6 Tips Pemilihan Vitamin Untuk Kanak-kanak

By | 20 February 2013

Apabila anak-anak diserang virus seperti selesema, batuk dan demam, seringkali saya dicadangkan oleh doktor “inilah masa sesuai untuk beri anak minum minuman kultur seperti vitagen”. Apa? Bukankah vitagen banyak mengandungi gula?

Banyak iklan dan postings (juga blog) yang memaparkan bahawa SEMUA kanak-kanak memerlukan supplemen. Adakah anda mempercayainya?

Banyak pakar kemungkinan berkata, tidak semestinya semua kanak-kanak diberikan supplemen ASALKAN mereka mendapat nutrien berikut:


1. Susu dan produk tenusu contohnya cheese dan yogurt (preferably low fat bagi kanak-kanak beusia atas 3 tahun)
2. Banyak memakan sayuran, buah-buahan, sayuran berdaun dan sayuran hijau.
3. Protein seperti ayam, telur, ikan dan daging
4. Karbohidrat seperti nasi.

Justeru, bagaimana dikatakan kanak-kanak juga memerlukan supplemen?

Memandangkan jadual kehidupan terkini ibu bapa yang padat menyebabkan kebanyakan ibu bapa sukar menyediakan sendiri makanan di rumah. Justeru ramai pakar kanak-kanak mencadangkan agar kanak-kanak diberikan supplement vitamin dan mineral bagi kanak-kanak yang tergolong dalam kategori berikut:


1. Kanak-kanak yang tidak mendapat makan secara berkala (sekurang-kurangnya 3x sehari) pemakanan seimbang dan segar.
2. Kanak-kanak yang cerewet dan tidak makan dengan mencukupi bagi umur mereka
3. Kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti asthma, masalah penghadaman, terutama bagi mereka yang perlu mengambil ubat-ubatan (bagaimanapun sebelum mengambil apa2 supplement hendaklah berbincang dengan doktor anak anda terlebih dahulu.
4. Kanak-kanak yang aktif terutama yang aktif bersukan
5. Kanak-kanak yang mengambil banyak makanan segera, makanan proses, bergula walaupun ia minuman kultur
6. Kanak-kanak yang mengamalkan vegetarian diet, dairy free diet atau lain-lain jenis diet.
7. Kanak-kanak yang gemarkan minuman soda berkarbonat dimana boleh menyerap keluar vitamin dan mineral daripada badan mereka.

6 Vitamin dan Mineral Terpenting Untuk kanak-kanak

Berikut adalah vitamin dan mineral yang kritikal untuk pertumbuhan kanak-kanak mengikut senarai alphabets:

1. Vitamin A untuk pertumbuhan dan perkembangan normal, memperbaiki tisu dan tulang dan kulit sihat, meningkatkan kesihatan mata dan imuniti badan. Sumber boleh didapati daripada susu, cheese, telur, sayuran berwarna kuning-oren seperti carrots, yams dan squash.

2. Vitamin B seperti B2, B3, B6 dan B12 untuk meningkatkan metabolism, memberi tenaga dan membina tahap yang baik untuk circulatory dan nervous system. Sumber daripada daging, ayam, ikan, produk kekacang, susu, cheese, telur, soya.

3. Vitamin C untuk membantu perkembangan muscles yang sihat, connective tissue dan kulit. Sumber adalah daripada buah-buahan sitrus, strawberri, kiwi, tomato dan sayuran hijau seperti brokoli.

4. Kalsium membantu pembinaan tulang yang kuat untuk perkembangan kanak-kanak. Sumber adalah daripada susu, cheese, yogurt, tofu dan jus oren. Ada juga pendapat mengatakan sumber terbesar kalsium adalah daripada ikan. Ini kerana berdasarkan fakta mengatakan pemakan kalsium terbanyak di dunia adalah orang Alaska.

5. Vitamin D membantu pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat dan membantu badan menyerap kalsium. Sumber terbaik adalah daripada susu dan fortified dairy products seperti kuning telur dan fish oil. Bagaimanapun vitamin D terbaik datangnya daripada cahaya matahari… justeru banyakkan anak-kanak bermain di luar pada jam sebelum 10 pagi atau selepas 4 petang.

6. Zat besi membantu pembentukan muscle dan membantu pengeluaran sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh merisikokan dalam perkembangan keremajaan terutama bagi kanak-kanak perempuan sebaik sahaja mereka mula period. Sumber adalah daripada daging merah, bayam, kekacang dan prunes.

Panduan 6 Tips Pemilihan Vitamin Untuk Kanak-kanak

Utamakan memberikan pemakanan daripada sumber semulajadi, supplemen hanyalah pemakanan tambahan. Berikut adalah 6 tips yang boleh dijadikan panduan:

1. Jauhkan vitamin daripada kanak-kanak supaya kanak-kanak tidak menganggapnya sebagai gula-gula.

2. Elakkan merasuah kanak-kanak dengan dessets (tentunya kaya dengan lemak dan gula tinggi) sebaliknya cuba berikan vitamin yang boleh dikunyah (chewable) sebagai hadiah untuk kanak-kanak menghabiskan makanan mereka.

3. Sekiranya anak-anak mangambil ubat-ubatan, sila tanya doktor anak anda berkenaan interaksi/intervensi ubat dengan vitamin/mineral yang ingin diambil.

4. Cuba beralih kepada chewable vitamin sekiranya anak-anak sukar megambil pil atau cecair.

5. Tunggu sehingga anak-anak berumur 4 tahun ke atas untuk mulakan pengambilan multivitamin supplemen kecuali dicadangkan oleh doktor anak anda.

6. Pngambilan vitamin bukan bererti anak anda tidak perlu makan pemakanan sihat dan utama. Vitamin hanya bersifat supplemen.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge