Apa Itu Meroyan

By | 26 January 2014
Salah pilih set bersalin boleh menyebabkan ibu tidak dapat berpantang dengan baik
Kemurungan selepas bersalin salah satu penyakit wanita selepas bersalin



Apakah penyakit yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin?

1. Meroyan
Dianggarkan satu daripada 500 ribu wanita yang melahirkan anak akan mengalami gila merian atau meroyan ini dan biasanya tanda-tanda ini timbulan dalam masa 2 minggu pertama selepas kelahiran. Jenis yang paling kerap berlaku adalah kemuraman dan kemurungan. Penyakit ini berpunca daripada angin kotor yang berkumpul di dalam rahim selepas bersalin atau disebut juga “mother blues”

Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan, kemuraman dan seterusnya kepada sakit angin meroyan.

2. Radang Payu Dara
Kebanyakan berlaku kepada ibu yang pertama kali bersalin. Ia boleh berlaku selepas 10 hari melahirkan. Ia disebabkan oleh susu yang terlalu banyak dan lambat dikeluarkan sehingga payudara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain itu puting merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan.

3. Darah beku atau thrombosis
Diakibatkan oleh kurangnya pergerakan fizikal dan banyak tidur. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin. Pesakit akan terasa sakit kepala, bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah pada bahagian tekanan seperti punggung, pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan berasa panas badan, pergerakan nadi menjadi cepat, perasaan seperti sesak nafas dan sakit seperti menyucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang, lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

4. Jangkitan Pada Salur Kencing
Jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam.

5. Perubahan Tubuh Badan
Biasanya perut buncit dan berat badan semakin naik dianggap perkarabiasa bagi ibu-ibu yang telah lama dan baru bersalin dan pada mereka yang sering bersalin. Ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

6. Kurang selesa
Mengikut pendapat orang tua-tua, setiap kali bersalin 1 urat akan putus. Oleh itu, ibu selepas bersalin akan berasa kurang selesa kerana posisi ketika itu kembang, bengkak dan terasa berat.

7. Urat Saraf Kendur
Urat saraf pinggul masih kendur, saluran kencing dan sekitar ari-ari bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan. Luka juga sering berlaku di dalam rahim serta pangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan. Luka ini disebut luka menggeleber. Luka menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu kesihatan. Inframasa yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikasi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati. Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kanser pangkal rahim.

8. Demam kelahiran
Ialah demam semasa nifas disebabkan oleh infeksi di tisu rahim. Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit seperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan, keguguran atau pada waktu keguguran. Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim ke dalam ovari atau tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis.

9. Lelehan Berwarna merah
Akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat. Lelehan yang keluar itu banyak sel darah merah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya beransur kurang selepas 14 hari. Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan bertukar warna menjadi putih kekuningan sehingga tiba hari ke 40 barulah ia mula mengering.

10. Sekiranya masih ada lelehan carian, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut. Tubuh akan berasa tidak selesa, masih terasa berat di bahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan, nafas dan badan berbau dan rupa paras kelihatan seperti sedang mengandung. Lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas berpantang. Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat, Ini boleh mengganggu hubungan suami isteri.

11. Bentan
Terjadi jika ibu jari kaki tersepak sewaktu tidur atau berjalan-jalan. Bentan adalah tumpah darah.

12. Keletihan
Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan. Keletihan juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak. Kadang-kadang keletihan ini boleh mengganggu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua, penjagaan dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan lemah dari segi jasmani dan rohani, mudah terkejut, mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.

Set Bersalin Shaklee insyaAllah berkesan kepada semua ibu selepas bersalin. 

Set bersalin Shaklee lengkap dengan semua nutrisi diperlukan ibu selepas bersalin

 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge