Call nowWhatsapp

Topik hidup lebih lama ini tentu banyak pendebatan terutama dari aspek spiritual dan keagamaan, cuma posting saya kali ini adalah lebih mengkhusus kepada aspek kesihatan.

Dari aspek kesihatan, banyak juga salah faham

  • Mereka yang kurus tentunya sihat
  • Mereka yang gemuk tentunya cepat sakit
  • Mereka yang muda mati lambat
  • Orang tua selalu mati cepat
  • Kanak-kanak hidup lebih lama
Kurus Bukan Petanda Anda Sihat

Kurus Bukan Petanda Anda Sihat

 

Obesiti meningkatkan risiko penyakit berbahaya

Obesiti meningkatkan risiko penyakit berbahaya

Hakikatnya, cuba lihat disekeliling anda, kematian tidak mengenal siapa. Saya tidak mahu pula ulaskan dari aspek keagamaan, sebaliknya saya ingin kupaskan dari sudut kesihatan.

Malaysian Pendamic bukan lagi penyakit orang-orang tua

Malaysian Pendamic bukan lagi penyakit orang-orang tua

 

Hidup Lebih Lama? Makan Sikit

Banyak penyakit berasal daripada perut. Perut tempatnya simpan makanan yang kita makan. Jika kita makan sikit, bermakna

  • Anda kurang makanan berlemak, berminyak, gula, garam
  • Anda kurang ambil kalori
Kurang pengambilan kalori mengurangkan risiko penyakit

Kurang pengambilan kalori mengurangkan risiko penyakit

Sekaligus anda dapat kurangkan berat badan, dan seterusnya dapat mengurangkan pendedahan kepada risiko penyakit seperti

  • Lemah Jantung
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Strok
  • Kanser

Kurangkan Kalori Memanjangkan Jangka Hayat

Roy Walford, seorang professor dalam bidang gerontology telah membuktikan jangka hayat haiwan boleh dinaikkan kepada 50% sekiranya diberikan diet yang rendah kalori. Beliau seorang ahli sains dengan 340 scientific papers dan 7 buku.

Kurang kalori mampu memanjangkan jangka hayat

Kurang kalori mampu memanjangkan jangka hayat

Cara beliau adalah mengamalkan Calorie Restriction diet yang mana jumlah kalori harian dalam lingkungan 1200-1500 kcl sehari. Kajian beliau selama 25 tahun membuktikan Calorie Restriction telah membuktikan jangka hayat haiwan dapat dipanjangkan 50% lebih lama jika diberikan makanan yang rendah kalori. Walaupun kajian ini terhadap haiwan, ia boleh diamalkan oleh primate seperti manusia.

Puasa Sebagai Latihan Kurangkan Kalori Makanan

Semasa berpuasa, secara automatiknya kita kurang makan dan kuranglah pengambilan kalori makanan. Ini saya tolak dengan sesiapa yang makan dengan banyaknya semasa berbuka ya, sebenarnya itu cuma nafsu hendak makan sahaja.

Sebaik-baiknya ikuti tips berikut untuk kurangkan berat badan dan kalori makanan semasa berpuasa:

  • Makan makanan seimbang terlebih dahulu sebelum makan makanan manis
  • Makan kurma hanya 1-2 biji sahaja, kerana kurma turut mengandungi kalori
  • Banyakkan minum air kosong, jika nak ambil air manis, hadkan 1 cawan sahaja
  • Ingat bahawa kenyang datang selepas 20 minit. Selepas makan makanan seimbang, apa kata solat dahulu

Amalan semasa berpuasa sewajarnya diteruskan pada bulan-bulan lain supaya anda dapat HIDUP LEBIH LAMA.

Jemput hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)