Rezeki September 2016

By | 29 September 2016
kejayaan

Jarang-jarang saya dapat berkongsi berkenaan beberapa kejayaan saya. Namun kali ini saya ingin berkongsi dengan anda kejayaan saya kali ini.

Saya Senior Supervisor baru!

Alhamdulillah Allah izinkan kali ini saya naik rank Senior Supervisor dalam Shaklee. Alhamdulillah, alhamdulillah! Senyum memanjang saya sejak semalam bila disahkan dapat naik rank.

Saya naik supervisor agak lama, sejak 3 tahun yang lalu. Tapi saya akui saya tidak fokus berkenaan rank. Saya hanya buat jualan semata-mata. Dalam beberapa siri latihan sebelum ini bila dipaparkan berkenaan kenapa saya perlu naik rank, Β barulah saya nampak career path baru saya dengan Shaklee.

Sebelum ini pun nampak, tapi saya tidak fokus.

Alhamdulillah kali ini dengan tim yang saya ada, membolehkan kami melonjakkan ke tahap baru, lebih mencabar, tapi semestinya ada hasil lebih menarik jika rajin disemai.

Purata pendapatan bulanan SID Shaklee bagi setiap rank

Purata pendapatan bulanan SID Shaklee bagi setiap rank

Pencapaian kumpulan melonjak

Dengan tim yang baru ini, saya sangat bangga sebenarnya. Ini kerana mereka sama-sama susah dan senang dengan saya. Membuat semua yang saya rancangkan untuk mereka, di samping setia dengan saya serta percaya dengan saya.

Kalau ingin berjaya lebih tinggi, bantu orang lain untuk sama-sama berjaya. Inilah konsep yang dipegang Shaklee

Kalau ingin berjaya lebih tinggi, bantu orang lain untuk sama-sama berjaya. Inilah konsep yang dipegang Shaklee

Pencapaian kumpulan melonjak dari RM11 ribu ++ kepada RM14 ribu ++ (as of 26 September 2016). InsyaALlah selagi belum habis bulan, saya positif kami akan mencapai lebih daripada angka tersebut.

Sebenarnya apa yang menyebabkan saya di tempat sekarang adalah dengan tim yang ada. Selama ini pun saya memang berusaha keras untuk membantu setiap ahli tim saya memperolehi 3-4 angka bonus setiap bulan. Kali ini salah seorang daripada mereka mencapai matlamat yang telah disasarkan.

 

 

Good Follower Will Be A Good Leader

Selama 3 tahun ini macam-macam yang telah saya buat untuk mencapai sasaran saya. Tahun ini alhamdulillah matlamat lebih jelas. Antara yang saya lakukan adalah:

1. Pilih mentor anda

Pastikan pilihan mentor anda adalah orang yang ingin sama-sama berjaya dan membantu anda. Tak guna jika mentor yang berpangkat tinggi tetapi tidak membantu anda dari segi strategi, latihan dan coaching. Alhamdulillah saya ditemukan dengan mentor yang hebat. Sama-sama menangis dan bergembira dengan saya.

2. Latihan, latihan, latihan

Dengan anak-anak pun kita selalu tekankan tentang latihan. Walaupun kita telah bekerja, latihan pun perlu ada. Begitu juga dalam bisnes, latihan perlu dan sebenarnya sangat penting. Dalam menghadiri latihan, ia membantu kita

  • Menimba ilmu, bagi Shaklee penting juga untuk kita punyai ilmu berkenaan produk, nutrisi dan penyakit
  • Ilmu tentang kewangan
  • Ilmu tentang bisnes dalam Shaklee dan bagaimana untuk berjaya
  • Ilmu tentang marketing terutama blog, facebook, IG
  • Ilmu tentang perkongsian offline

Dan banyak lagi. Semua ini membantu kita mempunyai banyak ilmu dan pengalaman yang dapat kita curahkan kepada ahli tim kita pula. Orang kata sambil baring pun boleh buat Shaklee. Tapi sebenarnya ia perlukan usaha keras juga. Tiada kejayaan datang bergolek kalau tanpa usaha.

3. Duplicate your leader

Setiap apa yang mentor saya suruh, saya akan buat sehabis baik. Setakat inilah saya berjaya duplicate leader saya. Antara yang saya ingat saya buat:

  • Kemaskini blog selama 100 hari setiap hari
  • Blogwalking 50 blog minima setiap hari
  • Status facebook sebanyak 7x setiap hari

Dan banyak lagi sebenarnya. Dengan membuat perkara di atas secara tidak langsung saya berjaya menempatkan blog saya di kalangan blog top dalam muka pertama bagi keyword yang saya pilih. Alhamdulillah. Selain itu terima kasih kepada para blogger tegar yang selalu singgah dan komen dalam blog saya. InsyaAllah satu hari ada rezeki saya nak buat jamuan untuk blogger yang selalu singgah di blog saya. Doakan saya untuk naik Coordinator Disember 2016 ini ya.

Tiada Rahsia Untuk Berjaya, Hanya Usaha!

Sentiasa berfikiran positif anda juga mampu berjaya seperti orang lain

Sentiasa berfikiran positif anda juga mampu berjaya seperti orang lain

Jadi sebenarnya tiada rahsia pun untuk berjaya. Hanya perlukan sasaran dan usaha untuk kita mencapai sasaran itu. Lain daripada itu, tentulah doa dan kebergantungan kita kepada Allah.

Sasaran saya untuk Oktober 2016, saya ingin seorang lagi ahli tim saya untuk naik Supervisor. Jadi dalam Oktober 2016 saya akan ada 2 orang supervisor.

Dengan jadi supervisor sebenarnya lebih banyak peluang untuk anda. Banyak keuntungan pada diri anda sendiri, anda buat, anda dapat.

Alhamdulillah saya ditemukan dengan Shaklee sebagai bisnes yang saya dapat buat. Sekarang secara separuh masa, InsyaAllah tidak lama lagi sebagai sepenuh masa.

Bagi anda yang masih tercari-cari apakah bisnes yang anda boleh ceburi, Shaklee adalah yang terbaik. Dan dengan menyertai tim saya anda akan mendapat seorang coach yang terbaik daripada kalangan semua coach lain (saya la tu).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah Β SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

40 thoughts on “Rezeki September 2016

    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks tuan. thanks juga sebab rajin dtg komen kat sini. πŸ™‚

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks kakzakie. rajin kak datang sini, itu banyak memberikan kesan positif pada saya. insyaAllah boleh, nanti nak apa2 boleh kontek saya

      Reply
  1. Mummydearie

    Tahniah, Raihanah! Semoga impian nak menjadi Coordinator dalam masa yang terdekat ni akan menjadi kenyataan. Amin!

    Saya ni hanya mendoakan dari jauh ajelah. Suka tengok kalau orang-orang kita terus berjaya dalam apa yang diusahakan. Tumpang berbangga jugalah ^_^

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks MD. MD juga rajin datang sini. thanks banyak2

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks tuan. saya banyak belajar ttg blog lepas sertai BBN

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks nik. nik rajin datang sini. thanks banyak2

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge