Kenapa Penting Suplemen Ada Kajian Klinikal

By | 18 October 2016
Dr Gladys merupakan seorang professor emerita yang pakar dalam bidangnya

Minggu lalu saya ada mendapat panggilan telefon daripada seorang bakal customer. Beliau kata, ramai SID yang beliau hubungi tapi gagal berikan beliau hujah yang bagus untuk beliau ambil produk Shaklee. Beliau hendak cuba juga Shaklee tapi beliau nak dengar produk yang mana sesuai untuk beliau. Katanya beliau tengok blog saya dan berfikir saya mungkin boleh bantu guide beliau dengan masalahnya.

Customer Datang Kerana Kepercayaan

Pertamanya saya berterima kasih kepada beliau kerana percayakan saya. Memang hendak wujudkan kepercayaan bukan mudah. Dalam bisnes, saya sedaya upaya menjaga kredibiliti dan kepercayaan. Sebab dengan kepercayaan barulah customer akan membeli.

Customer saya ini adalah beberapa masalah kesihatan dan bertahun-tahun. Doktor gagal mendapatkan status kesihatan beliau walaupun macam-macam ujian telah dilakukan. Sakit masih ada. Beliau juga ambil suplemen, nampak ada perubahan tetapi sakit masih ada. Jadi kali ini beliau mahu mencuba Shaklee.

Alhamdulillah saya berjaya memberikan beliau produk yang sesuai untuk masalah kesihatan beliau. Beliau alami masalah sakit dada, walaupun ujian darah, MRI dan ECHO telah dibuat, tetap gagal mengenalpasti masalah beliau. Bila hendak buat angioplasti, doktor kata tidak perlu.

Jadi untuk masalah beliau saya hanya merujuk kepada doktor dalam tim kami juga dengan pakar nutrisi daripada Shaklee. Mereka menyarankan ambil set asas untuk kesihatan jantung sahaja iaitu Vivix, Omega Guard dan ESP. Jadi inilah juga yang saya cadangkan kepada beliau.

Sebelum itu, jemput tonton video dibawah

Ujian Klinikal Penanda Aras Suplemen Yang Baik

Sempat juga saya berkongsi dengan beliau peri pentingnya mendapatkan suplemen yang baik. Saya kongsikan dengan anda pula kali ini.

Masalah orang kita adalah suka bergantung kepada testimoni. Testimoni tidak boleh dijadikan tanda aras kebaikan sesuatu suplemen. Testimoni boleh dibuat-buat atau testimoni mungkin menunjukkan keberjayaan kepada segelintir pengguna, bukan sebahagian besar pengguna.

Ujian klinikal sebagaimana posting saya sebelum ini adalah ujian peringkat kedua yang harus dilalui sebelum membuktikan suplemen itu selamat atau berkesan. Sebelum ujian klinikal adalah ujian makmal (atau dikenali sebagai in vivo).

Banyak produk kita lulus ujian in vivo contohnya durian belanda, daun rerama dan belalai gajah yang katanya dalam ujian makmal bagus untuk sekian-sekian masalah kesihatan. Dalam ujian makmal, ujian adalah ke atas binatang seperti tikus.

Bahan-bahan ini belum lulus ujian klinikal. Ujian klinikal adalah ujian ke atas manusia. Contohnya kalau nak buat ujian klinikal ke atas pesakit kanser dengan daun rerama, kena adalah seramai 200 orang contohnya 200 orang daripada pesakit kanser. Kanser pula kena fokus kanser apa, contohnya kanser payudara. Ujian klinikal memakan banyak dana. Dana ke atas rnd memang besar sebenarnya, jadi sebab itu ujian klinikal selalunya tidak dibuat oleh syarikat suplemen.

Bayangkan berapa dana perlu untuk ujian ke atas pesakit kanser. Mereka perlu sediakan juga pampasan kepada pesakit sekiranya berlaku perkara negatif disebabkan bahan tersebut. Sebab itu di Malaysia, memang jarang ada kajian klinikal ke atas produk kesihatan suplemen.

Baru-baru ini bila ke pasar ada penjual pokok rerama. Beliau kata bagus untuk pesakit kanser. Saya cepat-cepat cakap itu tidak betul, belum ada kajian klinikal. Saya cuma membantu memberikan maklumat yang tepat.

Bagaimana dengan suplemen yang ada ujian klinikal

Dalam produk luar negara, mungkin ada yang memang buat ujian klinikal. Saya anggap sahaja betul, sebab mereka claim begitu. Namun, untuk mengesahkan setiap ujian klinikal, kita boleh google sebenarnya jurnal ujian klinikal mereka. Ini disebabkan kalau ada dipamerkan secara terbuka, mudahlah sesiapa sahaja hendak buat semak dan seimbang (check and balance).

Maklumat dan jurnal kajian klinikal Shaklee boleh disemak di Health And Resources. Ada syarikat mendakwa ada kajian klinikal tapi tiada jurnal berkenaan kaedah ujian dijalankan untuk disemak pihak ketiga (atau menjadi rujukan pengguna). Jadi sendiri mahu ingatlah.

Ada 2 orang pengguna yang saya kenal menjadi mangsa

1. Pesakit buah pinggang dan ambil ubat herba

Ini customer saya. Beliau asalnya sakit diabetes, dan kemudiannya ada sakit buah pinggang. Beliau mencuba sejenis ubat herba (saya tidak diberitahu apa). Lepas ambil ubat herba, beliau koma. Duduk di ICU selama sebulan setengah. Dan sebulan setengah lagi di wad biasa. Jadi selama 3 bulan beliau duduk di hospital.

Lepas balik ke rumah, barulah beliau hubungi saya untuk mencuba Vivix. Alhamdulillah beliau telah cuba selama 2 bulan dan masih sihat.

2. Pesakit SLE ambil suplemen luar negara

Ini sesorang yang saya kenal rapat. Beliau memang ambil Shaklee untuk masalah SLE beliau tapi sengaja hendak mencuba produk lain. Disarankan produk XXX, jenama luar negara yang dikatakan ada kajian klinikal. Tapi lepas seminggu amalkan, beliau dimasukkan ke wad kerana mendapat jangkitan pada mata.

Kedua-dua ini berlaku di depan mata saya. Kalau ambil tapi tidak jejaskan kesihatan mungkin kita tak mengapa, tapi kita bimbang kalau jejaskan kesihatan. Ada yang ambil tapi tidak meningkatkan kesihatan pun.

Apa yang membezakan produk-produk ini?

Bagi produk yang tiada ujian klinikal (dan reputable), ada risiko yang anda perlu tanggung. Produk sebegini bila tiada kajian klinikal, peratusan keberjayaan itu kita tidak pasti. Kita tidak boleh hanya berpegang dengan testimoni semata-mata. Testimoni bukan data yang diterima (tapi saya tahu rakyat kita mudah termakan dengan testimoni).

Kadar keberjayaan produk sebegini hanya bergantung kepada nasib. Kalau nasib umur kita panjang, kita sihat. Kalau takde nasib, kita dapat penyakit atau boleh menjejaskan nyawa kita. Jadi hati-hatilah.

Ambil Suplemen Masa Sihat, Jangan Tunggu Sakit

Produk yang saya sebutkan di atas (herba atau suplemen tanpa kajian klinikal) mungkin boleh ambil pada ketika kita masih sihat sebagai suplemen. Ini mungkin boleh. Namun begitu, tahu tak sebenarnya kebanyakan doktor pun tidak amalkan suplemen apa-apa? Ini mungkin disebabkan data kajian klinikal di bawah. Kajian ini dibuat oleh tim Dr Gladys.

Kajian klinikal ini dibuat ke atas 3 kategori pengguna

Kajian klinikal ini dibuat ke atas 3 kategori pengguna

Data di atas menunjukkan kesihatan pengguna suplemen lebih teruk berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa suplemen. Tapi…

Tapi bagi pengguna Shaklee, tahap kesihatan mereka lebih baik berkali-kali ganda. Perlu diingat, data ini adalah reputable dan anda boleh semak kaedah ujikaji mereka.

Tanggungjawab saya bukan setakat hendak bisnes semata-mata, tapi saya pilih jenama Shaklee kerana yakin dan tahu ianya suplemen yang terbaik untuk kesihatan. Saya juga bertanggungjawab untuk educate customer saya dalam pemilihan suplemen yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge