Semalam saya cuba untuk buat facial, ada orang belanja untuk buat facial kita pergilah kan. Rasanya memang best juga. Yang pasti, saya hanya ada isu blackhead dan whitehead.
Apa itu blackhead dan whitehead?
Kedua-duanya adalah dalam kumpulan jerawat yang biasa terjadi di kalangan orang Asia, terutama mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Blackhead
Blackhead adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”. Senang cerita, blackhead adalah pori yang tersumbat tetapi dalam keadaan permukaan kulit terbuka.
Apabila terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.
Whitehead
Whitehead pula terjadi disebabkan lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup. Minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (kerana tiada tindak balas oksida) yang kita panggil whitehead. Whitehead boleh terjadi disemua bahagian muka dan badan pun boleh juga.
Cara Hilangkan Blackhead dan whitehead
Disebabkan kedua-duanya adalah jerawat, jadi tiada jalan pintas untuk hilangkan blackhead dan whitehead dengan segera. Kita boleh buat facial, tapi kalau macam saya buat sekali, lepas itu tidak buat dah. Sedangkan ia hanya sementara dan kemungkinan ia akan berulang lagi memang tinggi.
Jadi merawat dan mencegah jerawat dari dalam adalah cara sebenar menghilangkan blackhead dan whitehead untuk jangka masa panjang. Ini kerana ia memberi tumpuan kepada membantu tubuh untuk mengatur rembesan kelenjar minyak dan mengurangkan penghasilan sebum.
Untuk hasil yang lebih hebat, harus disertai dengan amalan penjagaan luaran yang baik untuk membatasi keradangan disebabkan oleh percampuran sebum, sel-sel kulit mati dan bakteria di samping membantu meningkatkan kesihatan folikel.
8Â Tips Hilangkan blackhead dan whitehead
Penjagaan kulit dari dalam
Di samping menjaga pemakanan yang seimbang dalam diet harian, pengambilan suplemen juga penting untuk menampung keperluan vitamin. Ada beberapa vitamin disarankan untuk mencegah masalah kulit berminyak, whitehead dan blackhead. Selain itu set kecantikan kulit juga terbukti berkesan membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.
Antara produk yang anda boleh ambil untuk tujuan ini adalah:
Cuci muka
Cuci muka setiap kali anda rasa kulit berminyak. Gunakan pencuci muka bebas bahan terlarang seperti parabens dan lain-lain. Saya mengesyorkan anda mencuba Nutriwhite Foaming Cleanser.
Elakkan penggunaan mekap yang terlalu tebal
Mekap boleh menyebabkan pori tersumbat. Pilih produk yang bersesuaian yang tidak akan menyebabkan pori tersumbat, juga elakkan penggunaan mekap terlalu tebal.
Selain mengelakkan mekap yang tebal, anda juga boleh mencuci muka dengan Makeup Removal yang boleh membantu membersihkan kulit anda.
Gunakan tuala berasingan
Gunakan tuala berasingan untuk mengelap muka selepas mencucinya, bukan gunakan tuala mandi ya.
Kurangkan pengambilan makanan berminyak
Ini kerana, whitehead banyak disebabkan oleh faktor pemakanan seseorang. Jadi makanlah makanan seimbang dan kurangkan makanan berminyak.
Tempat tidur bersih
Sentiasa pastikan tempat tidur bersih terutamanya sarung bantal.
Wapkan wajah anda
Guna kaedah wap panas dengan meletakkan muka anda di atas mangkuk yang berisi air panas. Ada juga mesin steamer dijual pada harga semurah RM55. Wap-wap panas akan naik dan membantu membuka liang pori dan memudahkan pengeluaran blackhead dan whitehead.
Selepas itu anda boleh gunakan alat khas untuk mengeluarkan blackhead dan whitehead ini. Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Terbaik la artikel ni, ramai tgk muka org white head..semoga membantu
Seri nian recently posted…Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa
kebanyakan orang ada blackhead dan whitehead ni, memang kuncinya kena selalu stim muka dan buang. boleh juga guna makeup removal shaklee tu.
Kadang-kadang geli gak tengok benda tu keluar kat muka
Faizulali recently posted…kebaikan habbatussauda untuk wanita
kan, ada orang geli tengok blackhead kat muka orang…
Saya biasanya akan gunakan yang blackhead remover tu. Kali pertama guna, mak aih sakitnya ha ha
sabree hussin recently posted…Tips jual simkad Tone Excel secara online dan cara buat duit yang mudah!
memang sakit, sebab tu sebelum buat kena stim dulu muka dan letak serum
macam best je.
saya rasa saya ada benda alah tu kat muka. tapi tak pandai nak identify
Uncle Zuan recently posted…Cu Chi Tunnel Tarikkan Popular di Vietnam
kena selalu pi buat facial tu atau buat sendiri je di rumah
Thanks for the info. Kalau nak kulit cantik, harus rajin juga ya.
Dah lama tak nampak alat pembuang blackhead tu..kalau guna, boleh tahan juga sakitnya..hehe
fidah shah recently posted…Sentuh dan Pergi
sakit weh nak buang white head tu
Kalau kulit yang sensitive lagilah perlukan penjagaan yang betul…
Sani recently posted…Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
kena jaga kesihatan dalaman, insyaAllah kulit sensitif pun tiada lagi
Aiza pun mengalami masalah ini.. Dah lama tak buat facial muka..
Mizz Aiza recently posted…Oktober yang Sibuk
sebaiknya buat facial sebulan sekali
InsyaAllah nak buat juga nanti..
Mizz Aiza recently posted…Salam Maal Hijrah 1437
senang je buat sendiri boleh 🙂
Tips yang sangat bagus, nampaknya kena jaga kulit dari dalam juga ^-^
kalau dari dalam sihat, terpancar terus melalui kulit
Singgah sini dan terus polow….hehehe…Kulit muka akak jenis kering sampai kadang tu mengelupas….paling tensen kat kawasan hidung tu….menci la tak suka T__T
kena selalu buat facial kak, dan juga produk yang elok utk kulit kering. kak boleh cuba nutriwhite, boleh kontek saya untuk consultation
terima kasih atas perkongsian menarik ini. teknik wap muka itu seakan menarik perhatian sy untuk mencubanya.
MDHAFiZ.NET recently posted…Harga Tambang LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015
wap muka senang je buat di rumah pun boleh
bagus tips nih…saya ada praktikkan yg wap tu…tpi jrg dah buat…huhuhu
at least seminggu sekali ya sis
Blackhead plg byk dekat hidung. Thanks for the tips.
jemput ke blog sy, aainfinas@gmail.com
seminggu sekali boleh buang tu sis
Nak tanya,kalau guna kaedah stim muka tu pori boleh jadi besar tak?
Jaja Zaleha recently posted…Cara Hilangkan Blackhead Dari Rumah dengan Peeling Semulajadi
memang tujuannya buka pori supaya mudah nak keluarkan blackhead/whitehead