Call nowWhatsapp

5 Patent Vivix Yang Anda Perlu Tahu

Lama gak saya tidak fokus tentang Vivix. Banyak saya tulis tentang penyakit kan. Jadi hari ini saya nak kongsikan dengan anda 5 patent Vivix yang anda perlu tahu.

Ramai ingat Vivix hanya ada 3 patent, tapi sebenarnya ada 5. Bestkan Vivix ni, patent tau. Tahu tak patent ni apa?

Apakah Patent Dan Kenapa Penting Vivix Ada Patent

Patent ni maksudnya hak ekslusif yang dianugerahkan kepada sesuatu rekacipta, samada kepada produk, proses pembuatan produk atau penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

Contohnya:

  • Contoh 1: Amin telah mencipta mesin untuk mengukur tahap antioksidan dalam tubuh seseorang dan Amin adalah orang pertama mencipta mesin itu. Amin cepat-cepat daftarkan hak eksklusif penciptaan mesin itu dan patent dianugerahkan kepada Amin.
  • Contoh 2: Liza telah dapat mencari kaedah penyelesaian terbaru terhadap masalah mengenalpasti produk kosmetik tiruan. Kaedah ini Liza daftarkan sebagai patent dan telah dianugerahkan kepada Liza.

Pemilik patent diberikan hak untuk memegang, memindah dan memberi lesen bagi pengeluaran dan penjualan produk tersebut.

Justeru sesiapa pun tidak boleh mengeluar dan menjual produk melainkan pemilik patent. Kalau hendak juga mereka mesti dapatkan kebenaran daripada pemilik patent.

Fahamkan? Hakmilik patent boleh didaftarkan di mana-mana negara pun, kalau kita warga Malaysia, kita daftar di Malaysia la. Vivix adalah produk US, maka patent Vivix telah didaftarkan di sana. Bagaimanapun hak milik patent tetap laku di seluruh dunia.

5 Patent Vivix Shaklee

1. Semulajadi dan polifenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet

Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan Vivix ini mengandungi polifenol yang sangat hebat. 4 ramuan Vivix adalah:

Vivix merupakan sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet. Macamana hendak sahkan? Anda boleh uji sendiri di rumah.

Cuba simpan Vivix dalam peti sejuk beku / freezer selama sekurang-kurangnya 6 jam. Lihat samada ia membeku atau tidak. Ini merupakan satu bukti Vivix tidak dicampur dengan gula, air dan lain-lain.

Selain itu, jika diletakkan Vivix di atas meja, Vivix takkan meruap (berbuih-buih).

Kedua-dua sifat ini bukan dengan bantuan bahan kimia, tetapi disebabkan Vivix adalah semulajadi tanpa bahan pengawet dan stabil.

Gabungan resveratrol polifenol menjadikan Vivix sangat berkuasa

Gabungan resveratrol polifenol menjadikan Vivix sangat berkuasa

2. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 jenis Polifenol

Resveratrol adalah sejenis antioksidan. Resveratrol telah ditulis dalam 2000 jurnal saintifik dan mampu bertindak melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Polifenol pula merupakan sejenis sebatian fitokimia yang juga merupakan antioksidan yang hebat.

3. Cold Filling Extraction Process

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Vivix.

4. 10x Lebih Berkuasa

Vivix telah dipatent sebagai cecair mengandungi antioksidan resveratrol dan polifenol. Gabungan ini menjadikan Vivix 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti penuaan sehebat Vivix.

Vivix lebih berkuasa dari resveratrol tunggal

Vivix lebih berkuasa dari resveratrol tunggal

5. Anggur Muscadine Sebagai Asas

Shaklee mempatentkan Vivix dengan anggur muscadine sebagai bahan asas utamanya. Kehebatan anggur muscadine adalah disebabkan kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.

Anggur muscadine banyak sangat kelebihan yang salah satunya ia mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat yang merosakkan.

Jemput tonton pembentangan Dr David Sinclair (penemu resveratrol) dalam video di bawah:

Tidak semua resveratrol adalah sama, Vivix Berbeza

Ada banyak nutrisi berasaskan resveratrol di dunia ini. Kenapa mereka tidak sama?

1. Wain = resveratrol?

100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Anda tidak boleh minum wain (lagipun kita orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?

Menurut Dr Sinclair, jumlah resveratrol dalam wain merah adalah sangat kecil berbanding dalam Vivix. Itulah sebabnya Vivix telah direka untuk menyampaikan tahap resveratrol daripada 100 gelas wain merah dengan setiap sudu teh (hidangan).

2. Kandungan resveratrol dalam produk

Hanya Trans-resveratrol sahaja aktif. Jika ada syarikat melaporkan kandungan resveratrol mereka sekian-sekian jumlahnya, ia tidak bermakna.

3. Keaslian Resveratrol

Keaslian produk berbeza-beza. Kebanyakan syarikat melaporkan keaslian 20%. Vivix pula adalah 98% tulen yang diekstrak daripada Japanese Knotweed.

Resveratrol telah ditulis dalam 2500 kajian saintifik

Resveratrol telah ditulis dalam 2500 kajian saintifik

4. Gabungan Resveratrol dan Polifenol

Dr David Sinclair (Universiti Harvard) menerbitkan data menyatakan gabungan polifenol menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Vivix pula adalah 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Shaklee telah menambah 1200mg polifenol daripada anggur muscadine, elderberry dan lobak ungu. Manakala kebanyakan syarikat membuat daripada anggur atau wain merah.

5. Penyingkiran Emodin

Dalam kaedah pembuatan Vivix, Shaklee telah menyingkirkan satu elemen disebut sebagai emodin yang terdapat dalam resveratrol. Umum tahu japanese knotweed mengandungi tinggi resveratrol selain muscadine grapes. Malahan resveratrol pertama kali ditemui oleh saintis adalah daripada japanese knotweed.

Dalam resveratrol mengandungi sejenis bahan disebut emodin. Emodin adalah satu bahan yang berpotensi menyebabkan inflamasi kepada tubuh. Jika ingin mengambil suplemen berasaskan resveratrol, pastikan bahan emodin ini telah disingkirkan.

Dengan kaedah penyingkiran emodin ini menjadikan Vivix bersifat anti inflammatory dan 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal.

Cara Mendapatkan Penuaan Yang Sihat

Shaklee walaupun merupakan syarikat pembekal suplemen, ia tetap mengambil kira terdapat perkara lain yang perlu diamalkan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

Langkah-langkah Untuk Mendapatkan Penuaan Sihat:

  • Makan makanan yang seimbang rendah lemak tepu dan kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien yang boleh memberi kesan positif kepada kesihatan yang berkaitan dengan memperlahankan penuaan.
  • Bersenam. Menurut National Institute on Aging, senaman dan aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit dan hilang upaya yang timbul apabila seseorang meningkat umur.
  • Elakkan makan terlalu banyak gula. Semakin banyak gula yang anda makan, semakin banyak AGE protein terbentuk di dalam tubuh. Ini boleh merosakkan protein selular, termasuk kolagen dan elastin.
  • Meningkatkan pengambilan vitamin D dan kalsium untuk kesihatan tulang, vitamin B untuk menyokong replikasi DNA sihat, dan antioksidan seperti vitamin C dan E untuk menangani tekanan oksidatif dan penuaan selular.
  • Berhenti merokok. Ia adalah pendekatan yang paling berkesan untuk mengurangkan kematian dan penyakit.
  • Mengurangkan stres, rehat dan tidur yang mencukupi untuk membantu melambatkan proses penuaan pada tahap sel.

Kesimpulan

Apabila anda memilih Vivix, anda perlu tahu anda sedang memilih produk paling hebat pada harga yang sangat berbaloi. Sebab apa saya kata berbaloi:

  1. Harga Vivix sangat berbaloi dan padan dengan kualitinya. Harga setiap bahan dalam Vivix sebenarnya sangat mahal. Harga sebiji (bukan segugus) anggur muscadine pun mencecah rm110 untuk sebiji sahaja. Jadi boleh bayang tak bahan yang digunakan mahal, ada hakmilik patent, ada kajian klinikal. Tapi kita boleh beli Vivix hanya pada harga rm503 sebotol (harga runcit).
  2. Vivix mempunyai kajian klinikal terhadap setiap bahannya. Kos membuat kajian klinikal adalah minima RM10 juta. Setiap bahan Vivix pula mempunyai ribuan kajian klinikal dibuat oleh saintis di seluruh dunia.
  3. Vivix mempunyai Landmark Study (kedua) yang dibuat khusus untuk pengguna Vivix. Ia disebut sebagai telomere study.
  4. Vivix mempunyai 5 patent yang sangat hebat membuktikan komitmen Shaklee memberikan anda hanya yang terbaik (eh macam iklan Trivago pulak) dan menjamin hak eksklusif dan kebaikan Vivix tidak diciplak oleh syarikat lain.
  5. Vivix menyampaikan anda khasiat resveratrol dan 15 polifenol yang unggul. Best ke best.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)