Call nowWhatsapp

Pernah tak perasan di leher kita nampak lingkaran kehitaman. Jenuh kita tonyoh-tonyoh atau ingatkan berdaki, tapi tidak juga hilang. Daripada leher, menular pula ke kawasan ketiak. Jadi apakah makna hitam ini dan perlukah kita berasa bimbang?

Awas Leher Kehitaman Tanda Diabetes

Leher yang kehitaman disebut sebagai Acanthosis Nigricans (AN). Acanthosis nigricans (AN) kebiasaannya merupakan keadaan kulit benigna dicirikan oleh hyperpigmentation (kulit kehitaman) kebiasannya pada leher dan ketiak.

Acanthosis nigricans sering dilihat pada pesakit obes dengan rintangan insulin dan sering dikaitkan dengan pra-diabetes dan diabetes jenis 2.

Lingkaran hitam pada pelipat merupakan tanda awal diabetes / kencing manis

Lingkaran hitam pada pelipat merupakan tanda awal diabetes / kencing manis

Jika anda melihat perubahan warna kulit atau tekstur adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda. Pakar kulit anda mungkin boleh mendiagnosis acanthosis nigricans, tetapi untuk mendiagnosis rintangan insulin atau masalah kesihatan yang lain metabolik asas (termasuk sindrom PCOS, pra-diabetes atau diabetes type 2) anda harus berjumpa dengan endocrinologist.

AN sering muncul dalam bahagian badan yang berlipat seperti di bawah lengan, paha dan belakang lutut. Tetapi ia juga boleh muncul hampir di mana sahaja pada badan termasuk kulit kepala, tangan, siku, dan puting.

Apakah Penyebab Acanthosis Nigricans

Acanthosis nigricans paling kerap dikaitkan dengan peningkatan tahap insulin atau hyperinsulinemia kerana rintangan insulin. AN paling biasa dilihat pada orang gemuk tetapi boleh berlaku kepada mana-mana pesakit yang mempunyai rintangan insulin.

Skin tags juga merupakan tanda awal diabetes / kencing manis

Skin tags juga merupakan tanda awal diabetes / kencing manis

AN selalunya benign (bukan kanser) tetapi dalam kes-kes yang jarang berlaku boleh menjadi serius. Skin tags pula boleh muncul kepada pesakit yang sama mempunyai AN.tags kulit sering muncul dalam pesakit yang sama yang mempunyai acanthosis nigricans. AN juga boleh muncul di tapak tangan dan belakang tangan. Ia juga boleh disalah anggap sebagai psoriasis atau hadir bersama-sama psoriasis.

Walaupun pada pandangan mata kasar kita memiliki AN nampak buruk, namun sebenarnya ia merupakan tanda awal amaran untuk penyakit diabetes yang tidak harus diabaikan. Meskipun saat anda menyedari anda mempunyai AN dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan disahkan bebas diabetes, ia tidak bermakna anda terselamat daripada risiko ini. Ini disebabkan AN mungkin muncul beberapa tahun sebelum anda dapat mengesan ketidaknormalan gula dalam darah anda.

Cara Mencegah Diabetes / Kencing Manis

Ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan untuk membantu anda mencegah dan mengawal diabetes / kencing manis:

1. Kawal pemakanan

Pilih makanan berunsur karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas.

  • Karbohidrat ringkas adalah seperti buah-buahan, minuman ringan, gula, madu dan jem.
  • Karbohidrat kompleks adalah seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, oat, pasta, sayuran berkanji dan kekacang.

2. Jadual makan

Makan dengan jadual makan yang teratur setiap hari. Ini disebabkan manusia memerlukan pemakanan setiap 3-4 jam sekali untuk mengelakkan kadar metabolisma yang rendah dan kehilangan tenaga. Makan dengan jadual yang teratur bukan makan ketika lapar sahaja.

3. Diet yang seimbang

Ambil diet yang rendah lemak kerana ia membantu pesakit diabetes yang mengalami masalah kegemukan. Penurunan berat badan dapat membantu mengawal gula ke tahap yang sihat dan optimum.

4. Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan serat / fiber.

Fiber dan serat membantu melambatkan penyerapan glukosa dalam darah. Ia juga rendah lemak dan membuatkan kita rasa lebih kenyang.

5. Ambil suplemen

Dewasa ini tidak boleh kita abaikan pengambilan suplemen. Ini kerana suplemen bertindak sebagai pelengkap nutrisi. Suplemen bukan sebagai pengganti makanan, sebaliknya sebagai pelengkap nutrisi. Justeru pengambilan suplemen akan membantu anda untuk menutup lompong-lompong nutrisi yang tidak mencukupi.

Antara suplemen yang sesuai bagi usaha mencegah dan mengawal diabetes adalah:

ESP

ESP dapat membantu mengawal paras gula dalam badan dan membekalkan tenaga berpanjangan. GI bagi ESP adalah 39 sahaja, sangat rendah berbanding tembikai, kentang dan nasi putih. Sebab itu anda takkan rasa cepat letih berbanding anda mengambil nasi putih. ESP akan melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan. Justeru ESP sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah diabetes sebagai makanan gantian atau mereka yang ingin mencegah paras gula tinggi.

Vitalea

Vitalea mengandungi mineral kromium yang sangat penting. Kromium adalah mineral yang membantu insulin supaya insulin bekerja lebih efektif dan membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Dengan kromium ini dapat mengekalkan tahap gula yang sihat.

Vivix

Vivix mengandungi polifenol iaitu resveratrol yang sangat berkuasa. Polifenol boleh membantu rencatkan AGE protein. AGE protein adalah gabungan gula berlebihan dan protein. AGE mempercepatkan penuaan dan meningkatkan risiko penyakit berkaitan penuaan lain. Contohnya diabetes. Kajian menunjukkan bahan polifenol dalam tumbuhan boleh menbantutkan sebanyak 90% pertumbuhan AGE protein dalam badan berbanding resveratrol biasa dalam pasaran.

 

4. Sustained Release Vita C

Pengambilan vitamin C adalah untuk mengurangkan paras sorbitol. Sorbitol adalah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Sorbitol akan terkumpul di dalam sel, mengakibatkan ia menjejaskan sel anda contohnya sel mata, sel buah pinggang dll.

Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula dalam darah daripada ditukarkan kepada sorbitol, sebaliknya ia akan ditukarkan kepada tenaga.

Kesimpulan

Set ini hanyalah cadangan untuk memastikan keperluan zat makanan bagi mencegah penyakit diabetes / kencing manis. Usah tunggu anda didiagnos menghidap diabetes barulah hendak mencari rawatan. Ini kerana penyakit diabetes sangat sukar untuk dirawat dan diabetes juga mempunyai risiko sangat tinggi untuk komplikasi lain seperti sakit buah pinggang, strok dan lain-lain. Saya boleh membantu anda membuat pilihan suplemen yang mungkin anda perlukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama sihat dan berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)