Azabnya Cirit Birit Masa Mengandung

By | 19 January 2018
cirit birit mengandung

Banyak pula dugaan mengandung kali ini. Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, saya kini sedang mengandung sudah masuk 8 bulan. Alhamdulillah setakat ini memang kesihatan sangat baik dan boleh aktif macam biasa.

Tapi tak sangka pula bila masuk trimester ke 3 ni, diuji pula dengan macam-macam isu.

Sabtu minggu lalu anak kedua saya, Faiz mula demam disamping simptom lain seperti cirit birit dan muntah. Tahula kan bila anak sakit, kita sebagai mak ni bukan boleh duduk diam walaupun apa keadaan kita sekalipun. Tak larat sebab mengandung pun, digagahkan juga badan jaga anak yang tak sihat.

Lepas Faiz, berjangkit pula pada Sarah. Sarah mula muntah pada Ahad malam. Doktor cuma kata kes biasa sebab tonsil bengkak. Dibekalkan kami dengan ubat muntah sekali dengan ubat demam, walaupun Sarah belum demam.

Ahad malam saya berjaga untuk jaga Sarah yang mula demam walaupun tak tinggi sangat. Selain demam, Sarah juga ada ciri-ciri sama dengan Faiz, iaitu cirit birit.

Disebabkan malam itu saya tidak cukup tidur, pagi Isnin usai selesai urusan Hakim ke sekolah, saya terus tidur dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Mujurlah Faiz tidak bersekolah, jadi dapat rehat lama sikit.

Bangun jam 10 pagi tu, sudah rasa tak sedap perut. Namun saya masih gagahi, siapkan makan tengahari buat anak-anak dahulu. Sesudah memasak, beri makan anak-anak sebelum saya bertolak ke sekolah untuk ambil Hakim pada jam 12.30 tengahari. Masa ini sakit perut mula ketara.

Tapi sebab saya perlu selesaikan juga hal anak-anak, maka saya tahan dahulu. Ambil Hakim dan saya terus pecut balik ke rumah sambil tahan sakit perut memulas. Masa itu mula hendak menangis sebab sakit sangat. Macam sakit contraction, tapi hendak kata contraction takde pula sakit pinggang dan belakang.

“Adakah ini brixton hicks?”

Saya bertanya juga pada grup support bisnes Shaklee saya. Sakitnya macam hendak mati (macam sakit bersalin). Sampai di rumah saya segera berbaring. Sakit tak hilang. Nangis kuat saya masa tu. Hakim saya suruhnya ponteng sekolah dan tolong jaga adik-adik.

Saya call husband minta beliau pulang segera. Sakit ohoi. Tak tahu nak cakap macamana sakitnya.

Sehingga jam 3 petang, apabila suami balik, beliau ajak ke hospital. Tapi sebab masa ini sakit mula berkurangan, saya batalkan hasrat ke hospital.

Sambil berehat, perut masih lagi sakit sedikit. Memulas. Rupanya cirit birit juga. Sama simptom dengan anak-anak. Dari jam 3 petang hingga 8 malam, 4 kali berulang ke tandas.

Saya ingatkan ianya berakhir di situ. Dalam jam 9 malam, sambil berbaring dan mula rasa loya. Muntah pulak. Muntah lebih 1 liter kot.

Rasa lembik longlai badan, takde tenaga. Air keluar dari badan dengan banyak hasil cirit birit dan muntah. Masa ini saya ajak suami ke klinik.

Sudah jam 9.30 malam, jadi kami cari klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Ke Sri Gombak Prima. Ramai betul pesakit, terpaksa menunggu sekejap. Memang rasa lemah sangat.

Seusai berjumpa doktor, saya hanya diberikan ubat tahan muntah dan ubat demam (paracetamol) sahaja. Bila mengandung, ubat cirit birit memang tak boleh diberikan. Disamping itu, doktor pesan minum air banyak sebab badan dah dehidrat (tahap ketone tinggi dalam air kencing).

Kami balik ke rumah dalam pukul 11 malam, sebelum itu sempat singgah kedai beli yogurt untuk bantu penghadaman dan fungsi usus.

Mujur juga saya pulih dengan cepat. Malam itu juga saya berpeluh dan rasa sedikit kuat. Mujur juga sebab malam itulah demam Sarah mula tinggi. Panas sangat. Apa yang saya  buat jadi cepat baik?

  1. Untuk cirit birit saya makan yogurt untuk fungsi usus dan penghadaman
  2. Makan ubat ikut jadual
  3. Untuk tambah bendalir dalam badan, saya minum air sebanyaknya, termasuk air bancuhan Performance Drink.
  4. Suplemen jangan tinggal

Alhamdulillah malam itu juga pulih walaupun tak sepenuhnya. Cukuplah untuk dapat tenaga bersengkang mata jaga Sarah pula.

Sarah pulih selepas 2 hari (hari Khamis). Hari ini pula giliran Hakim pula. Mujurlah dia sudah besar, alhamdulillah tak renyah mana hendak jaga dia.

Cepat Pulih Dari Sakit

Alhamdulillah, walaupun memang rasa sakit sangat time kena tu (tak sanggup hendak lalui lagi), tapi memang rasa best sebab cepat sangat pemulihannya.

Syukurlah. Hasil konsisten menjaga diri sihat dengan pengambilan suplemen yang bagus, menjadikan proses pemulihan pun lebih pantas, ya tentunya dengan bantuan perubatan moden juga.

Saya tak menolak perubatan moden, namun perubatan moden berfungsi untuk merawat. Suplemen Shaklee diambil untuk mencegah atau mengelakkan penyakit, terutama penyakit kronik.

Bukan juga bermaksud pengamal suplemen ni takkan sakit selamanya. Tentu ada sakit, namun tidaklah teruk sangat, betul tak? Dan pulih pula cepat.

Begitu juga anak-anak, saya perhatikan proses pemulihan lebih cepat. Alhamdulillah inilah yang saya mahukan dan saya usaha ikhtiarkan.

Anak sulung belum ada pengalaman tapi berjaya juga menyusu selama 2 tahun lebih

Hakim anak sulung saya masa umurnya 2 tahun. Wajahnya saling tak tumpah dengan Sarah sekarang

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

8 thoughts on “Azabnya Cirit Birit Masa Mengandung

    1. Raihanah Ahmad Post author

      bukan sarah tu, tu hakim, anak sulung. memang serupa kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      tak pernah kena sis, so memang tak tahu cemana azabnya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge