Call nowWhatsapp

Ada beberapa orang yang bertanya saya sekiranya hendak amalkan diet tanpa karbohidrat, adakah berkesan dan apa pandangan saya. Amboi dah macam diet konsultant pulak saya ni. Baru loss berapa kg je ni. Ok terima kasih kepada yang bertanya. Saya cuba sediakan di sini beberapa fakta yang anda perlu tahu berkenaan diet rendah karbohidrat, tinggi protein.

Apakah diet rendah karbohidrat, tinggi protein

Ramai juga yang mengamalkan diet rendah karbohidrat (kurang 100g sehari) kerana disebutkan senang betul turunkan berat badan. Diet protein tinggi ini banyak juga disebut sebagai diet atkins, dukan diet dan lain-lain lagi.

Tapi persoalannya, adakah diet ini selamat untuk diamalkan dan apakah kesannya kepada kesihatan pada jangkamasa panjang?

Dari website kevinzahri.com, berikut adalah fakta menarik yang anda perlu tahu tentang diet rendah karbohidrat ini.

  1. Berat turun cepat: Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3-4kg pada minggu pertama (sahaja).

  2. Berat naik drastik semula: Now katakan anda amalkan diet high protein, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali kepada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan etc, berat air dan badan dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung kepada hubungan glukosa dan insulin.

  3. Kurang lapar. Memang. Ini kerana paras insulin memang rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.

  4. Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?

  5. Turun air je ke? Tak jugak. Kalaulah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.

  6. Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.

  7. Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD,  ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.

  8. Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein meningkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.

  9. Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang sebanyak 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.

  10. Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.

Diet Rendah Karbohidrat – Boleh diamalkan?

Sebenarnya itu bergantung kepada anda sendiri. Anda sebagai empunya tubuh, anda berhak untuk menentukan pilihan anda berdasarkan maklumat yang ada.

Keburukan diet yo yo

Keburukan diet yang tidak seimbang

Pengalaman Saya Mengamalkan Beberapa Kaedah Diet

Bagi saya sendiri, saya pernah ikuti 2 program diet sebelum ini. Ini pengalaman saya:

1. Diet dengan suplemen tempatan

Saya pernah ikuti diet dengan menggunakan suplemen tempatan. Masa itu saya teruja tengok testimoni ramai yang berjaya turunkan berat badan. Saya berjaya turunkan berat badan sekitar 25kg dalam tempoh 6 bulan. Masa ini juga saya amalkan diet tanpa karbohidrat selama 8 bulan. Fuh.

Tapi akhirnya saya hentikan program diet ini sebab saya dapat tahu produk suplemen itu mengandungi sibutramine.

Mujurlah saya sihat lagi 😐

2. Diet seimbang tanpa suplemen

Saya amalkan diet ini selepas membaca buku panduan untuk penghidap PCOS. Masa ini saya ada anak seorang dan sedang merancang untuk anak kedua. Berat badan masa ini dalam 78kg. Dalam buku itu sebutkan:

  • Amalkan makan sayuran dengan banyak
  • Amalkan buah-buahan
  • Amalkan makanan seimbang protein dan karbohidrat

Karbohidrat yang dicadangkan pula dari jenis tinggi fiber contohnya beras perang dsb. Tapi saya tak ambil pun beras perang, cuma amalkan makan sedikit karbohidrat sahaja.

Dalam diet seimbang tanpa suplemen ini saya berjaya dapatkan 65kg dalam 3 bulan. Turun sebanyak 10kg ++. Dapat 65kg terus lekat anak kedua. 🙂

3. Diet Dengan Suplemen

Saya pernah ikuti program diet dengan suplemen Herb*****. Rasanya saya habiskan dalam seribu lebih RM dalam tempoh 2-3 bulan. Tapi gagal turunkan berat badan. Saya rasa sebabnya adalah diet dijalankan tanpa pantauan, tanpa ilmu yang betul dan tanpa coach. Masa itu saya beli dengan kawan sepejabat yang kebetulan adalah ahli MLM tersebut.

Kesimpulan Daripada 3 program diet

Jadi saya telah lalui pengalaman mengambil suplemen tempatan, diet tanpa karbohidrat dan diet seimbang tanpa suplemen. Apa yang saya boleh simpulkan adalah:

  1. Bahaya produk pelansingan tanpa kajian klinikal. Menggunakan produk tempatan, tanpa kajian klinikal boleh memudaratkan tubuh disebabkan bahan yang digunakan adalah berbahaya. Sibutramine perlu digunakan dengan pengawasan doktor dan bukan boleh diambil sewenang-wenangnya.
  2. Kesan Yo-yo. Mengamalkan diet tanpa karbohidrat menyebabkan berat badan naik cepat selepas kita amalkan pemakanan seperti biasa. Ini disebut sebagai diet yo-yo. Berat saya semasa mengandung anak sulung adalah 65kg. Selepas bersalin, berat badan tidak mahu turun lagi dan maintain sekitar 78kg selepas itu. Ini belum masuk risiko lain seperti yang disebutkan oleh Kevin di atas.
  3. Berat badan statik. Mengamalkan diet seimbang tanpa suplemen juga nampak berkesan, tapi pada satu tahap berat maintain dan tidak mahu turun lagi sedangkan banyak lagi kg nak diturunkan.
  4. Perlukan ilmu dan mentor. Pada saya kita perlukan ilmu yang betul untuk menguruskan berat badan disamping dipantau oleh mentor. Sebab bila ambil suplemen, kita perlu tahu fungsi suplemen tersebut supaya kita dapat manfaat yang betul. Kalau ambil dengan kawan yang tiada ilmu, memang susah hendak dapat maksima manfaatnya kecuali kawan tersebut memang boleh coach kita dengan betul.
Perbezaan detox diet dengan diet biasa yang diamalkan

Perbezaan detox diet dengan diet biasa yang diamalkan

Program Detox dan Eat Clean Shaklee

Sehingga saya bertemu program detox Shaklee yang dilancarkan April 2016 baru-baru ini, bagi saya pelan diet dengan detox dan eat clean anjuran Shaklee ini sangat menyeluruh, berkesan dan selamat untuk diamalkan. Kenapa saya sebutkan begitu?

  1. Toksin dinyahkan perlahan-lahan. Bila amalkan diet seimbang tanpa suplemen, memang berkesan turunkan berat badan tetapi pada satu tahap berat maintain dan tidak mahu turun lagi. Ini adalah disebabkan oleh toksin yang masih banyak dalam badan. Dianggarkan berat toksin sahaja adalah sekitar 7kg.
  2. Fungsi organ detox diaktifkan. Menggunakan suplemen detox, organ detox diaktifkan supaya dapat bekerja dengan efisien. Terdapat kaitan dari segi peranan hati yang dapat membantu menurunkan berat badan.
  3. Program eat clean bantu kurangkan berat. Bersama-sama dengan program detox, peserta diajar untuk mengamalkan eat clean dimana peserta diajar cara untuk memilih makanan yang sihat.
  4. Program yang selamat. Program detox dan diet Shaklee selamat dan berkesan untuk diamalkan disamping tidak menyebabkan kesan yo-yo.
  5. Support group. Program detox yang kami anjurkan ada beberapa support group. Ada yang saya kendalikan sendiri, ada yang saya masuk dengan coach yang lain. Jadi ilmu itu sentiasa disampaikan kepada para peserta. Setakat ini alhamdulillah kita dapat maksimakan keupayaan yang ada. Saya pun sampai digelar Ratu Detox. Hahah

Jadi pada saya, amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa berpanjangan. Jom sertai kami di program #JomDetox bersama-sama saya sekarang.

#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak

#JomDetox membantu saya menurunkan berat badan dan inchloss yang banyak

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)