8 Amalan, Doa Dan Zikir Pembuka Rezeki

By | 16 December 2016
Doa harus seiring dengan usaha untuk mendapat kejayaan

Sempena hari Jumaat yang istimewa ini, saya ingin kongsikan dengan anda antara amalan, doa dan zikir yang selalu saya amalkan untuk membuka rezeki supaya bisnes maju. Mentor berpesan amalkan semua amalan ini niatkan kepada Allah, bukan untuk dapatkan sesuatu daripadaNya.

8 Amalan, Doa dan Zikir Pembuka Rezeki

Antara amalan yang anda boleh amalkan untuk doa dan zikir adalah:

  1. Solat Awal Waktu
  2. Bacaan Yassin setiap pagi
  3. Istighfar, Selawat,Zikir – Ya Allah, Ya Wahaab, Ya Allah Ya Afuw Ya HGhaffar Ya Tawwab Ya Qudus Ya Jalil
  4. Jangan langgar hukum alam – Masa ada 24 jam, ada masa bekerja kita bekerja, ada masa berehat kita berehat, ada masa beribadah kita beribadah. Sebaiknya maksimakan potensi setiap masa
  5. Cari kawan yang tidak mengganggu emosi kita dan jangan benarkan orang untuk menyakiti hati kita – jangan buruk sangka dengan apa yang orang lakukan pada kita.
  6. Minta suami doakan – beritahu suami apa kita nak buat walaupun dia tak faham dan minta dia doakan (ibu / ayah untuk mereka yang belum berkahwin)
  7. Niat yang betul untuk membantu orang bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan doa yang bagus untuk diamalkan
  8. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 400x setiap kali selepas solat Isyak.

Ya Allah rahmatMu ku pinta
Jangan engkau biarkan aku bersendirian
Perbaiki untukku urusan hidupku semuanya
Tidak ada tuhan selain Engkau

Mentor juga berpesan ada 3 waktu doa yang paling mustajab dan mintalah masa itu dengan bersunguh-sungguh dengan sepenuh hati iaitu:

  • Selepas solat
  • Dalam sujud terakhir
  • Selepas tahiyat sebelum salam

Cubalah amalkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

18 thoughts on “8 Amalan, Doa Dan Zikir Pembuka Rezeki

  1. eazaq

    Kalau tak silap, saya pernah dengar drpd Ustaz satu lagi waktu yang mustajab adalah antara khutbah pertama dan khutbah kedua di hari jumaat. Bolehla amalkan buat kaum adam

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mentor saya kata kalau ada orang negatif kena cuba get rid of them

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge