Air betik muda penawar denggi

By | 29 April 2014

Saya rasa sekarang musim denggi, sebab posting saya terdahulu berkenaan denggi merupakan capaian tertinggi akhir-akhir ini. 

Tapi sekarang ni sebenanrnya denggi dah takde musim. Sentiasa ada je. Dan nyamuk Aedes penyebab denggi dah bermutasi agaknya. Sebab doktor pun dah makin pening nak merawatnya, sebab simptomnya pun dah takde dalam buku perubatan.

Betapa majunya Aedes ni.

Tahun lalu sebaik selesai Hari Raya, mak saya dihinggapi denggi. Bukan setakat suspected, tetapi memang confirmed. Bertapa selama seminggu di Prince Court Medical Center. Anak-anak bergilir-gilir menjaga. Hari Raya tahun lepas memang takde open house, sebab mak kami tak sihat.

Kali ini adik bongsu kami pula kena denggi. Asalnya memang beliau demam panas 4 hari lalu.

Tapi sebab saya pun nampak beliau macam cergas (bukanla cergas cemana, tapi masih boleh bergerak), saya takla suspek denggi.

Sekali pagi tadi pegi cek balik, rupanya platlet dah jatuh 89. Haish memang bahaya la denggi ni.

Sebab selalunya simptom denggi, tubuh sakit sampai ke tulang. Ini menyebabkan memang sukar nak bergerak. Bila dia boleh je berjalan sana sini, saya tak suspek la denggi. Betullah kata doktor, simptom dah lain macam jer.


Awas dengan simptom demam denggi.


Tanda-tanda demam denggi



Apa yang saya ingat ialah pentingnya:


1. Minum air dengan banyak. Orang tua ni susah sikit, sebab dia rasa dia lebih berpengalaman, jadi memang ada drama nak suruh minum air tu. Ada yang tak mahu, ada yang ikut sahaja. Jika tak mahu tu perlahan-lahanlah pujuk. 


Minum air kosong paling utama, air lain-lain seperti minuman isotonik semulajadi (seperti Performance Drink) pun gantian terbaik sebab ia tanpa gula dan boleh menambah tenaga segera. Jika minuman isotonik seperti 100 Plus, Revive semua tu banyak sangat gula, merbahaya jika penghidap diabetes.

Performance Drink tanpa pewarna tiruan, pemanis atau bahan pengawet tambahan























Ada juga minuman-minuman lain, boleh je minum tapi pastikan dalam kadar yang tak banyak sangat sebab yang penting minum air kosong (atau air zam-zam). 

Banyak juga petua-petua lain seperti air rebusan daun betik muda, air sup ketam dan lain-lain. Kedua-dua ini memang kami anak-anak sediakan untuk mak. Beliau bersemangat untuk sembuh, jadi tak banyak masalah suruh minum atau makan itu ini.

 

Ini diambil daripada fb Dr Hamid Arshat yang turut menggalakkan pengambilan daun betik muda

Alhamdulillah senang ada pokok betik di rumah. Petik je, dan rebus. Blend buat jus.

2. Pastikan banyak rehat. Jangan stress. Sebab bila stress dan tanpa tenaga memang boleh turun balik blood count tu. Ambillah B Complex untuk elak stress

B Complex mengelakkan tekanan


3. Masa inilah memang penting untuk dapatkan suplemen untuk tingkatkan tenaga dan imun badan i.e if guna jenama Shaklee boleh ambil Nutriferon (info nutriferon di sini http://vitamin-cerdik.com/2013/08/nutriferon-alternatif-kepada-panadol-paracetamol.html/)


Nutriferon hanya dikeluarkan oleh Shaklee. Ada logo TM (trade mark)


Ada orang tak boleh ambil macam itu sahaja, tetapi boleh campurkan di dalam air dan minum. Selain itu untuk tingkatkan imun dan tenaga badan vitamin seperti Vita C Sustained Release dan Vitalea Iron Formula Shaklee. 


Vitalea sebagai multivitamin utama


Vita C meningkatkan sistem imun badan



Bahaya denggi ini sebab ia boleh menyerang organ badan jika tidak dikawal. Kebanyakan kes denggi berjaya sembuh sebab banyak minum air dan rehat. 


Di hospital pun tiada ubat spesifik, sebaliknya pesakit hanya dimasukkan air (IV drip) untuk pastikan tidak dehydrate.

Selain itu, banyakkan berdoa dan solat hajat agar ahli keluarga anda sembuh daripada penyakit ini.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge