Akibat Culas Ambil Vitamin / Suplemen

By | 29 June 2015
Culas pengambilan vitamin merisikokan mudah dijangkiti penyakit

Minggu lepas adalah hari-hari yang menguji buat keluarga saya. Ianya bermula pada Sabtu 20 Jun 2015, bila anak kedua saya, Faiz tetiba demam pagi itu. Disebabkan beliau memang susah nak makan ubat, saya hanya sekadar jerlum dengan air, suruh mandi berkali-kali, minum air kosong banyak disamping ambil Nutriferon. Nutriferon merupakan satu-satunya suplemen yang beliau suka ambil sekarang.

My sweet Faiz di klinik Pakar kanak-kanak

My sweet Faiz di klinik Pakar kanak-kanak

Mengimbau sejarah lalu, Faiz sebenarnya seorang yang jarang sakit sejak kelahirannya dulu. Disamping minum susu ibu, sebaik beliau menginjak 1 tahun saya memang dah tambah pemakanan tambahan kepadanya. Antara yang beliau ambil adalah Omega Guard, Nutriferon dan Mealshake.

Omega Guard beliau kunyah je biasanya, Mealshake pula ditambah ke dalam minuman beliau. Entah kenapa awal tahun ini beliau culas ambil Omega Guard. Mealshake pun kadang saya tambah, kadang tak ditambah ke dalam minumannya. Dan mula tahun ini juga beliau mula ke tadika.

Mula Februari 2015, beliau dah mula demam. Setiap bulan demam hinggalah minggu lepas. Demam minggu lepas sebenarnya hanya 2 minggu jarak daripada demam sebelumnya.

Disyaki Pneumonia

Bila demam tidak pula kebah walaupun saya telah beri ubat demam (yang dimasukkan ke dalam punggung, kerana Faiz refused ubat oral), saya bawa Faiz ke klinik pakar Isnin lepas 21 Jun 2015 di Wangsa Maju. Di situ Dr pakar sahkan Faiz terkena jangkitan kuman dan membawa kepada pneumonia.

Paru-paru normal vs paru-paru dijangkiti kuman pneumonia

Paru-paru normal vs paru-paru dijangkiti kuman pneumonia

Sakit pneumonia bukan di tahap teruk dan boleh saja sembuh dengan pengambilan antibiotik, tapi disebabkan Faiz enggan ambil ubat secara oral, maka doktor telah rujukkan Faiz ke hospital untuk jagaan di hospital. Bermulalah episod di hospital.

Di hospital, Faiz tinggal selama 3 hari, discaj pada Khamis magrib. Sepanjang di hospital alhamdulillah syarikat tempat saya bekerja beri cuti kepada saya menjaga anak. Malam harinya memang giliran abahnya sebab ada adik baby di rumah yang perlu saya jaga.

Berpuasa di hospital tidak menyeronokkan pun. Sahur memang hospital sediakan, termasuk berbuka. Tapi ala kadar sahajalah, ala kadar pun banyak juga menunya sebab ramai yang bawak makanan bila datang melawat Faiz. Akhirnya ada yang dibuang sebab tidak habis.

Demam Berjangkit

Bila Faiz sudah sembuh demam, dugaan datang lagi bila Hakim anak sulung dan adik baby Sarah pula demam pada Khamis lalu. Aduh, kita yang menjaga pun memang rasa sangat letih dan mula hendak sakit juga. Tetapi kenalah dikuatkan semangat untuk jaga Hakim dan Sarah pula.

Anak-anak semua sihat semula semalam. Alhamdulillah, tetapi sekarang abahnya pula nampak tidak sihat, selesema dan batuk.

Pentingnya Komited Pengambilan Vitamin dan Suplemen

Melihatkan itu, saya yang awal tahun ini selalu culas juga beri anak-anak vitamin kembali tegas dalam bab-bab ini. Dah nampak dah anak-anak sihat bila ambil vitamin, dan mudah pula dihinggapi penyakit bila culas mengambil vitamin.

Nak-nak lagi bila kita berpuasa penyakit mudah masuk saat ini.

Betullah Set Shaklee ini merupakan terbaik untuk kesihatan. Di samping itu, kos perubatan lebih mahal berbanding kos pencegahan. Inilah yang saya jaga selama ini.

Set Kanak-kanak Shaklee

Set Kanak-kanak Shaklee

Jemput hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge