5 Makanan Untuk Kulit Sihat dan Segar

By | 16 July 2013
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kita sering gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan?

Terdapat banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, hari ini kami mahu berkongsi lima jenis makanan yang boleh bantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri!
Lima jenis makanan tersebut ialah :
Salad
GrilledChickenSaladBowl
  • Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kita. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Strawberry
Strawberry_mousse
  • Secawan strawberrry menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah berpotensi tinggi untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
Tomato
tomato
  • Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.
Soya
Soya_LStempe1
  • Kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.
Epal merah/hijau
securedownload
  • Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

kredit wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge