Resveratrol dan Cucurmin Membantu Merawat Sopak / Vitiligo

By | 27 July 2016
Resveratrol dan Cucurmin Membantu Merawat Sopak Vitiligo

Alhamdulillah dapat akhirnya luangkan waktu untuk buat posting. Lepas raya agak sibuk dengan urusan peribadi. Antaranya menjaga anak-anak tidak sihat (lepas raya daripada kampung 2 orang anak tidak sihat) dan urusan kematian.

Untuk pengetahuan, nenda saya yang masih ada (mak kepada abah) sudah meninggal dunia minggu lalu Selasa 19 Julai 2016. Jadi saya ambil cuti 3 hari juga untuk urusan anak sekolah sebab sepeninggalan abah ke kampung tiada orang boleh tolong ambil dan hantar anak-anak ke sekolah. Selama ini urusan sekolah dibuat oleh pemandu Abah.

Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah nenda saya, Hajah Halimah binti Abd Latif. Al-Fatihah.

Baik, jadi posting kali ini ialah berkenaan penyakit sopak. Saya ada terbaca testimoni dan kajian daripada pengguna antarabangsa berkenaan penggunaan bahan resveratrol dan cucurmin untuk membantu merawat penyakit sopak. Contohnya dalam testimoni berikut:

Pengambilan-Resveratrol-Untuk-Vitiligo

Pengambilan resveratrol dan cucurmin membantu merawat penyakit sopak atau vitiligo

Apakah Sopak

Sopak atau istilah perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Dalam bahasa yang mudah warna kulit kita tidak sekata dan bertompok putih di sana sini.

Ianya dikatakan berpunca daripada masalah pigmentasi yang mana sel-sel melanosit yang menghasilkan pigmen dirosakkan oleh antibodi penghidapnya sendiri. Kajian juga menunjukkan pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari juga boleh menjadi punca kepada masalah sopak selain faktor keturunan.

Sopak ini boleh berlaku di mana mana bahagian tubuh termasuklah pada bahagian tubuh yang mempunyai rambut. Walau bagaimanapun sopak ini tidak memberikan rasa gatal atau sakit.

Oh ya, sopak merupakan salah satu penyakit autoimmune (SLE) yang melibatkan bahagian kulit. Bagaimanapun penyakit sopak biasanya tidak mempunyai lain-lain komplikasi.

Bagaimana resveratrol dan cucurmin membantu merawat sopak / vitiligo

Kembali merujuk kepada testimoni di atas, bagaimana penggunaan resveratrol dan cucurmin boleh membantu merawat sopak / vitiligo. Terdapat kaji selidik telah dilakukan di peringkat antrabangsa, salah satunya adalah dari Journal of Dermatology and Clinical Research yang dikeluarkan oleh University of Pisa, Italy pada tahun 2014 menyatakan kepentingan antioksidan dalam membantu rawatan sopak.

Terdapat kaji selidik telah dilakukan di peringkat antrabangsa, salah satunya adalah dari Journal of Dermatology and Clinical Research yang dikeluarkan oleh University of Pisa, Italy pada tahun 2014 menyatakan kepentingan antioksidan dalam membantu rawatan sopak.

Antara lain, teori ini dikukuhkan dengan fakta berikut:

  • Kulit adalah organ yang sentiasa terjejas oleh spesis oksigen reaktif (ROS) dari kedua-dua dalaman dan luaran.
  • Plasma pengoksidaan protein atau tahap serum catalase telah diubah pada pesakit vitiligo berbanding dengan
    menunjukkan tekanan oksidatif sebagai penanda patologi.
  • Sistem imun pesakit vitiligo dikaitkan dengan anjakan keseimbangan redoks. ROS, selain mempunyai melanocytotoxicity, boleh menyebabkan serangan autoimun terhadap melanosit. Ia terlibat dalam pengaktifan T-sel dan antioksidan yang terlibat dalam mengurangkan percambahan T-sel.
  • Enzim yang dinyatakan oleh monosit dan memangkinkan sintesis melanin iaitu tyrosinase, telah diubah oleh tahap spesies oksigen reaktif (ROS) peroksida hidroksida.

Tekanan oksidatif menyebabkan ketidakseimbangan kepada antioksidan semula jadi badan dan keupayaan untuk menghasilkan spesies oksigen reaktif (ROS). Tekanan oksidatif kepada pesakit vitiligo membawa kepada peningkatan pengeluaran hidrogen peroksida dan spesies oksigen reaktif (ROS) dalam kulit.

Ini menyebabkan kerosakan DNA, lipid atau pengoksidaan protein (degredasi lemak dan protein oleh oksigen reaktif) dan perencatan tirosinase (enzim yang menghasilkan melanin).

Kematian sel berlaku dan pengantara keradangan seperti tumor nekrosis faktor-alpha, Interferon dan interleukin dan lain-lain yang menghalang pengeluaran melanin.

Jadi kesimpulan yang kita boleh buat adalah untuk merawat sopak / vitiligo, anda harus mengutamakan pengambilan antioksidan untuk 2 perkara iaitu:

  1. Meningkatkan sistem imun
  2. Menghalang tekanan oksidatif ke atas tubuh
  3. Memperbaiki DNA

Pengambilan antioksidan mengikut testimoni di atas adalah daripada sumber resveratrol dan cucurmin. Kedua-duanya adalah bahan yang kaya dengan antioksidan. Mari kita lihat lebih mendalam berkenaan kedua-duanya.

Apakah Resveratrol

Resveratrol adalah sejenis antioksida iaitu polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol banyak dalam minuman wine, tapi kita orang Islam memang tidaklah ambil wine kan. Jadi alternatif kita apa? Vivix ada. Dan halal pun.

Resveratrol mengandungi antioksidan dan polifenol sangat baik untuk pesakit sopak

Resveratrol mengandungi antioksidan dan polifenol sangat baik untuk pesakit sopak

1. Resveratrol mengaktifkan SIRT1

Sirtuin 1 atau SIRT1 adalah gen antipenuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular dan SLE. Apabila gen SIRT1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-

  1. Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  2. Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser dan melanosit.
  3. Melanjutkan jangka hayat – Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.

2. Memperbaiki DNA

Bersesuaian dengan fungsinya yang membantu memperbaiki DNA,  resveratrol mampu mengurangkan kesilapan DNA sebanyak 60%. Ini merupakan pencapaian besar bagaimana resveratrol dapat memperlahankan proses penuaan.

Apakah Cucurmin

Sebenarnya cucurmin adalah kunyit. Curcumin yang diekstrak merupakan antara suplemen yang terbaik bagi mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan.

Cucurmin mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk pesakit sopak

Cucurmin mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk pesakit sopak

Kajian mendedahkan kunyit mengandungi khasiat yang dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen ini mempunyai banyak khasiat dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai cucurmin. Cucurmin dapat membantu pesakit sopak daripada segi di bawah:

1. Mengandungi khasiat antioksidan

  • Kunyit, terutama curcumin kaya dengan antioksidan mengikut cara yang berikut:
  • Memerangkap spesies oksigen reaktif (ROS)
  • Menghalang pengoksidaan lipid
  • Meningkatkan tahap enzim antioksidan dan mengurangkan ejen yang menggalakkan tekanan oksidatif
  • Modulasi protein Nrf2 yang mengawal selia tindak balas antioksidan badan

Melalui mekanisme ini kunyit boleh mengawal tekanan oksidatif dalam vitiligo, menghalang perkembangan dan memudahkan repigmentasi.

2. Bersifat anti radang

Fasa keradangan pada vitiligo ditandai dengan kehilangan melanosit (sejenis sel kulit). Ia dicirikan oleh pengumpulan sel-sel imun seperti sel-sel T, makrofaj yang menggalakkan protein hasil autoimmunity – yang mengiktiraf melanosit sebagai penceroboh dan menyerang mereka.

Cytokines radang seperti Interleukin-1, tumor nekrosis faktor-alpha dihasilkan yang menggalakkan kematian melanosit dan juga menghalang fungsi mereka.

Kunyit disebut-sebut sebagai agen anti-radang dengan menghalang pengeluaran pengantara keradangan, aktiviti protein nuklear faktor kappaB yang seterusnya downregulates aktiviti enzim milik laluan radang menekan dan juga menghalang penyusupan dan lekatan sel-sel imun di tapak melekat.

Dengan cara kunyit ini boleh membantu keradangan dalam penyakit vitiligo walaupun ia kes vitiligo dengan keradangan jarang berlaku.

3. Membantu memperbaiki kulit

Curcumin merupakan bahan utama dalam kunyit melalui mekanisme antioksidan dan anti-radang, membantu dalam membaiki kulit.

Kawalan tekanan oksidatif, modulasi laluan biokimia, peraturan enzim, mencegah keradangan adalah beberapa teknik yang ia gunakan untuk menyembuhkan luka dan membaiki kulit. Ini menjadikan cucurmin sangat membantu vitiligo untuk menggalakkan repigmentasi.

Suplemen Shaklee Membantu Menyokong Kesihatan dan Merawat Penyakit Sopak / Vitiligo

Berdasarkan fakta-fakta di atas, selain saya mendapat maklumat daripada kelas-kelas nutrisi yang dikendalikan oleh Shaklee, suka saya syorkan suplemen berikut untuk pesakit sopak.

Set Cadangan untuk membantu merawat penyakit psoriasis dan sopak

Set Cadangan untuk membantu merawat penyakit psoriasis dan sopak

1. Set Detox

Mulakan dengan set detox terlebih dahulu. Selain dapat menyingkirkan toksin dalam badan, program detox Shaklee dapat membantu reset semula tubuh disamping dapat membantu keupayaan tubuh menyerap vitamin dan suplemen secara optima.

Dalam set detox mengandungi:

  • Vivix – mengandungi resveratrol dan membantu untuk detox dari dalam sel dan melindungi sel, organ dan badan secara menyeluruh
  • DTX Complex – untuk detox hati, mengandungi cucurmin yang baik untuk pesakit sopak.
  • Herblax – untuk detox perut
  • Alfalfa Complex – untuk detox darah
  • Peppermint Ginger Plus – untuk melancarkan penghadaman dan angin kesan daripada detox.

2. Set Fokus Sopak

Selepas selesai dengan program detox, barulah saya sarankan untuk teruskan dengan set fokus sopak. Antara yang penting adalah:

  • Vivix – mengandungi resveratrol dan kaya dengan polifenol untuk khasiat antioksidan dan membantu memperbaiki DNA
  • DTX Complex – mengandungi cucurmin yang baik untuk pesakit sopak, di samping kaya dengan antioksidan
  • B Complex – pesakit sopak kebiasaannya kekurangan vitamin B, justeru sangat penting pengambilan B Complex yang sememangnya sudah lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan

3. Tambahan lain

Antara yang boleh ditambah adalah untuk membantu meningkatkan sistem imun dan membantu pembinaan sel yang sihat.

  • ESP – merupakan protein yang sangat penting dalam pembinaan sel yang sihat
  • Nutriferon – membantu menggalakkan interferon semulajadi untuk bertindak meningkatkan sistem imun seseorang
  • Vitamin C – mengandungi antioksidan dan turut penting untuk membantu meningkatkan sistem imun.
  • Garlic Complex – membantu meningkatkan sistem imun dan turut kaya dengan antioksidan.

Jadi bagi pesakit sopak, apa salahnya kita berikhtiar untuk mendapatkan kesihatan yang kembali baik. Cuma saya ingin nyatakan juga, proses rawatan menggunakan suplemen seperti Shaklee mungkin mengambil masa juga sebabnya kena perbaiki DNA, sistem imun dan seterusnya barulah akan nampak kesannya pada kulit. Ia proses yang panjang jadi kenalah banyakkan bersabar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

8 thoughts on “Resveratrol dan Cucurmin Membantu Merawat Sopak / Vitiligo

    1. Raihanah Ahmad Post author

      kesiankan mak, semoga ada ikhtiar ni boleh bagi alternatif kepada mereka

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge