Wanita Ini Berjaya Hamil Selepas 6 Tahun Berusaha

By | 13 October 2016
Detox membantu meningkatkan kesuburan

Semalam saya ada dapat satu testimoni dalam grup telegram kami. Kami SID ini selalu berkongsi testimoni, samada diri sendiri mahupun daripada customer. Satu testimoni ini sangat best dan mengujakan sampai saya rasa saya harus kongsikan dengan anda semua.

Anda sudah berkahwin?

Sudah punyai anak? Belum?

Bagi anda yang sedang berusaha untuk mendapat anak tentu anda teruja untuk mendengar kisah beliau. Saya ringkaskan kronologi beliau untuk tatapan anda.

Wanita Ini Berjaya Hamil Selepas 6 Tahun Berusaha

Puan Nadia didiagnos sebagai menghidapi sindrom PCOS. Anda boleh baca link saya sebelum ini berkenaan PCOS. Bagi saya, testimoni Puan Nadia memang reliable, sebab saya sendiri ada PCOS dan saya pun hamil dengan sendirinya. Maknanya tanpa perlukan bantuan perubatan moden.

Apa yang Puan Nadia buat? Di bawah adalah kronologi beliau:

  • Period tidak teratur sejak mula period (mula period umur 17 tahun)
  • Buat ujian pertama (HSG). Memang confirm PCOS. Ujian suami OK.
  • Cuba alternatif contohnya mengurut, jamu, Darussyifa’
  • Cuba set kesuburan Shaklee

Walaupun ambil set kesuburan, masih gagal mengandung. Awal tahun ini Shaklee perkenalkan program #JomDetox. Puan Nadia terpanggil untuk mengikuti program ini. Beliau ambil Set Detox lengkap dan mengikuti program detox sepertimana saranan Shaklee.

Akhirnya, alhamdulillah semalam Puan Nadia isytiharkan telah berjaya mengandung selepas 6 tahun berusaha. Sebelum ini saya ada dengar juga salah seorang SID pregnant lepas buat detox. Kedua-dua testimoni saya letakkan di bawah ini.

Puan Nadia berjaya hamil selepas 6 tahun dengan Set Detox Shaklee

Puan Nadia berjaya hamil selepas 6 tahun dengan Set Detox Shaklee

Berjaya mengandung selepas program detox

Berjaya mengandung selepas program detox

Bagaimana Detox Membantu Meningkatkan Kesuburan

Detox membantu dari segi:

  • Membersihkan badan daripada toksin
  • Meningkatkan sistem penghadaman berfungsi dengan lebih efisien
  • Membantu badan untuk kembali ke homeostasis (keseimbangan)
  • Membantu hati untuk menukar toksin larut lemak ke dalam air larut supaya badan boleh menghapuskan mereka melalui air kencing, najis atau peluh.

Jika toksin dibiarkan dalam badan dalam keadaan “lemak larut”, maka ia akan menyebabkan badan anda menyimpan toksin berlebihan hingga boleh menyebabkan ketidaksuburan atau keguguran.

Dalam program detox, ia membantu mempertingkatkan sistem pencernaan supaya badan dapat menghapuskan toksin dan parasit. Memperbaiki saluran pencernaan juga bermakna penyerapan nutrien yang berkesan. Ini merupakan salah satu sebab untuk detox dan ia boleh membantu meningkatkan kesuburan.

Siapa yang memerlukan Detox

Adakah anda mengalami mana-mana daripada yang berikut?

  • Ketidaksuburan
  • Sakit ketika datang bulan
  • PMT
  • Endometriosis
  • PCOS
  • Masalah pencernaan termasuk IBS, sembelit, cirit-birit, kembung, senak / refluks, angin berlebihan, loya
  • Sakit kepala / migrain
  • Keletihan
  • Kurang tenaga
  • Lesu
  • Masalah kulit seperti jerawat, ekzema, dermatitis , psoriasis, lingkaran hitam di bawah mata
  • Alahan
  • Intolerans makanan
  • Sistem imun rendah

Dengan membuat program detox, ia dapat memberikan badan anda peluang untuk menjadi lebih subur.

Adakah kita benar-benar perlu Detox?

Jawapan ringkasnya adalah YA! Setiap hari kita terdedah kepada bahan kimia dan toksin terutamanya dari makanan kita, bahan kecantikan dan produk rumah, bahan pencemar di udara dan ubat-ubatan. Ia dimana-mana saja, sukar untuk kita lari daripada bahan kimia dan toksin ini.

Toksin berlebihan dalam badan penyebab masalah ketidaksuburan

Toksin berlebihan dalam badan penyebab masalah ketidaksuburan

Memang benar, tugas utama hati kita adalah untuk membantu kita dalam proses detox dengan sendirinya. Tapi sepertimana proses badan yang lain, proses penyingkiran toksin ini mengalami masalah juga terutama jika kita:

  • Tidak bersenam
  • Pengambilan makanan tidak sihat
  • Gaya hidup tidak sihat

Lama kelamaan hati boleh jadi kurang cekap. Jadi sebab itulah detox berfungsi untuk meningkatkan fungsi organ-organ detox (organ detox bukan hati sahaja).

 

 

Melalui program detox, anda dapat manfaat seperti:

  • Membantu mengeluarkan toksin daripada badan.
  • Memperbaiki saluran pencernaan dan hati di samping mempromosikan bakteria sihat
  • Menyingkirkan toksin dengan berkesan melalui organ penyingkiran toksin seperti hati, buah pinggang, dan saluran pencernaan.
  • Membantu mengembalikan keseimbangan kepada tubuh dengan mengamalkan gaya hidup dan perubahan pemakanan.

Jadi dengan melaksanakan program detox ini dapat membantu anda mengoptimumkan kesihatan anda yang dapat meningnkatkan peluang untuk anda berjaya hamil. Sekiranya pun anda ingin lakukan prosedur seperti IVF dan lain-lain, anda boleh detox dahulu sebelum melalui prosedur berkenaan. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk hamil di samping mengurangkan risiko kesan-kesan kesihatan yang memudaratkan seperti masalah kecacatan kelahiran, masalah pembelajaran, ADHD dll.

Saya tidak katalah jaminan boleh mengandung, tapi sekurang-kurangnya mari kita ikhtiar. Mana tahu ada rezeki dengan cara ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Wanita Ini Berjaya Hamil Selepas 6 Tahun Berusaha

  1. okje

    Anak ni mmg rezeki ye Raihanah…. Bukan senang nak dapat anak rupanya….. Tak perlah yg penting usaha. Baguslah ada vitamin Shaklee macam ni….. Dapat jugak membantu mereka yg memerlukan….
    okje recently posted…Diet mayetMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      hihi susah mak, saya ni jenis susah lekat sebenarnya sbb pcos tu la. alhamdulillah rupanya nutrisi sangat membantu

      Reply
  2. Mummydearie

    Rasa seronokkan Raihanah bila tahu kita dapat membantu orang lain. Lagi-lagi dalam bab nak dapatkan anak ni. Kegembiraan tu tak terhingga.

    Alhamdulillah, ada rezeki untuk geng Raihanah ni untuk mengandung. Tahniah buat kawan tu.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah MD, tak jemu2 berusaha juga puan kita ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kan MV, memang membantu meningkatkan kesihatan detox ni

      Reply
  3. zool

    kena berusaha.. kat opis ada kawan tu.. 10 tahun, tetiba jadi tahun ni.
    tapi belum sampai.. gugur pula

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Allahu, besar dugaan dia. memang kalau ikutkan ada risiko gugur tu.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Alhamdulillah bila kita punyai impian, tentu usaha tanpa jemu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge