6 tips pemilihan mentor dalam MLM, Barack Obama dan DS Najib

By | 29 April 2014

6 tips pemilihan mentor dalam MLM, Barack Obama dan DS Najib

Saya bukanlah nak mengulas politik kat sini. Cuma saya tertarik nak ulas kedua-dua pemimpin dunia ini.

Seorang tu adalah pemimpin dunia. Kita tolaklah arahan-arahan beliau tentang perang sana sini tu. Saya memang anti keganasan dan saya benci kezaliman kepada orang Islam. Tetapi bukan ini yang saya nak ulas.


Seorang lagi adalah pemimpin negara kita. Pun saya taknak ulas sejarah-sejarah beliau. Semua pun tahu walaupun masih ada yang pejam mata.

Pemimpin yang hebat adalah mereka yang hebat meletakkan fakta dan hujah

Anda perasan tak, pemimpin yang hebat adalah mereka yang boleh berhujah berdasarkan kepada point sahaja. 

Mereka tidak perlukan teks ucapan.

Mereka spontan.

Hujah mereka masuk akal (walaupun kita boleh mematahkan juga hujahnya)

Mereka tidak memberikan komen yang merendahkan taraf pemikiran mereka atau orang yang mendengar.

Contohnya “Jika tidak suka xxx, sila keluar Malaysia.”


Ramai pemimpin hebat seperti pemimpin dunia ini saya temui di dalam Shaklee.

Anda tahu tak, master-master ini berucap di harapan ramai penonton, juga tanpa teks?

Tidaklah saya nak samakan Obama dengan Master Shaklee ni, cuma ciri-ciri persamaan itu ada.

Apa yang menyebabkan mereka begitu hebat?

Sebab mereka berucap dari hati yang ikhlas.


Mereka ingin lihat orang lain juga berjaya seperti mereka.

Tetapi, dalam bisnes, peranan mentor hanya 10%, 90% lagi adalah atas usaha anda sendiri.

Samada anda berjaya, anda tabah hadapi kesukaran insyaALlah anda boleh pergi lebih jauh.

Dalam bisnes, memilih pemimpin atau mentor anda adalah paling penting. 

Bukan faktor orang terkenal. Bukan faktor orangnya duduk dekat dengan rumah kita

Itu bukan faktor utama pemilihan mentor dalam mana-mana bisnes MLM.

Sebaliknya faktor berikut harus diutamakan, 6 tips pemilihan mentor dalam MLM

1. Mentor yang aktif berbisnes.
Aktif berbisnes bukan maksudnya dah berjaya, tetapi mentor yang aktif bisnes. Jangan pulak terkena dengan mentor yang dah lama tak aktif. Bukan tak boleh sangat, tapi mentor begini kurang informasi terkini.

2. Mentor yang tahu jual je, tak mahu guide downline
Mentor begini sangat pentingkan diri sendiri. Downline pun nak berjaya juga kan.

3. Mentor yang tahu tambah ahli tapi tak guide.
Sama dengan #2. Tapi lebih sikit sebab langsung tak tahu strategi bisnes. Kalau dia sedar diri, dia akan sama-sama belajar dengan downline dia, untuk sama-sama berjaya.

4. Mentor yang dipilih sebab orang terdekat
Kriteria ni memang kadang ok kadang tak ok. Ok jika orang terdekat anda itu memang tahu bagaimana nak berjaya dengan Shaklee. Dan kalau dia pun blur, dia berusaha untuk bawa anda bersama-sama untuk berjaya. Tapi kalau dia blur selamanya memang susahla untuk anda pun berjaya.

5. Mentor yang asyik suruh jual murah
Tahukah anda polisi Shaklee menetapkan jualan harga runcit adalah pada bukan ahli Shaklee. Inilah keistimewaan keahlian, anda jadi ahli anda dapatlah keistimewaan keahlian, termasuk harga yang lebih murah. 

Jika benda ni berlaku, ia sebenarnya menyebabkan penindasan kepada pengedar Shaklee yang lain. 

Anda pernah lihat Milo dijual di Tesco, Giant dan kedai Zee Mart? Apakah kedai-kedai itu menjual dengan harga suka hati? Tak kan? Nestle telah tetapkan sekian-sekian harga.

Kalau ada promosi pun takla jauh beza antara semua kedai / pasaraya.

Anda bayangkan, pengedar Shaklee ada macam-macam golongan.

Salah satunya adalah yang memang mengharapkan untung runcit. Untung runcit inilah untuk beliau guna untuk melalui kehidupan sehari-hari.

Kesian orang sekarang ni, serba serbi naik semua, tak lama GST pula. Makin parah.

Nak tunggu bonus, sebulan sekali, lambat tu.

Jadi secara tak langsung jika anda jual dengan harga bawah ahli atau harga ahli kepada bukan ahli, anda sebenarnya telah menindas dan menzalimi pengedar-pengedar lain.

6. Mentor yang suruh beli stok banyak-banyak
Buat apa simpan stok banyak kalau akhirnya penuh bawah katil? Ni sebab kes nak kumpul point banyaklah. Dalam Shaklee kami sebenarnya tidak amalkan gaya begini. Ada sale, barulah anda sediakan dan pos kepada pelanggan anda.

Bila beli stok banyak, tendency anda untuk jual pada harga murah adalah lebih tinggi sebab nak habiskan stok. 

Situasi macam ini boleh membunuh Shaklee dan juga membunuh bisnes anda sendiri. Tepuk dada tanya iman sendirila ya.

Kesimpulannya, pastikan anda pilih pemimpin yang benar-benar boleh membawa anda sama-sama berjaya. 

Jom sertai kami di Ohsem Group, sebab kami memang Ohsem!

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge