Ok dalam posting kali ini saya ingin kongsikan dengan anda pemakanan yang terbaik diambil semasa proses detox. Bagi yang membeli set detox shaklee, menu dan panduan pemakanan adalah diberikan secara percuma. Jadi dalam posting ini saya hanya kongsikan secara umum pemakanan yang sesuai diambil semasa proses detox. Kalau saya bagi siap menu sudah jadi tidak ekslusif lah menu yang kami sediakan untuk pengguna set detox shaklee.
Diet Pemakanan Semasa Proses Detox
Semasa proses detox, ada beberapa panduan yang boleh diikuti dan mungkin akan memberikan idea kepada anda. Apa yang saya ikuti ini alhamdulillah menyebabkan berat badan tidak naik walaupun makan banyak juga (time terbabaslah). Sudahlah berat tidak naik, berat turun pulak tu. Ha memang sukalah kan.
Sebelum raya nanti saya akan upkan posting berkenaan perkembangan terkini saya sebelum raya. InsyaAllah anda tentu akan teruja dengan hasil kami.
Panduan Pemakanan Semasa Proses Detox
1. Elakkan gula
Disepanjang proses detox dianjurkan untuk kita elakkan ambil gula. Gula pasir adalah produk baru ciptaan manusia. Ia mengandungi dari glukos dan fruktos. Kebanyakan rasa manis yang kita rasa pada kek dan minuman mengandungi bahan ini. Ini kerana fruktos lebih manis dan murah berbanding glukos. Glukos pula tidak berasa manis. Jika tidak percaya boleh beli glukos di kedai.
Metabolisme fruktos pula menyamai metabolisme ethanol dalam arak. Kesan jangka panjangnya juga serupa, iaitu menyebabkan penyakit lemak dalam hati atau “fatty liver disease”. Selalunya penyakit ini disebabkan oleh pengambilan alkohol.
Oleh itu lebih banyak tinggalkan produk yang mengandungi gula pasir dalam makanan kita, lebih baik.
2. Elakkan makanan berminyak
Bila kita diet, sebaiknya kita masak sendiri. Ini disebabkan kalau memasak sendiri kita boleh kawal pengambilan dan kuantiti minyak dalam masakan kita. Berbanding kalau kita makan di luar, disamping kita tidak boleh kawal jumlah minyak, kita juga tidak tahu tahap minyak yang digunakan. Kebanyakan penjual menggunakan minyak yang telah dikitar semula.
Penggunaan minyak yang dikitar semula ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita sekiranya kerap mengambil makanan yang dimasak dengan bahan berkenaan.
3. Cukup minum air
Selain proses detox itu sendiri memerlukan kita minum air yang banyak, pengambilan suplemen set detox shaklee juga menyebabkan anda perlu pastikan cukup minum air.
Sekurang-kurangnya minumlah 12 gelas sehari air kosong. Dengan meminum air kosong yang mencukup, akan memudahkan proses detox (mengeluarkan racun dari dalam tubuh) dan melancarkan proses penyahtijaan dan pembuangan toksin daripada tubuh.
4. Hindari makanan dan minuman segera
Minuman segera seperti 3 in 1 atau minuman berkarbonat dan gula tinggi sangat tidak sihat sebenarnya. Makanan segera pula seperti burger, sosej, nuget dan sebagainya juga perlu dihindari dalam tempoh detox ini. Ini termasuklah makanan diperbuat daripada tepung putih juga perlu dielakkan. Sekurang-kurangnya hindari disepanjang tempoh detox, kalau hendak makan juga makan dalam kuantiti sedikit atau tidak kerap.
Ini termasuklah perasa (seasoning) yang digunakan di dalam sayur-sayuran juga seeloknya perlu dihindari. Ini kerana makanan seperti ini mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
5. Amalkan makanan tinggi fiber dan antioksidan
Dalam tempoh 3 hari pertama detox, anda boleh fokuskan kepada pelbagai warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tinggi antioksidan dapat membantu mengaktifkan enzim hati justeru dapat melarutkan racun dalam tubuh dan mengeluarkannya.
Diantara yang terbaik untuk diambil adalah contohnya salad roket, kale, pelbagai jenis salad, dan lain-lain lagi.
Kesimpulan
Dengan pengambilan makanan seperti di atas dapat membantu proses detox badan anda, namun untuk jangka masa panjang boleh sertai program detox shaklee. Memang berbeza sebenarnya jika anda amalkan detox sahaja tanpa suplemen. Ini fakta kami:
Pengalaman
Saya ada pelanggan yang amalkan detox tanpa suplemen. Sebenarnya bukan dia tak mahu suplemen, tapi suplemen yang diorder belum sampai dia sudah mulakan detox dulu. Punyalah teruja. Memang kesannya boleh dapat, dalam tempoh 1 minggu beliau turun dalam 2kg.
Sebaliknya dengan menggunakan suplemen, beliau berjaya turun 4 kg dalam tempoh 1 minggu.
Fakta Daripada Pakar Nutrisi
Kami pernah bertanya berkenaan perkara ini (detox tanpa suplemen) kepada seorang pakar nutrisi. Dan beliau berkata program detox Shaklee direka adalah menyeluruh dan bukan hanya fokus kepada pemakanan semata-mata. Detox dengan Shaklee adalah lebih berkesan dengan suplemen berfungsi memberikan nutrisi kepada organ detox untuk berfungsi dengan efisien.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Bagus tips ni…memang sesuai diamalkan..esp lepas raya macam ni.
Fidah Shah recently posted…Di Penghujung Benua Asia
jangan ikutkan sangat raya sebulan tu kan. huhuh
Mmg penting pilih makanan yg sihat dan semulajadi….
Hairul Hissam recently posted…Bisnes Air Balang Katira Paling Sedap (Testimonial). Untuk Rumah Terbuka, Kenduri, Hari Raya Pun Boleh.
memang penting la skrg ni, macam2 penyakit kan
Makasih nihj infonya sangat berguna banget nih
sama2
terbaik punya sharing 😀
Uncle Zuan recently posted…Innergie LifeHub Plus, Travel Charger Yang WAJIB Dimiliki
thanks cikgu
dulu selalu jugak buat detox ni. tapi asyik sembelit je. tak jadi dah buat detox. haha. camner nak atasi sembelit ye admin?
sembelit boleh ambik herblax. detox cara shaklee alhamdulillah so far belum ada lagi yang sembelit
Perkongsian yang menarikkk
Afif Rayyan recently posted…Biodata Dan Gambar Syazuwan Hassan DFKL
thanks encik
Hari raya hari tu dah terlebih makan… Sekarang ni kena mulakan kembali Diet… nak Diet paling mudah buat puasa 6 di bulan Syawal.. 😉
Anuar recently posted…GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
saya pun dah start puasa 6 ni. tak boleh ikut sangat raya sebulan tu
gula dan makanan berminyak memang patut dielakkan selalu dan tak pe ke kalau layan sekali sekal
mrhanafi recently posted…Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari
betul tu, sebolehnya elakkan gula
Tapi musim raya ni kakak rasa nak elak semua tu yg payah Hana:)
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.
Kakzakie Purvit recently posted…Iftar kami sebelum balik beraya
susah nak elak kak, tapi kurangkanlah makan tu. berpada2 dan beringat2 kesihatan kita. 🙂
nak elakkan gula dan minyak tu susah sikit. payah nak cari makanan malaysia yg kurang berminyak
nikkhazami recently posted…Cara Buat Rate Card untuk Blogger
gula ok lagi sis, minyak tu memang saya akui memang sukar kecuali kita masak sendiri.
Kena buat sebulan sekali.diet detox ni kan
Noriza Rahman recently posted…Jangkitan Kudis Buta Anak Sudah Kering dan Sembuh
eloknya berkala kan MV. memang best