Call nowWhatsapp

Saya kadangkala ada di Institut Pediatrik HKL disebabkan kerja saya. Memang ramai kanak-kanak saya tengok sakit disebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser. Kanser ni dah bukan lagi ikut keturunan dsb, tak mengenal orang pun ada. Sebabnya baby baru 6 bulan pun boleh ada kanser zaman sekarang ni.

Sebab itu dalam posting saya sebelum ini, saya nyatakan berkenaan hal radikal bebas yang berperanan merosakkan tisu dan sel dalam badan kita. Ditambah lagi dengan penggunaan bahan kimia berleluasa dalam bahan makanan kita (bermula proses penanaman / penternakan hingga dibeli oleh kita), semuanya menggunakan bahan kimia.

Contohnya ayam. Dulu-dulu ayam yang kita makan cergas-cergas, sekarang ni ayam diternak dalam reban yang memang penuh sampai ayam tak boleh bergerak langsung. Kalau dilepaskan ayam tu pun, ia tetap mandom sebab dah biasa makan / tidur kerjanya. Ayam diberikan suntikan tahan penyakit, juga cucuk untuk cepat besar. Ayam baru beberapa hari tapi dah besar, dan terus dihantar untuk disembelih. Ha gitu kaedahnya, bayangkan semua ni masuk dalam badan kita, jadi memang tak mustahil banyak penyakit.

4 Suplemen Antioksidan Untuk Cegah Kanser

Ayam dulu dan sekarang

Apakah Antioksida

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

4 Suplemen Antioksidan Untuk Cegah Kanser

Sumber Radikal Bebas

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.

Makanan Mengandungi Antioksida

Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran. Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:

1. Beta karotena
Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.

2. Lutein
Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.

3. Likopena (Lycopene)
Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.

4. Selenium
Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.

5. Vitamin C
Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

6. Vitamin E
Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.

4 Suplemen Antioksidan Untuk Cegah Kanser

Bagaimana Antioksidan bertindak

Bagaimanapun kajian mendapati makanan antioksida ini tidak boleh diambil secara tunggal, ia akan memberikan hasil yang mengecewakan. Bila sebut peranan makanan antioksida, saya syorkan anda tambah dengan pengambilan suplemen bersifat antioksida. Suplemen adalah untuk menampung keperluan badan kita disamping kalau anda hanya depend pada makanan, makanan boleh tercemar atau hilang zatnya semasa proses memasak.

Kebanyakan doktor yang biasa saya temui, turut mengesyorkan pengambilan vitamin antioksida untuk tujuan mengelakkan kanser dan penyakit kronik. Ini disebabkan makanan dan vitamin antioksida boleh meneutralkan badan anda yang berasid. Asid inilah penyebab penyakit, jadi kena elakkan badan anda selalu berasid. Makanan berasid ni contohnya makanan yang pedas.

4 Nutrisi Antioksidan Cegah Kanser

Dalam Shaklee, memang ada nutrisi untuk cegah kanser. Antaranya:

  1. Carotomax – memberikan perlindungan antioksida, mengandungi 6 carotine terhebat seperti lycopene, astaxanthin, alpha, beta carotene, dan lutein. Ia juga membina semula sel rosak di samping membina pertahanan badan.
  2. Vita C SR Plus – Membentuk kolagen, bersifat anti oksida merangsang mengeluaran t-sel untuk melawan sel kanser, membuang bahan kimia daripada tubuh, mencantikkan kulit.
  3. Vita E Complex – anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan pertahanan badan, menghalang / melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan sel badan disebabkan radikal bebas.
  4. Vivix – minuman botani dengan kuasa antioksidan 40x lebih tinggi daripada anggur biasa, mengandungi asid elagik membantu mengurangkan kesan oksidatif stress dan elak kanser, lebih berkesan melawan radikal bebas, mengandungi polifenol dan resveratrol yang merupakan antioksida yang sangat kuat.

Jadi sekarang anda dah tahu berkenaan hal ini, pilihan di tangan anda. Kalau saya, memang saya dah lama juga amalkan suplemen ni salah satu sebabnya untuk kesihatan keseluruhan disamping mencegah daripada pelbagai penyakit kronik. Ikhtiar tak salah kan.

Saya ada seorang customer, gigih kumpul duit sebab dah terkena penyakit. Kumpul duit sebab nak beli suplemen agar kesihatan dia baik semula. Sebab itu orang kata, kesihatan ni mahal bila kita sakit. Satu lagi juga, kalau tanpa insurans, anda memerlukan sekitar RM700 ribu untuk perubatan kanser anda. Tak silap saya angka ni saya baca dalam sebuah akhbar beberapa bulan lalu. Sebab itu gigih juga la saya bekalkan suplemen untuk ahli keluarga.

Bulan Disember 2014 ada promosi Vita C SR Plus dan Vita E Complex, jadi anda boleh dapatkan set ACE ini pada harga terbaik. Yang penting tekad dan keinginan anda menjaga kesihatan perlu ada.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET ACE SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)