Call nowWhatsapp

Minyak ikan memang popular kan, terutama sebagai suplemen anak-anak. Saya kenal minyak ikan pun sebab saya carikan untuk anak-anak dulu (sekitar 5 tahun lalu). Macam-macam yang saya cuba, dari yang liquid hingga ke softgel. Mana yang susah diamalkan, mudah diamalkan dan macam-macam lagi.

Artikel kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 5 tips mudah untuk anda membuat pilihan minyak ikan.

5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

Tips 1: Ketulenan

Ketulenan bermaksud minyak ikan yang anda beli harus bebas daripada logam berat contohnya merkuri, arsenik, lead, dioksin dan furan. Kesemua logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan.

Kaedah membuang kebanyakan logam berat adalah dengan cara penyulingan molekul secara berteknologi tinggi. Penyulingan pun ada macam-macam peringkat, jadi pilihlah yang paling tinggi supaya kebanyakan logam berat dapat dikeluarkan.

Tahukah anda, pada tahun 2010, sebuah kumpulan alam sekitar antarabangsa telah mendakwa beberapa pengeluar minyak ikan kerana mempunyai terlalu banyak PCB (sejenis logam berat) dalam produk mereka. Ini termasuk:

  • GNC Liquid Norwegian Cod Liver Oil
  • Nature Made Cod Liver Oil
  • Nature Made Odorless Fish Oil
  • Now Foods Double Strength Cod Liver Oil
  • Now Foods Salmon Oil
  • Now Foods Shark Liver Oil
  • Solgar 100% Pure Norwegian Shark Liver Oil Complex
  • Solgar Norwegian Cod Liver Oil
  • Twinlab Emulsified Norwegian Cod Liver Oild
  • Twinlab Norwegian Cod Liver Oil

 

Antara suplemen minyak ikan mengandungi bahan pencemar industri

Antara suplemen minyak ikan mengandungi bahan pencemar industri

Tips 2: Pilih produk yang telah diuji oleh pihak ketiga

Terdapat sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Fish Oil Standards (IFOS) yang merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji minyak ikan dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan orang ramai. Jadi anda boleh memilih minyak ikan yang tersenarai dalam IFOS dengan senang hati, tanpa was-was.

Tips 3: Pilih produk minyak ikan yang mempunyai gred farmasutikal yang tinggi

Untuk mendapatkan dan menghasilkan minyak ikan dengan gred farmasutikal tahap tertertinggi, produk minyak ikan memerlukan melalui proses penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak ikan yang lebih kuat, lebih tulin dan lebih mahal.

Penyulingan berperingkat Omega Guard dapat menjamin keselamatan daripada logam berat dan toksin

Penyulingan berperingkat Omega Guard dapat menjamin keselamatan daripada logam berat dan toksin

Namun inilah cara yang mudah untuk anda memastikan anda mendapat makanan tambahan minyak ikan paling tulen dan terbaik. Lagipun minyak ikan omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Jadi anda masih perlu dapatkan daripada pemakanan dan suplemen.

Tips 4: Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan kecil

Tengok senarai di atas, kebanyakannya menyatakan Cod Liver Oil dan Shark Liver Oil. Jadi apa risikonya?

Ikan besar mengandungi kadar logam berat dan toksin lebih tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan

Ikan besar mengandungi kadar logam berat dan toksin lebih tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan

Jerung merupakan haiwan pemangsa, setiap kali mereka makan ikan lain atau anjing laut, paras merkuri akan bertambah dalam hati mereka. Semakin tinggi hirarki ikan dalam rantaian makanan, semakin banyak merkuri dalam hati mereka.

Minyak ikan kod adalah jauh lebih baik daripada ikan yu, tetapi ikan kod juga termasuk sebagai ikan besar dan hidup lebih lama. Ini memberikan mereka masa dan peluang untuk menyerap toksin yang banyak dalam laut.

Ini berbeza jika minyak ikan daripada ikan kecil seperti ikan bilis, polluck, ikan kembung dan sardin. Ini kerana mereka tidak hidup lama dan peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka adalah berisiko rendah.

Tips 5: Pilih minyak ikan dengan paras omega 3 yang tinggi

Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?

Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja. Yang paling tinggi saya lihat (kecuali Shaklee) adalah jenama Kordel iaitu 200mg asid lemak omega 3, bagi setiap 1000mg minyak ikan. Lihat perbandingan di bawah:

Kenapa pilih Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain

Perbandingan Minyak Ikan dipasaran

Omega Guard Pilihan Saya

Daripada banyak-banyak minyak ikan di pasaran, akhirnya saya settle down dengan Omega Guard. Ia telah menjadi teman setia anak-anak saya terutamanya, saya pun ambil juga semasa mengandung dan menyusu. Antara kelebihan Omega Guard adalah:

1. Penyulingan berperingkat menjamin keselamatan dan kualiti minyak ikan

Omega Guard melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul berperingkat yang mana membantu memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terkawal. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega 3 yang asli dan:

  • Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCB, dan lain-lain bahan pencemaran.
  • Mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans.
  • Mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan

Tips 1 dan 3 cek!

2. Kandungan Omega 3 Yang Lengkap

Bagi setiap 1 biji softgel Omega Guard, ia menyediakan ratio EPA, DHA dan asid lemak omega 3 yang tinggi dan sesuai. OmegaGuard Shaklee lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuklah DHA dan EPA.

Tips 1 cek!

3. Menggunakan ikan kecil yang lebih selamat

Omega Guard menggunakan ramuan daripada ikan-ikan kecil contohnya ikan sardin, mackerel, herring dan ikan bilis. Ini menjadikannya mempunyai kurang risiko mengandungi bahan logam berat dan sebaliknya masih mempunyai kebaikan minyak ikan yang banyak.

Tips 4 cek!

4. Kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi

Mengikut kajian yang telah dibuat, Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan DHA & EPA yang lebih tinggi berbanding jenama lain di pasaran.

Anda boleh merujuk carta di bawah untuk melihat sendiri perbezaan kandungan antara Omega Shaklee dengan jenama lain.

Kadar Omega 3, EPA dan DHA dalam banyak jenama minyak ikan di pasaran

Kadar Omega 3, EPA dan DHA dalam banyak jenama minyak ikan di pasaran

Tips 5 cek!

5. Ketulenan dan Gred Farmasi

Omega Guard daripada Shaklee dijamin ketulenannya dan bergred farmasi tertinggi.

Tips 2 cek!

Jadi sekarang anda sudah tahu dan faham bagaimana hendak pilih minyak ikan terbaik anda, saya settle down dengan Omega Guard shaklee, anda bagaimana?

Omega Guard adalah asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh semua peringkat usia

Omega Guard adalah asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh semua peringkat usia

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)