Cara Rawatan Kayap Dengan Berkesan

By | 16 August 2016

Baru-baru ini saya berpeluang menghantar 1 set rawatan untuk kayap buat customer dari Ampang. Beliau baru berumur 18 tahun dan mengalami kayap di muka.

Berkenaan kayap, saya pernah alami sewaktu juga berumur lingkungan 20 tahun. Ketika itu masih belajar di Universiti Teknologi Petronas dan masa mengalaminya saya sedang berada di asrama. Saya dengar ramai juga yang terkena penyakit ini akhir-akhir ini.

Telahan saya, mungkin disebabkan oleh cara rawatan penyakit Chicken Pox dahulu. Dahulu petua merawat penyakit Chicken pox adalah dengan menggunakan air kelapa agar semua bertih akan keluar daripada badan. Namun begitu cara ini tidak akan membunuh virus Varicella Zoster (VZV) yang menyebabkan Chicken Pox.

Virus ini apabila tidak dibunuh sedari awal, ia akan kekal dalam badan. Apabila sistem imun seseorang semakin lemah, virus ini akan naik semula sebagai penyakit kayap.

Penulisan kali ini saya akan fokuskan berkenaan kayap dan rawatannya samada secara perubatan dan juga tambahan rawatan dengan Shaklee.

Apakah kayap

Info ini daripada portal myHealth

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah disebabkan oleh pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila pesakit menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebabkan keradangan saraf tersebut.

Tanda dan gejala penyakit kayap

Kayap selalunya akan menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah

  • Rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala

Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Komplikasi Penyakit Kayap

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk:

1. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembung-gelembung tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

2. Kayap pada muka

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi seperti

  • Mata termasuk menjadi buta
  • Saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy)
  • Keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

3. Parut

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain contohnya

  • Post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit.
  • Komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Kaedah Rawatan Penyakit Kayap

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.

Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Rawatan Kayap

Bila kita sudah tahu puncanya, bolehlah kita fokus kepada kaedah untuk membantu rawatannya. Beberapa point penting:

  1. Punca penyakit kayap adalah sistem imun yang lemah.
  2. Kayap disebabkan oleh virus.

Jadi, perlu ambil suplemen yang membantu meningkatkan imun sistem dan pada masa yang sama mampu melawan virus.

Dalam Shaklee, suplemen yang boleh membantu untuk tujuan ini adalah Nutriferon, Vivix dan Garlic Complex.

Set Kayap Shaklee

Set Kayap Shaklee

1. Nutriferon

Nutriferon memiliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.

Apabila pesakit yang mengalami kayap ini mengambil Nutriferon, interferon akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. Jika sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, bagaimana ia mahu melawan virus dengan kadar yang cepat? Di sini lah perlunya nutriferon.

2. Vivix

Vivix memiliki satu teknologi yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke DNA. Ia merupakan antioksidan yang sangat tinggi. Gabungan Vivix dan Nutriferon akan membuatkan sistem pertahanan badan semakin meningkat dengan jayanya.

Pada masa yang sama akan membantu memulihkan pesakit kayap pulih dengan lebih cepat. Vivix membantu dalam mengatasi simptom-simptom sakit saraf atau keradangan yang dirasai oleh pesakit kayap ini. Juga membantu memberikan tenaga yang cepat secara semulajadi.

3. Garlic Complex

Garlic Complex adalah daripada ekstrak bawang putih. Sebiji Garlic Complex mengandungi segugus bawang putih. Seperti yang kita tahu, bawang putih secara semulajadi bertindak sebagai antibiotik.

Pesakit kayap memerlukan antivirus dan antibiotik untuk kembali pulih. Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik yang semulajadi kepada pesakit kayap.

Testimoni rawatan kayap menggunakan Shaklee

Testimoni rawatan kayap menggunakan Shaklee

Kesimpulan

Saya pernah alami kayap suatu ketika dulu dan saya faham bagaimana sakit dan pedihnya. Kini dengan pelbagai teknologi dan ilmu baru, maka kita dapat peluang baru untuk sihat dengan menggunakan suplemen. Gabungan yang saya sebutkan di atas adalah yang terbaik bagi membantu kembali memulihkan kesihatan mereka yang alami kayap dengan cepat dan berkesan. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Cara Rawatan Kayap Dengan Berkesan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya tak sure pulak tu. anyway boleh gunakan shaklee untuk membantu rawatan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge