Ada yang komen dalam posting saya sebelum ini berkenaan kesan sampingan jika mengambil suplemen. Adakah ianya memudaratkan atau sebaliknya. Selamatkah produk yang diambil? Itulah segelintir kerisauan yang timbul.
Saya faham kerisauan ini timbul disebabkan apa. Saya dahulu pun memang skeptikal juga untuk mengambil suplemen. Sejak kecil, bukanlah kecil, remaja sebenarnya saya memang berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau produk kesihatan yang bukan disyorkan oleh doktor.
Sebab apa. Di rumah kami, mama kami selalu saja bercerita perihal hal sekeliling. Jadi kami memang ambil tahu dan tahu apa yang berlaku.
Saya memang ambil ubat yang doktor bekalkan sahaja, kalau ada vitamin pun, hanya apa yang doktor berikan. Tapi tahukah kita sebenarnya, ubat pun ada kesan sampingan? Tapi saya bukanlah hendak cerita berkenaan ubat. Saya ingin membuka minda anda berkenaan suplemen sahaja.
Selamatkah Produk Kesihatan Di Luar Kaunter Farmasi/Klinik?
Masa anak sulung saya selalu demam (setiap bulan demam) semasa berumur 4 tahun, ramai kawan-kawan saya cadangkan cuba kuatkan sistem imun anak. Masa itu ada cadangan untuk minyak ikan dan prebiotik. Sebab saya skeptikal pada produk kesihatan yang tidak dijual di farmasi, maka saya beli daripada farmasi.
Antara jenama yang saya pernah cuba adalah Scotts Emulsion dan beberapa jenama lain lagi yang saya sudah lupa. Cuba punya cuba, memang tiada kesan. Anak masih demam, tonsil masih bengkak. Saya cuba adalah dalam 3-4 bulan juga. Habis beratus-ratus malah beribu RM.
Masa itu, saya rasa zaman kebangkitan Shaklee. Dan saya pun memang guna Shaklee untuk menyusu. Terdetik hati hendak bertanya kalau ada suplemen untuk kanak-kanak. Ada! Saya ikhtiar sajalah, pasrah masa itu. Lagipun saya sudah guna, insyaAllah selamat untuk budak-budak. Cuba untuk sebulan. Wah tiada demam pulak. Saya monitor lagi sebulan, eh sihat saja ni. Sebagai ibu, memanglah kita rasa gembirakan.
Itulah sejarahnya anak-anak saya mula gunakan Shaklee. Alhamdulillah sampai hari ini sudah lebih 4 tahun, daripada anak sulung hingga anak no 3 kesemua mereka pengguna Shaklee.
Kanak-kanak pun guna selamat, angkasawan pun guna Shaklee, tentulah selamat untuk kita bukan? Oklah kalau ini pun belum cukup meyakinkan anda, mari saya bawakan beberapa point lagi.
Shaklee dan Penjagaan Kualitinya
Untuk pengetahuan anda, Shaklee tidak mempunyai ladang sendiri sebab ia mahu fokus pada kajian dan penghasilan produk berkualiti. Perladangan mereka ambil daripada pihak ketiga. Ini pun bagus juga sebab jika bahan mentah tidak berkualiti, Shaklee boleh rejek tanpa menanggung apa-apa kerugian.
Shaklee juga tidak perlu pening kepala bab penjagaan ladang. Dan tidak kesemua ramuan yang digunakan Shaklee sesuai ditanam di USA sana. Untuk pengetahuan anda juga, bahan ramuan yang digunakan oleh Shaklee diambil dari merata ceruk dunia.
Beberapa tahun lalu, Shaklee pernah rejek 7 tan alfalfa daripada sebuah ladang hanya disebabkan ada pencemaran yang datang daripada ribut. Cuma dari ribut, bukannya ladang itu gunakan racun serangga. Disebabkan pencemaran yang sedikit itu, Shaklee rejek kesemua 7 tan alfalfa tersebut.
Kesian jadi ladang itu, kerugian dia banyak. Tapi sekejap sahaja la, ladang ini tawarkan pembelian alfalfa yang telah tercemar itu kepada beberapa syarikat suplemen yang lain. Yang terkejutnya, berebut-rebut syarikat lain hendak beli sebab mereka tahu bahan mentah Shaklee confirmlah kualitinya top notch kan.
Selain itu banyak juga produk Shaklee terpaksa dihentikan penghasilannya disebabkan bahan mentah tidak berkualiti, rosak dan lain-lain.
Di sini menunjukkan Shaklee sangat menjaga kualiti produknya, disamping penjagaan keselamatan produk.
Kajian Klinikal Ramuan dan Produk
Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin ada yang belum. Tapi jom kita refresh balik. Shaklee membelanjakan sekitar USD300juta setahun untuk bidang kajian dan pembangunan. Setiap satu bahan yang digunakan atau produk yang dihasilkan akan melalui beratus-ratus kajian setiap tahun.
Shaklee juga mempunyai barisan saintis mereka sendiri. Saintis mat saleh ini, kita pun tahulah makmal mereka macamana. Canggih weh. Itu baru makmal. Belum lagi kehebatan saintis mereka itu.
Senarai Tidak Shaklee
Tahukah anda, even dakwat yang digunakan untuk menulis label pada botol produk Shaklee juga adalah diambil daripada dakwat tidak bertoksik? Ya! Dari dakwat hinggalah kepada ramuan produknya semuanya adalah selamat. Ada senarai tidak Shaklee yang telah dikeluarkan. Kalau senarai ini tidak betul, bolehlah sesiapa saman Shaklee.
Shaklee Sentiasa Mendapat Pengiktirafan Halal
Setiap tahun Shaklee akan sentiasa memastikannya mendapat pengiktirafan pensijilan halal. Semua produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dan Indonesia adalah datangnya daripada kilang yang berbeza daripada produk untuk pasaran US dan lain-lain. Sebab kilang ini perlu mendapat pensijilan halal daripada ISA. ISA pula adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM berkaitan status halal.
Proses Halal di sana lebih baik kot daripada di negara kita.
Itulah serba sedikit saya kongsikan berkenaan bagaimana selamatnya produk Shaklee ini. Saya sendiri pun sudah gunakan selama 4 tahun lebih. Alhamdulillah kesihatan pun memang semakin baik sebagaimana dalam keputusan saringan kesihatan saya.
Kesan Sampingan Suplemen, Adakah Memudaratkan?
Sebenarnya masyarakat kita jadi trauma untuk ambil suplemen, sebab banyak kes yang memudaratkan. Jadi saya pun faham kenapa fefeling macam itu. Cuma biasanya kesan sampingan yang anda rasai ada faktor-faktornya, antaranya:
1. Mencampurkan Macam-macam Suplemen Pada Satu Masa
Seeloknya gunakanlah sesuatu produk itu mengikut konsultasi pengedar dan dalam kes penjagaan kesihatan, banyak bukan bererti bagus. Sebaliknya produk yang berkesanlah yang bagus. Beberapa kali terpalit dengan pelbagai fitnah. Bila diselidiki, rupa-rupanya pesakit sebenarnya mengambil suplement jenama lain bersama-sama, tetapi tidak dinyatakan.
Kes ni berlaku pada Cikgu Mariyana yang menjual ubat kurus dan kes pelajar jururawat yang kantoi banyak suplement tempatan pelbagai jenama dalam lokernya. Jenama lain yang tiada kredibiliti kualiti, tiada kajian, usah la berani pakai ye.
Saya ada customer pesakit SLE sebelum mengambil Shaklee saya tanyakan ada ambil suplemen lain ke. Sebab setahu saya pesakit SLE tidak boleh mengambil suplemen sintetik (atau organik-sintetik). Katanya ada. Saya pesan siap-siap jangan ambil suplemen tersebut sekiranya hendak mencuba Shaklee. Alhamdulillah sekarang beliau sihat sahaja, sudah 2 bulan menambah order Vivix.
2. Pengguna Mempunyai Alahan atau penyakit SLE
Pengguna mempunyai alahan atau penyakit seperti lupus (SLE) yang tidak boleh menerima sesetengah produk. Maka adalah penting anda mengenali tubuh anda dan memaklumkan kepada pengedar apa yang anda alah. Tapi ada juga kes pengguna tidak tahu sebenarnya dia menghidap SLE.
Selain itu jika pengguna mempunyai cyst atau toksin tinggi, mereka akan melalui fasa dimana tubuh memberi signal mereka mempunyai penyakit tersebut kerana Shaklee bertindak mengeluarkan toksin dan mengaktifkan fungsi sebenar tubuh.
3. Cara Penggunaan Suplemen
Sama ada anda beli dari premis atau kiosk tanpa khidmat nasihat percuma berterusan atau beli dari ahli yang menggunakannya untuk diri sendiri tanpa mengkaji mengenai produk.Â
4. Pengambilan cafein
Saya sendiri pengguna Shaklee selama setahun. Satu hari saya terdetik bertanya seorang SID yang kulitnya halus (lelaki tau) apa rahsianya. Katanya beliau langsung tidak ambil kafein. Kesan Shaklee ke atas kulit saya agak lambat sebelum ini sebab pengambilan kafein daripada air teh yang saya ambil.
Saya mencuba selama sebulan dan hasilnya memanglah kulit jadi licin, bebas jerawat. Ini adalah kerana kafein menghalang penyerapan nutrisi tanpa mengira dari suplement mahupun makanan sebenar.
5. Kurang minum air
Air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml / segelas kecil setiap sejam. Jika anda ambil mana-mana suplement atau tidak, pengambilan air adalah wajib 12 gelas sehari.
Lebih-lebih lagi jika anda ambil suplement. Biasanya jika kurang minum air, kesan healing crisis akan lambat hilang. 80% pengguna yang kurang mendapat kesan optimum disebabkan disiplin meminum air kosong 3 liter sehari yang kurang.
Saya ada 2 kes dimana mereka kurang mengambil air, menyebabkan naik jerawat. Bila saya suruh pastikan mereka ambil air mencukupi, alhamdulillah terus baik kulit mereka.
Salah Faham Kesan Sampingan Atau Healing Crisis
Terdapat salah faham berhubung kedua-dua kesan sampingan atau healing crisis. Contohnya berlaku perubahan warna urin bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, jenama apa pun termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang.
Apakah Healing Crisis?
Healing crisis atau krisis penyembuhan berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak:
- Mengeluarkan toksin
- Merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita
- Mengaktifkan sel-sel badan
Proses ini membuatkan seseorang itu berasa ‘tak sedap badan’, mungkin mengalami demam demam, sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk. Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita bertindak mengeluarkan toksin.
Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan ubat (makan ubat biasanya terus sembuh), atau lain-lain vitamin sintetik?
Untuk lebih mudah faham, analoginya seperti dibawah:
Bayangkan kereta kita mengalami masalah calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu. Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta kita tidak lagi nampak calar, tapi ia nampak tidak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke atasnya.
Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama kita mengikis keluar cat yang rosak, dan mengecatnya kembali. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Selepas dicat baru, kereta kita cantik kembali seperti sebelumnya.
Begitulah tubuh kita apabila bertindak balas dengan vitamin semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem tubuh kita, semua yang tidak cantik mesti keluar dulu. Samalah seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin mengalami symptom-simpton seperti berikut dalam gambarajah berikut.
Ada sesetengah kita yang akan mengalami simptom-simptom ini seawal sehari dua selepas memulakan pemakanan supplement/vitamin, namun ada yang mengalaminya selepas 2-3 bulan pengambilan supplement/vitamin. Saya ada customer yang mengambil produk Shaklee selama 2 bulan, barulah reda healing crisisnya. Mujurlah beliau seorang yang sabar dan yakin dengan Shaklee.
Saya pun memang follow up rapat dengan beliau. Masalah beliau adalah terlalu banyak toksin dan kurang minum air. Tapi ini sudah masuk 3 bulan, alhamdulillah semuanya mula menunjukkan hasil yang baik.
Kesimpulan
Kesimpulannya anda tidak perlu risau sebenarnya jika anda mengalami salah satu daripada simptom healing crisis seperti di atas selepas mengambil apa-apa suplement daripada Shaklee. Ini kerana semua suplement dan vitamin Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi dan bukannya produk OEM sebagaimana kebanyakan produk kesihatan tempatan.
Tips mengurangkan simptom healing crisis
- Minum air yang banyak – air masak/air kosong
- Cuba untuk berehat dan bertenang
- Bersabar
- Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan. Setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Hebat infonya! Hati ni mmg sgt tertarik pada Shaklee. Insyallah…. 😀
Zurainny Ismail recently posted…Euro 2016 – Ole Ole Football
best puan, nak cari shaklee inform saya ya
info yang panjang lebar dan cukup berinformasi.. sama ketilitiannya seoerti kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam setiap produk Shaklee.. nice sharing.. tq..
betul sangat teliti shaklee ni
oooo ada kesan sampingan jugak eh… kena jaga jaga tu. kalo tidaknya jadi bahaya pulak untuk kesihatan tubuh badan…
abdfatah recently posted…Anda Pernah Kena Macam Ini Tak?
kena baca habis dulu ya
Terima kasih atas penerangan yg agak detail mengenai healing crisis. Selalunya pengedar atau agent produk kesihatan tidak mahu sangat bercerita mengenai healing crisis ini. Semoga Puan terus menulis mengenai isu2 begini dimasa hadapan. ?
Wah… betol sekali apa yang ditulis diatas. Hemmm merasa mengerit sekali,
thanks ya
Perkongsian yang amat mantap dan padu.. kipidap
Afif Rayyan recently posted…Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016 Online
thanks tuan
bagus perkongsian ni.. yang sering ambil shakle wajib baca, takut nanti memudaratkan plak
nikkhazami recently posted…Ciri dan Fungsi Baru iOS10
wajib baca dulu konten ni kan
hebat infonya..saya pasti ada kebenaran dan yakin akan produk ini..
mrhanafi recently posted…3 Tanda Jodoh Yang Cocok
thanks tuan
sama – sama kita ambik manfaat dari produk yang terbaik ini
Hero Borneo recently posted…Obses Media Sosial Dalam Kehidupan
insyaAllah
Hebat… Shaklee sememangnya berkualiti, terjamin dan terbukti kebaikannya… sbb tu permintaan terhadapnya mmg tak diragui lagi.
Khir Khalid recently posted…INTI Introduces e-Scholarship For Accessibility To Higher Education
alhamdulillah pilihan yang tepat bagi sesiapa memilih shaklee
Menjaga nama baik produk memang penting Hana
Bukan kerana ribut tapi dia nak quality setanding selalu. Sebelum terjadi apa-apa baik dia rejectkan dulu
Kakzakie Purvit recently posted…Dulu lain sekarang lain
betul kakzakie, nak lagi shaklee dah 100 tahun usianya
salah sorang famili saya ada ambil suplemen.. memang nampak sangat proses healing crisisnya .. lepas tu ok jer..
Mus recently posted…Malindo Air Buka Semula 2 Laluan Dengan Tambang Promosi RM69 Sehala
healing crisis proses biasa, alhamdulillah
bagus menjaga kualiti untuk menghasilkan produk
aryan azra recently posted…semestinya sedih
sebaiknya inilah kena cakna, kesihatan orang yang makan mahal harganya.
Shaklee terbaik!
Aisya Yusra recently posted…7 Cara hilangkan jeragat dengan cepat dan kembali jelita seperti Neelofa.
alhamdulillah. yey
Wah thanks kak ilmunya.
sama2 cik
Maaf nak tanya bagi pengguna yang alahan boleh kena mengambil supplement vitamin c & e ?
boleh je puan
Asalam puan… memang ada mengambil omega guard dan tapak kaki yg dulu bisa2 dah mula ada kesan2 berkurangan..alhmdulilah.. tapi saya terbaca pulak caution: blood thinning tu.. pasal saya memnag ada mengambil ubat cair darah..tapi bukan masalah jantung.. saya dulu pernah operation buat cloth blood (DVT) pada peha tapi pengambilannya selabg sehari.. so ada ke kesan sampingannya jika saya mengambil memakan omega guard ni? Tapi saya dah mengambilnya sebanyak 2 botol …setakat ni tiada apa2 perubahan yg ketara….hatap maklum.
Jarakkan pengambilan selama 4 jam. Insyaallah ok
Sye bru mgambil shaklee b complex.untuk naikkan berat badan sye. Sye rasa sakit kepala sebelah kiri. Dan warna urin sye kuning terang. Adakah itu biasa.
Memang begitu sebab bcomplex ada riboflavin yang beri efek warna kuning
salam puan ayah saya seorg perokok tegar lepastu saya ada belikan vivix utk dia. selepas pengambilan dia selalu sakit kepala dan batuk kahak berbuih. adakah itu crisis healing? tq puan in advance.
wslm puan. ya betul mmg healing crisis tu