Family Day di Perak Sangat Menyeronokkan

By | 28 December 2016
Bergambar di hadapan pintu gerbang LWOT

Minggu cuti perayaan krismas yang lalu saya hadiri program hari keluarga. Saja juga bawa mama abah jalan-jalan setelah sekian lama. Destinasi yang kami pilih cuma Perak. Apa ada di perak? Sebab ramai kanak-kanak, maka kami pilih aktiviti air yang banyak.

1. Destinasi Pertama: Kuala Woh

Perjalanan dari KL ke Kuala Woh dalam 1.5 jam. Sebab ada highway, jadi jalan pun straight. Kebetulan pada hari tersebut orang berpusu-pusu juga mahu balik kampung atau bercuti sempena perayaan krismas. Jadi jalan ada yang jem. Tapi kami boleh sampai dalam 1.5 hingga 2 jam ke Kuala Woh.

Bayaran masuk:

  • Parking rm1
  • Dewasa rm2
  • Kanak-kanak rm1

Di Kuala Woh ada sungai air panas dan air biasa. Memang pelik sikit disini. Dalam sungai yang sama, ada bahagian air panas, ada bahagian air sejuk. Pasir pun macam itu. Pasir bila kita pijak sikit rasa sejuk, tapi kalau kita pijak lama akan rasa panas. Panas dalam kiranya.

Sini area air biasa / sejuk di Kuala Woh

Sini area air biasa / sejuk di Kuala Woh

Sini area air panas. Saya pilih air panas, kalau air sejuk tu sejuk sangat sampai ke tulang.

Sini area air panas. Saya pilih air panas, kalau air sejuk tu sejuk sangat sampai ke tulang.

Hakim suka berenang

Hakim suka berenang

Subhanallah kejadian Allah.

2. Destinasi Kedua: Homestay

Kami menginap di sebuah homestay di Tambun. Agak kurang sesuai sebenarnya untuk keluarga ramai macam kami. Bilik dengan katil queen cuma 2. Lain-lain bilik single. Kalau datang kita bawa siap-siap toto ok juga. Tapi sebab itulah sesuai dengan harganya.

3. Destinasi Ketiga: Restoran Kampung Ipoh, Tambun

Kami buat order pada jam 5 petang lagi. Jam 8 malam kami tiba di restoran yang cuma 10 minit perjalanan daripada Homestay. 30 minit tunggu kami gelisah, sebab belum sampai makanan. Aduhai, servis restoran ni rupanya sangat tak best. Anak-anak mula kelaparan. Mujur juga mama bawa nasi tomato yang masih berbaki siang tadi.

Dari segi makanan memang sedap, tapi kalau anda tidak sanggup menunggu lama, sini bukan untuk anda.

Lama menunggu. Anak-anak dah gelisah

Lama menunggu. Anak-anak dah gelisah

Siap makan anak-anak main-main pula

Siap makan anak-anak main-main pula

Maaflah gambar makanan tak ambil sebab masing-masing kelaparan, tak sempat ambil gambar.

4. Destinasi Keempat: Lost World Of Tambun

Hari seterusnya kami seharian di LWOT. Dalam sini memang banyak attractions rupanya. Antaranya:

  1. Petting Zoo
  2. Adventures (ala-ala permainan macam di Genting Highlands)
  3. Kolam Air Panas
  4. Taman Tema Air

Anak-anak saya dari yang sulung hingga yang baru berusia 1 tahun lebih berkubang je seharian. Anak no 2 lagilah suka betul menyelam, sampai merah-merah mata.

Sampai ke petang, hujan pulak dah. Lebat pula tu. Mujur juga kebetulan memang hendak balik, jadi mandi hujan pula semua orang. Mujur juga Sarah tidur dalam stroller.

Bergambar di hadapan pintu gerbang LWOT

Bergambar di hadapan pintu gerbang LWOT

BFF. Anak saya dengan sepupunya rapat. Dalam air pun sembang lagi. Sembang apalah tu

BFF. Anak saya dengan sepupunya rapat. Dalam air pun sembang lagi. Sembang apalah tu

5. Destinasi Kelima: Beli limau tambun di Hentian Limau Tambun

Sebelum pulang ke KL, mestilah ada oleh-oleh dari Ipoh kan. Jadi kami singgah di pusat jualan limau bali berdekatan dengan Tambun. Subhanallah besar betul ladang limau mereka.

Kebanyakan penjual disini adalah Cina. Tapi tidaklah murah sangat pun. Kurang rm1 daripada tempat lain.

Kebanyakan penjual disini adalah Cina. Tapi tidaklah murah sangat pun. Kurang rm1 daripada tempat lain.

Gara-gara hari keluarga, saya ponteng jugalah aktiviti makan vitamin. Terutama vitamin untuk bakar lemak, Lecithin dan Omega Guard. ESP pun tidak bawa. Tapi alhamdulillah rutin makan vitamin selama ini membantu anak-anak dan saya sendiri kekal sihat walaupun main air je kerjanya 3 hari tu.

Guna pillbox stack ni memang mudah dalam percutian singkat macam ini.

Guna pillbox stack ni memang mudah dalam percutian singkat macam ini.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

47 thoughts on “Family Day di Perak Sangat Menyeronokkan

  1. paridahishak

    SERONOKNYA MERAI FAMILY DAY DI TEMPAT CANTIK MENARIK TU TAPI KALAU BAB SUSAH NK DPTKAN MAKANAN DI SITU TENTU XMENYELESAKAN JUGA…APA2PUN SEMUA HAPPY OKLH TU

    Reply
  2. Kaknoor

    Banyaknya destinasi menarik Rai
    Alahaiii limau tu yg best kalau utk org V
    Kalau budak2 semestinya main air paling happening kan

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      limau tu paling best kaknoor. tapi harga sekarang tak macam dulu. sebiji tu rm24

      Reply
  3. daddydee

    Seronok dapat jumpa semua saudara.

    Walaupun sering ke ipoh tapi tak pernah lagi singgah Lost world dgn kuala woh. Nanti boleh cari.

    Reply
  4. Okje

    Musim perayaan mmg sana sini jem ye Raihanah…Hakak pergi jugak ke Seri Iskandar minggu lepas ambik anak. Walaupun selalu jugak ulang alik ke Ipoh tu tp tak pernah sampai ke LWOT dengan Sungai Woh tu…teringin jugak nak pergi satu hari nanti
    Okje recently posted…Diet hancur di Tahun BaruMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau orang tua masuk air panas tu sesuai. mak ayah saya pun cam boring je masuk LWOT

      Reply
  5. Hani Rahman

    BerkumpUl ramai2… Mandi2… Makan2… Paling menarik perhatian saya Kuala Woh… Baru first time dengar… Rasa masuk dalam list sebagai salah satu destinasi pilihan untuk percutian…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge