3 Cara Hadapi Cabaran 2016 Dengan Hebat

By | 11 December 2015

Ramai orang bimbang hendak hadapi tahun 2016. Bila diumumkan kenaikan demi kenaikan, ramai berasa marah, tidak kurang yang berasa cabaran hebat tahun hadapan ini terutama untuk rakyat marhaen macam kita ini.

Dilema Kenaikan Harga Dan Pemansuhan Subsidi

Banyak yang telah berkuatkuasa pada Disember 2015, kesannya akan anda rasai sedikit demi sedikit. Antaranya

kenaikan tahun 2016

kenaikan tahun 2016

  • Kenaikan harga tol di 15 lebuhraya sehingga 100%
  • Kenaikan tambah monorel dan LRT pada 2 Disember 2015 sebanyak 40% hingga 102%
  • Kenaikan tambah ERL dan komuter sebanyak 58% pada 2 Disember 2015
  • Pemansuhan subsidi beras ST15 (sebelum ini harganya RM17.50, kini ia kembali ke harga asal RM23)
  • Pelupusan subsidi elektrik bagi mereka yang bilnya kurang daripada RM20
  • Pelupusan subsidi minyak masak.. harga makanan akan naik?

Belum cukup dengan itu, ada beberapa lagi yang dijangkakan bakal naik, seperti berikut:

  • Kadar tol PLUS disemak semula bagi tahun 2016
  • Harga minyak dunia dijangka naik semula pada 2016
  • Tarif air dalam proses penilaian semula pada 2016
  • Harga ubat dijangka terus meningkat, seperti kata Obama beberapa minggu lalu.

Menempuh Tahun 2016 yang mencabar

Saya tidak mahu sebut sukar, saya sebut sebagai mencabar. Mencabar akan memberikan kita sebab untuk terus berusaha dengan HALAL. Janganlah ambil jalan pintas dengan pekerjaan tidak halal, rezeki tidak berkat, Allah tidak akan tolong, akhirat susah. Jadi, fikirlah panjang sebelum lakukannya.

Di sini saya kongsikan juga beberapa rancangan yang saya lakukan untuk hadapi 2016 yang mencabar, manalah tahu anda pun boleh lakukannya untuk diri dan keluarga. Dalam cabaran ini, fokuskan untuk survival.

Potong kos-kos tetap atau ‘fixed costs’.

Kos tetap adalah kos yang mesti dibayar tiap-tiap bulan. Ini penjimatan No. 1 mesti dibuat. Contoh kos tetap: Sewa, gaji, ansuran kereta, ansuran hutang bank, bil-bil utiliti dll. Antara yang saya potong adalah:

  • Broadband Celcom – internet boleh guna WIFI di rumah sahaja, penjimatan RM145
  • Astro, potong atau ambil yang tiada pembayaran bulanan – penjimatan RM65
  • Bayaran lump sum pinjaman perumahan menggunakan KWSP – anda akan dapat pengurangan tahun bayar dan pengurangan pembayaran bulanan. Anda boleh jimat beberapa ratus RM untuk ini.
  • Pengurangan bayaran takaful – bincang dengan ejen takaful anda sekiranya anda boleh kurangkan pembayaran bulanan (manfaat mungkin akan kurang, timbangkan pilihan anda).

Tukar Gaya Hidup

Ini saya tujukan kepada diri sendiri. Kalau gaya hidup anda telah pun pada paras minimum, ini tidak sesuai untuk anda. Antara gaya hidup yang perlu ditukar

  • Kurangkan pembelian barang-barang kehendak, contohnya jubah baru atau tudung baru setiap bulan.
  • Untuk anak sekolah, gunakan apa yang masih boleh guna. Hanya tukar baru bagi yang perlu sahaja. Mujurlah anak sulung saya ini bukanlah demanding orangnya, ada yang masih boleh guna, beliau tidak keberatan untuk terus gunakan. Contohnya beg sekolah, saya tidak perlu beli sebab katanya boleh guna yang masih ada. Selamat mama, mama doakan Hakim berjaya dan berkat hidup dunia dan akhirat.
  • Persekolahan anak-anak akan kekal sama sepertimana tahun 2015. Kelas-kelas tambahan untuk Hakim seperti kelas renang dan seni mungkin tidak dapat dipenuhi. Sebaliknya kami akan ajar sendiri di rumah (renang di rumah pakciknya). Seni dan mata pelajaran yang lemah saya boleh ajar sendiri, apa guna ada ijazah sarjana kalau asyik hantar tuisyen sahaja kan. Doakan kami berjaya.

Tambahkan pendapatan dengan bisnes

Saya ada sebutkan sebelum ini, berniagalah untuk stabilkan ekonomi anda. Bisnes yang bagaimana? Antara ciri-ciri yang anda harus tahu:

  • Bisnes yang menjual barang keperluan, contohnya suplemen. Suplemen masih dicari untuk kesihatan. Perkara berkaitan kesihatan seperti bekam juga masih relevan.
  • Bisnes yang minima modalnya, contohnya menjadi ahli Shaklee hanya pada RM80 sahaja. Banyak kursus yang menawarkan harga yang mahal untuk dihadiri. Contohnya

Kursus bekam hampir RM1000, sedangkan anda boleh dapat lebih murah daripada itu.

Kursus miliki SPA sendiri, tidak pernah saya jumpa lebih murah daripada RM1500 (minima), kecuali yang saya ada buatkan.

Bisnes tadika. Banyak program francais yang bersifat memeras pada istilahnya, bayaran lump sum sehingga ratus ribu RM, belum lagi fee bulanan yang anda harus bayar kepada mereka. Jika anda hendak masuk bisnes tadika, buatlah program sendiri atau join program yang menawarkan pembelian lesen secara lump sum, tidak memerlukan fi bulanan. Bayaran pula hanya puluh ribu sahaja.

  • Bisnes dengan dibimbing oleh mentor anda yang akan membantu anda berjaya. Cari mentor yang hendak membantu anda, bukannya hendak memeras anda. Macam bisnes spa dan bekam yang saya aturkan, saya cuma target hendak membantu anda miliki bisnes anda sendiri. Sebab itu fi yang saya kenakan hanya fi minima bawah RM1000 sahaja.
  • Bisnes online lebih mudah dan murah berbanding kedai fizikal. Memang bisnes online ada juga perlukan modal, tetapi tidak sebanyak modal diperlukan sekiranya anda ingin buka kedai. Perlu diingat banyak kedai juga tutup sekarang kerana tiada pelanggan.
  • Selain bisnes, anda boleh juga jadi freelance dengan dibayar dengan USD, banyak website yang menawarkan pekerjaan dari rumah dan dibayar dengan matawang asing.

2016 Yang Hebat Buat Kita

Itulah serba sedikit yang saya boleh kongsikan dengan anda. Saya sememangnya mencari anda yang benar-benar ingin berjaya, mengubah kehidupan, mendepani cabaran 2016, insyaAllah dengan peluang yang ada boleh pula kita bantu orang lain. Niat mesti betul ya.

Sekali lagi saya seru, dalam kegawatan ini jauhkanlah melakukan pekerjaan tidak halal. Banyak peluang di depan mata, insyaAllah anda juga boleh berjaya.

Tahun 2016 tentu hebat untuk anda, saya doakan!

Tahun 2016 tentu hebat untuk anda, saya doakan!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

18 thoughts on “3 Cara Hadapi Cabaran 2016 Dengan Hebat

  1. anuar

    Kos sara hidup semakin meningkat pada tahun 2016.. pada masa tu dijangka banyak perniagaan akan gulung tikar disebabkan tak dapat nak rolling balik modal perniagaan… sebab itu bermula dari sekarang, semua orang kena myla sediakan payung sebelum hujan.. mula jalankan perniagaan kecil-kecillan yang tidak memerlukan modal yang besar..
    anuar recently posted…Pengalaman Suka Duka Bersama ONEXOX (Bahagian 1)My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu encik anuar, termasuk company saya, di hujung tanduk

      Reply
  2. si bongkok

    Ingat 2015 dah nak berakhir bleh laa ingat nak merasa tahun 2016 selesa sket…jangkaan terus meleset…

    Makin SUKAR rasanya…Semua benda NAIK…baik brg makan minum, bil2 utiliti, pengangkutan awam DLL….

    Kalo tak cukup duit BOLEH GILA rasanya…

    Hmm…harap sgt org2 ATASAN kat dewan parlimen tue kerjalah dengan jujur ikhlas dan amanah…

    Bila dengar sampai berbilion boleh masuk AKAUN SENDIRI ( wpon belum tau sapa pendermanya ) rasa dah macam kecewa jek dengan pemimpin sedemikian…

    Bila rakyat marhaen merintih minta itu ini, reverse balik cakap bla bla bla akan dikaji semula/bagi diskaun balik/turun balik

    WAYANG APAKAH ini…?Ini cara HERO ZAMAN MODEN ker…hmmm

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      doakan sahaja pemimpin itu akan segera Allah tukarkan, semoga maju jaya tahun 2016

      Reply
  3. MYiDEAKiNi [dot] com

    Betul tu apa yang di ringkaskan oleh Raihanah Ahmag…

    Semua kos akan melambung tinggi menjelang 2016. Adakah kita sanggup sahut cabaran tanpa usaha? Semestinya tidak tapi ada sesetengah masyarakat ikut jalan pintas… Susah tu… 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge