Call nowWhatsapp

Baru-baru ini ada yang hubungi saya untuk dapatkan konsultansi berkenaan cara pengambilan mana-mana vitamin Shaklee yang telah dibeli. Mula-mula saya berleter juga, tapi akhir sekali saya akan bantu juga berikan jadual makan. Semuanya disebabkan saya tak mahu customer beli tapi tanpa mendapat manfaatnya. Lebih-lebih lagi beli untuk masalah penyakit kronik.

Jadi Ahli Untuk Makan Sendiri

Ramai sebenarnya dalam kategori ini. Mereka jadi ahli Shaklee semata-mata untuk makan sendiri (bukan buat bisnes Shaklee). Mereka merasakan manfaat daripada Shaklee dan merasakan lebih menguntungkan jika mereka jadi ahli Shaklee. Antara keistimewaan jadi ahli Shaklee adalah:

  • Menikmati harga ahli (minima 15% daripada harga runcit)
  • Menikmati potongan harga setiap kali Shaklee membuat promosi
  • Menikmati cash back sekiranya cukup syarat

Ini baru keistimewaan jadi ahli Shaklee, samada hendak bisnes atau makan sendiri. Untung kan? Anda menjadi ahli bagi syarikat terbaik seperti Shaklee, mestilah kena bangga.

Kenapa perlu pilih upline yang bagus

Pemilihan upline adalah faktor penting walaupun anda hendak makan sendiri sahaja. Ini disebabkan anda perlu tahu cara pengambilan produk Shaklee yang betul dan sesuai untuk keadaan anda. Ada orang beli dengan kawan atau jadi ahli dengan kawan. Sedangkan kawannya pun makan sendiri saja.

Amaran: penjualan di online shopping lain adalah dilarang oleh Shaklee. Shaklee tidak bertanggungjawab dengan sebagai kesulitan yang pengguna alami jika membeli daripada medium itu.

Ada orang order dari online shopping atau dari farmasi. Kedua-dua ini tidak memberikan khidmat selepas jualan. Iaitu anda tidak boleh hubungi mereka untuk mendapatkan konsultansi selepas jualan. Konsultansi selepas jualan contohnya:

  • Jadual makan vitamin berdasarkan keperluan anda
  • Jika ada masalah / healing crisis dengan pengambilan vitamin, anda boleh mengadu dengan upline anda
  • Membantu anda dengan masalah anda, hendak tanya mana hospital hendak bersalin pun boleh. Ha, jangan tak tahu, memang ada!
Khidmat selepas jualan Shaklee

Khidmat selepas jualan Shaklee

Pendek kata, selepas pembelian anda masih boleh hubungi upline / pengedar anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan vitamin yang anda beli.

Selain itu, bagi upline yang memang buat bisnes Shaklee, mereka terdedah kepada pelbagai latihan dalam Shaklee, contohnya. Banyak latihan produk diadakan. Kalau ikut pengalaman saya, info berkenaan produk kami perolehi daripada

  • Kelas nutrisi Shaklee. Ada yang level permulaan, ada juga level expert.
  • Kelas produk bulanan. Ini untuk fokus tentang produk yang dibuat promosi bagi bulan-bulan tersebut.
  • Kelas online. Ikut pada kumpulan anda. Kalau kumpulan saya, saya ada sampai 6 tim yang mana di bawah seliaan beberapa level Master. Jadi banyak maklumat, cara pemberian dos, pengalaman master-master (mahupun pengedar lain) dikongsikan bersama.
  • Kelas dengan pakar nutrisi. Kami ada hubungan langsung dengan pakar nutrisi. Boleh jumpa atau telefon terus untuk sebarang maklumat.

Saya sendiri ada dalam tim wasap/telegram beberapa orang Master. Memang saya tamak dalam mendapatkan ilmu. Semuanya supaya saya menyediakan diri saya untuk membantu customer saya dengan terbaik.

Jadi, pastikan anda beli produk atau jadi ahli dengan pengedar yang tepat. Supaya anda dapat hasilnya dan manfaat daripada vitamin Shaklee.

Tips pilih upline untuk jadi ahli Shaklee

Saya akan kongsikan beberapa tips pilih upline untuk jadi ahli Shaklee atau untuk membuat pembelian produk Shaklee.

1. Pastikan anda pilih upline yang memang aktif dengan bisnes Shaklee.

Anda boleh semak samada bakal upline anda adalah aktif dengan cara:

  • Stalk fb mereka, tengok apakah yang selalu mereka kongsikan dalam fb mereka. Kalau selalu share berkenaan anak, resepi, gosip dan sebagainya, fahamlah mereka pun mungkin tidak buat bisnes Shaklee.
  • Kalau bakal upline ada page facebook, pun boleh stalk page mereka. Ini sama konsepnya dengan blog atau IG. Kalau tarikh akhir mereka kemaskini page, IG dan blog sejak beberapa bulan lalu (atau bertahun-tahun lalu), maka kita fahamlah mungkin mereka tidak lagi membuat bisnes itu.

2. Upline masih baru atau lama?

Soalan ini memang sering ditanya. Sebenarnya tidak adil menilai berdasarkan upline masih baru atau lama sebab ia tidak menjanjikan apa-apa. Hanya pengalaman saja berbeza. Walaupun masih baru, bakal upline mungkin ada sertai program-program peningkatan diri seperti latihan produk, latihan kepimpinan dan sebagainya.

Anda tahu tak, ada yang baru buat bisnes Shaklee, tapi dalam tempoh 8 bulan sudah naik master. Jadi tidak penting sebenarnya lama atau baru.

3. Upline rank apa?

Ini pun soalan killer. Sebenarnya walaupun rank masih rendah, tapi kalau bakal upline jenis yang berilmu, rajin kemaskini fb, page, IG atau blog, sebenarnya dia lagi bagus berbanding rank atas. Cuba tanya diri kita, kalau kita masih di level rendah, macamana kita nak berkembang jika semua orang pilih orang level atas sahaja? Cukup kita tanya diri kita sahaja.

Saya adalah upline dan pengedar Shaklee terbaik

Tak payah cari lain, anda sudah pun jumpa dengan pengedar Shaklee terbaik. Sayalah tu. Ikutkan banyak feedback customer saya, ramai juga yang memang memberikan feedback terbaik buat saya. Hihi maaf ya masuk bakul angkat sendiri pulak dah. Siapa nak puji diri sendiri kan, kalau bukan diri sendiri.

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Khidmat selepas jualan adalah perkara terpenting yang saya dan tim saya jaga untuk kepuasan pengguna Shaklee

Saya boleh COD di Gombak atau pos ke seluruh dunia. Kalau anda mencari untuk COD di kawasan berikut pun saya ada wakil yang anda boleh harapkan. Ya, semuanya kerana mereka adalah terbaik.

  • Setapak dan Kuala Lumpur: Khadijah +60 19-374 5642
  • Kuala Lumpur dan Selayang: Najma +60 19-283 4319
  • Ipoh, Seri Iskandar, Batu Gajar dan sekitar: Fatimah +60 12-519 7428
  • Nilai, Seremban, Bangi, Kajang: Sharihah +60 14-800 9552

InsyaAllah tim saya akan berkembang lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)