Call nowWhatsapp

Bagaimana Resveratrol Membantu Merawat Kanser

Bertahun-tahun lalu saintis telah menemui bahan semulajadi yang memberi kesan positif untuk semua peringkat kanser serta mempunyai kesan pencegahan. Bahan semulajadi tersebut adalah resveratrol yang merupakan sejenis polifenol yang apabila diberikan dalam dos yang tinggi berkemampuan menutup dan membantu merawat kanser. Caranya adalah dengan memotong pembentukan salur darah baru yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor.

Apakah Polifenol?

Polifenol adalah kumpulan yang paling banyak mengandungi sebatian tumbuhan fenolik, yang dikenali untuk menyediakan lebih daripada rasa, warna, dan rasa buah-buahan, sayur-sayuran, benih, dan bahagian-bahagian lain tumbuh-tumbuhan.

Polifenol menyediakan pelbagai mekanisme untuk mengaktifkan gen. Bahan-bahan polifenolik bermolekul kecil didapati secara semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan dan sangat berkesan untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dan haiwan terhadap masalah kesihatan biasa dan kesan penuaan.

Tumbuh-tumbuhan yang mengalami tekanan disebabkan oleh kemarau, jangkitan, ultraviolet,dan faktor-faktor tekanan lain menghasilkan lebih banyak polifenol. Resveratrol yang terdapat dalam kulit anggur merah memainkan peranan yang besar dalam gerakan anti-penuaan.

Sebelum saya menjelaskan bagaimana resveratrol membantu dalam mencegah dan juga merawat kanser saya ingin menjelaskan pelbagai peringkat kanser.

Bagaimana Kanser Bermula

Fasa Pertama: Peringkat Permulaan

Apabila kanser pertama bermula dalam badan ia dipanggil peringkat pemulaan. Ini berlaku apabila radikal bebas menyerang membran sel, mitokondria (tenaga kepada) dan sel DNA dalam nukleus sel. Kecederaan kepada DNA menyebabkan mutasi dan dijika dibiarkan boleh menjadi malignan.

4 Stage Kanser

4 Stage Kanser

Radikal bebas adalah normal hasil daripada produk mitokondria (mitokondria by-product). Namun badan kita mempunyai sistem untuk menghapuskan mereka.

Namun apabil badan kita mengalami terlalu banyak  keadaan seperti diet yang tidak sihat, tidak mengambil nutrisi yang mencukupi, pencemaran alam sekitar, dan pengeluaran produk hasil proses dalam badan, ini menyebabkan badan mengeluarkan antioksidan seperti Vitamin C, E dan beta-karotena untuk meneutralkan kesan kemusnahan akibat situasi itu.

Fasa Kedua – Pembiakan Sel Kanser

Pada peringkat kedua fasa kanser dipanggil, sel kanser membiak. Dalam fasa ini sel pra kanser terkumpul dan mula membesar. Pembahagian sel semakin rancak dengan berlakunya keradangan, bukan pada satu tempat, tetapi di seluruh badan.

Pengambilan minyak sayuran seperti jagung, safflower, lemak trans, dan lemak tepu dalam makanan berdaging dan makanan yang digoreng menyumbang kepada keradangan ini.

Pada peringkat ini, tiada rasa sakit atau petunjuk kehadiran sel kanser ini walaupun ia semakin meningkat dalam organ badan. Dalam fasa 1 dan 2 ini kebanyakan sekiranya berjaya ditemui kejayaan yang sangat besar untuk diubati.

Fasa 3 – Sel Kanser Berkembang

Peringkat ke 3 adalah paling bahaya. Jika pertahanan badan gagal, akan menyebabkan kanser mula berkembang. Sel kanser akan melepasi semua faktor pertumbuhan untung memastikannya terus hidup. Sel kanser ini akan mula mengganggu tisu sekitar yang sihat dan mewujudkan beribu-ribu saluran darah mikroskopik baru untuk pertumbuhan kanser. Proses ini disebut sebagai angiogenesis. Umpama pokok, ia akan memperoleh laluan akarnya sendiri untuk terus mencengkam dengan baik.

Bagaimana Resveratrol Membantu Mencegah Kanser

Di Malaysia dikatakan seorang daripada 4 orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser. Angka ini sangat menakutkan dan saya dengar juga semakin bertambah pesakit kanser.

Daripada penerangan di atas, adalah penting agar pertahanan badan sangat kukuh sebagai pencegahan kanser. Banyak kajian telah membuktikan bahan-bahan semulajadi boleh membantu meneutralkan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menghalang angiogenisis (sel kanser berkembang) dan dengan ini dapat mengganggu ketiga-tiga fasa kanser.

Pada tahun 1979 Dr. John Pezzutto membuat penyelidikan selama bertahun-tahun untuk menyiasat tumbuh-tumbuhan semula jadi yang dapat menghalang atau mencegah kanser. Selepas bertahun-tahun saringan puluhan ribu sebatian semula jadi, pada tahun 1997 beliau dan pasukannya menerbitkan satu kertas dalam Sains Journal bertajuk “Cancer chemopreventive Aktiviti Resveratrol“.

Buat kali pertama penyelidik mendapati bahawa resveratrol boleh mengganggu semua tiga peringkat kanser. Ia membantu

  • Meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan yang kuat di peringkat pertama
  • Bertindak sebagai anti-radang pada peringkat kedua
  • Menghalang pembentukan salur darah baru pada peringkat ke-3.

Dr Pezzutto menyimpulkan bahawa resveratrol merupakan agen kemoterapi yang semulajadi kepada manusia.

Kajian Resveratrol Ke Atas Kanser

Kajian telah dibuat dengan menggunakan resveratrol ke atas haiwan dan manusia. Antaranya dengan jenis kanser berikut:

  • Colon
  • neuroblastoma
  • esofagus
  • payudara
  • prostat
  • leukemia
  • Metastasis ke tulang
  • sel skuamus
  • melanoma
  • pankreas
  • ovari
  • hati
  • Kaviti oral
  • serviks
  • lymphoma
  • tiroid
  • Lung
  • perut

Resveratrol telah digunakan semasa proses radiasi (radiasi adalah salah satu kaedah perubatan moden untuk membantu mengecutkan sel kanser). Hasilnya seperti berikut:

  • Resveratrol bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi.

  • Resveratrol juga membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal.
  • Resveratrol membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser. Penemuan ini dilaporkan pada Mac 2008 dalam jurnal Advances in Experimental Medicine and Biology.

Dalam buku Dr. Maroons, The Longevity Factor beliau menyebut produk oleh Shaklee dipanggil Vivix merupakan satu-satunya polifenol bercampur-campur di pasaran. Beliau seterusnya menjelaskan mengapa produk polifenol bercampur-campur mempunyai kelebihan berbanding hanya produk resveratrol berdiri sendiri.

Testimoni Vivix Membantu Rawatan Kanser

Alhamdulillah dari saya sendiri ada beberapa orang pesakit kanser telah mencuba Vivix.

1. Puan S, seorang ibu muda mula mengambil Vivix selepas keguguran. Vivix trigger terdapatnya sel kanser selepas sebulan pengambilan apabila beliau berasa ada ketulan pada payudaranya. Doktor mengesahkan ianya adalah kanser dan segera membuat pembedahan. Paling baik adalah kanser beliau berada pada stage 0. Lagi cepat kanser dikenalpasti lagi tinggi peluang untuk sembuh. Kini beliau bebas kanser.

2. Puan Z, seorang ibu beranak 1 mula mengenalpasti terdapat tumor pada payudara beliau. Beliau disahkan menghidap kanser payudara stage 3 selepas pembedahan. Melalui beberapa kali kimoterapi, sel kanser masih tidak berjaya direncatkan. Ini menyebabkan beliau berada dalam kesakitan yang sangat besar sehinggakan dos morfin dan ketamin pun diberikan pada tahap maksimum. Keadaan beliau sangat lemah akibat tidak lalu makan dsb.

Puan Z adalah staff saya. Jadi pada satu hari saya hantarkan sebotol Vivix kepada beliau untuk dicuba. Beliau ambil pada masa sama melakukan rawatan radioterapi. Alhamdulillah beliau merasa lebih baik dan mula meningkatkan dos Vivix. Sekarang beliau masih melalui rawatan di hospital. Saya akan maklumkan perkembangannya lagi nanti.

Memang mungkin ada pesakit kanser yang berjaya pulih dengan perubatan homeopathi atau rawatan tradisional, namun peratusannya sangat kecil dengan risiko kegagalan yang sangat tinggi. Ini kerana rawatan seumpama itu tidak ada kajian klinikal yang sahih yang dapat meyakinkan kita.

Saya ada tuliskan sebelum ini sebenarnya faktor kejayaan untuk pulih daripada kanser (daripada pemerhatian doktor perubatan) adalah:

  • Pengenalpastian awal (detect early)
  • Membuat rawatan perubatan moden di samping pengambilan suplemen berkesan dan selamat

Setakat ini kebanyakan doktor (bagi pesakit yang mengambil Vivix) tiada masalah sekiranya pesakit mereka mengambil Vivix, malahan menggalakkan mereka apabila melihat kesan yang baik kepada pesakit mereka.

Sebagai ikhtiar, apa salahnya mencuba, kan. Jangan putus asa, teruskan fight.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)