Call nowWhatsapp

Agak lama juga saya tak update blog ni. Bukan apa, sibuk sikit selepas bersalin baby baru nombor 4 minggu lalu.

Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby girl pada 21 februari 2018 yang lalu melalui kaedah czer.

Jadi paham-paham la kan bila tengah pantang ni kena curi-curi masa nak tulis.

Apa saya nak kongsi hari ni adalah berkenaan pengalaman saya dengan isu placenta previa (pp).

Korang pernah dengar istilah uri kat bawah? Ha itulah placenta previa. Untuk tahu lebih lanjut boleh google je la. Sebab saya tengok banyak sangat dah info berkenaan uri di bawah.

Pertama kali didiagnos mengalami placenta previa

Masa minggu ke 29, dalam bulan Disember 2017, saya diberitahu kedudukan uri saya agak ke bawah, menghampiri laluan baby. Jadi doktor di kk merujuk saya ke hospital. Saya pilih hospital selayang.

Tak sempat cek apa pun, di hospital selayang saya cuma dapat tarikh temujanji saja dan saya disuruh balik.

Sebab benda ni menimbulkan kerisauan, saya ajak suami jumpa doktor pakar di hospital swasta. Paling dekat masa tu ialah hospital di sri rampai.

Selesai dengan doktor, memang confirm doktor kata saya alami masalah placenta previa type 3. Allahu, memang rasa sedih dan terkilan sangat.

Orang yang ada simptom macam ni biasanya disuruh untuk banyakkan berehat, elakkan bersama suami dan jangan buat kerja berat.

Ikut doktor kata saya ada 3 minggu lagi untuk usaha naikkan uri.

Disuruh masuk wad

Pada minggu 34w kehamilan, doktor di hospital selayang suruh saya admit. Tempoh tinggal di hospital adalah sehingga bersalin.

Bayangkanlah nak kena tunggu sampai 4 minggu di wad. Jenuh. Satu lagi risau sebab fikirkan kena tinggalkan anak-anak di rumah.

Atas nasihat mak, saya setuju je lah untuk admit. Kenapa kena admit?

Sebab doktor risau bila-bila berlaku pendarahan, kita tak sempat ke hospital dan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Kes pp akan selalunya dengan czer.

Kalau orang czer jarang la ada risiko bleeding. Tapi kes pp bleeding time czer adalah normal.

Sebab bila belah perut, doktor akan nampak uri dulu (kalau kes anterior pp), mahu tak mahu doktor terpaksa potong uri untuk dapatkan baby.

Uri berdarah, uterus pun boleh bleeding. Dan lagi jika pernah czer sebelum ni ada kemungkinan juga dalaman dah melekat-lekat ke abdomen.

Planning doktor untuk saya hari tu ialah sediakan 6 pain darah getting ready fpr the worst. Sebab saya anterior pp.

26 hari tinggal di wad gara-gara placenta previa

Bermula 30 januari 2018 maka tinggallah saya di hospital. Hari-hari asyik fikir anak-anak. Rindu sangat rasanya.

Sedih bila lihat mereka sedih atas ketiadaan saya, terutama sarah yang baru 3 tahun.

.

Placenta previa uri di bawah

Dapat katil di tepi tingkap. Bolehlah layan pemandangan luar

.
Tarikh czer saya ditetapkan pada 21 februari, iaitu pada 37w kehamilan.

Plan doktor untuk saya adalah sediakan 6 pain darah in case berlaku pendarahan.

Hari czer 21 februari

Memang tak sabar lagi tunggu hari czer. Ada 2 kegembiraan. Pertama gembira nak jumpa baby baru, kedua gembira nak balik rumah.

Saya ditolak masuk ke ot pada jam 10pg. Sebelum tu salam siap2 dengan suami. Suami senyum je, saya tahu dia cuba bagi kekuatan.

Mak pun ada. Mak nangis pulak, automatik saya pun bergenang air mata.

Baru je nak masuk ot, ada pulak kes emergency. Jadi saya kena tunggu.

Dalam jam 10.55 pagi saya ditolak dalam dewan bedah. Kat situ ambik masa hampir 1 jam untuk proses bius.

Bius tu kejap je yang jadi lama sebab nak cari salur darah untuk pasang iv.

Dalam jam 11.45 pg start kena bedah. Ada juga rasa sikit2 sakit tu, asyik suruh doktor tambah dos bius.

Punyalah lama nak siap surgeri, saya siap dibedah pada jam 1.20ptg. dekat 2 jam rupanya.

End up lost 1 liter darah, transfuse 1 pain sahaja.

Duration operate selama hampir 2 jam.

.

Placenta previa uri di bawah

Suplemen yang membantu saya di sepanjang kehamilan dan berpantang

.

Lepas dibedah, saya ditolak ke recovering area. Pernafasan tak cantik sangat, sebab doktor ada bagi morfin. Tinggal di sini dalam 2 jam jugak sebelum saya ditolak ke labor room untuk pantauan lanjut.

Masa di labor room boleh jumpa suami dan mak. Macam yang saya expect, mak memang risau sebab lama sangat saya dalam ot.

Saya juga dibenarkan minum. Lepas sejam saya cepat-cepat minum esp dan vivix.

Suami banyak bantu

Alhamdulillah semua lancar. Sepanjang 26 hari di hospital suami dan ahli keluarga banyak bantu dan beri sokongan.

Di saat-saat saya lemah, suami banyak bantu proses penyembuhan saya.

Terima kasih allah atas pertolonganmu, semua ini hasil belas kasihanmu jua.

.

Placenta previa uri di bawah

Alhamdulillah inilah princess kedua kami

.

Anda ada alami masalah placenta previa?

Kalau korang ada yang alami masalah ni, bawa bertenang disamping cubalah dulu usaha agar uri naik dengan sendirinya.

Ada beberapa petua yang saya baca di internet bagaimana naikkan uri. Antaranya

  • Sujud lama
  • Senaman kaki naik ke dinding (badan jadi bentuk L)
  • Doa-doa (boleh google)

Baby akan membesar, bila baby makin besar uterus makin kembang. Maka ada chance la uri naik sendiri.

Tapi kalau ditakdirkan uri duduk gitu statik je, dengarlah nasihat pakar. Ikut rancangan mereka untuk kebaikan kita dan baby juga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)