpa dipaksa. Tak tahu mengapa.

Selain itu, ada 3 tokoh yang membuatkan saya menangis berjuraian.

Almarhum Ust Fadhil Noor

Almarhum Ust Fadhil Noor

Pertama pada saat pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, seorang negarawan, juga meninggal sebab sakit. Tak silap saya ada kaitan dengan jantung. Saya berpeluang melawat jenazahnya bersama-sama ayah saya masa tu di hospital sebaik mendengar perkhabaran duka itu.

Ribuan memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Ust Fadhil Noor

Ribuan memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Ust Fadhil Noor

Beliau disemadikan di kampungnya di Alor Star, ini saya tak ikut. Tapi daripada berita-berita yang dikongsikan memang ramai sangat memberikan penghormatan kepada beliau. Khabarnya jalan jem daripada highway lagi. Subhanallah.

Tokoh kedua adalah seorang muslimat, seorang ibu pada saya dan seorang guru. Almarhumah Dr Lo’lo’ Ghazali. Menderita sakit kanser lama dah sampai berkerusi roda pun masih hadir ke program parti beliau. Seorang yang gigih, penyayang tapi tegas.

Almarhumah Dr Lo' Lo' dalam ingatan

Almarhumah Dr Lo’ Lo’ dalam ingatan

Sebaik mendengar perkhabaran kematiannya, saya pegi melawat di Masjid tempat jenazah beliau ditempatkan. Air mata bercucuran. Saya sempat kucup wajah beliau yang bersih. Damailah dikau disana.

Ribuan hadir ke pengkebumian Almarhumah Dr Lo Lo Ghazali

Ribuan hadir ke pengkebumian Almarhumah Dr Lo Lo Ghazali

Dan Tok Guru Nik Aziz adalah tokoh ketiga saya rasa terlalu sedih. Saya tahu beliau menderita lama kerana sakit, dan kematian adalah masanya beliau dapat berehat. Tetapi duka kehilangan adalah satu perkara tak tertanggung oleh kita yang beliau tinggalkan.

Ribuan yang hadir ke pengkebumian Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Ribuan yang hadir ke pengkebumian Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Aura beliau sangat hebat. Bayangkan buka saja fb, baru baca 1 atau 2 status kawan-kawan dah bercucuran air mata. Saya sempat bertemu beliau beberapa kali secara peribadi di rumah beliau bersama kawan-kawan. Selain itu beliau juga hadir pada hari perkahwinan saya dan suami 8 tahun lalu… semua menjadi kenangan mengusik jiwa kini.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan kesan pada hati kita, dalam kesedihan hidup perlu juga diteruskan. Daripada mereka, seharusnya dapat kita membulatkan tekad, meneruskan legasi mereka. Apakah yang kita dapat daripada mereka?

  • Solat tahajud tidak tinggal
  • Amalan sedekah secara harian
  • Amanah dengan tugas dan kewajipan
  • Menghormati sesama manusia, dakwah lebih luas dengan bukan Islam

Begitu juga kita dengan Nabi Muhammad s.a.w, apakah amalan kita hari ini sudah cukup untuk menemukan kita dengan baginda di Akhirat kelak?

Cukupkah amalan kita untuk menyatukan kita dengan Rasulullah saw kelak?

Cukupkah amalan kita untuk menyatukan kita dengan Rasulullah saw kelak?

Ya Allah, betapa kerdilnya aku…

2 thoughts on “Belasungkawa Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge