Diet Pemakanan Semasa Proses Detox

By | 11 July 2016
Diet Pemakanan Semasa Proses Detox

Ok dalam posting kali ini saya ingin kongsikan dengan anda pemakanan yang terbaik diambil semasa proses detox. Bagi yang membeli set detox shaklee, menu dan panduan pemakanan adalah diberikan secara percuma. Jadi dalam posting ini saya hanya kongsikan secara umum pemakanan yang sesuai diambil semasa proses detox. Kalau saya bagi siap menu sudah jadi tidak ekslusif lah menu yang kami sediakan untuk pengguna set detox shaklee.

Diet Pemakanan Semasa Proses Detox

Semasa proses detox, ada beberapa panduan yang boleh diikuti dan mungkin akan memberikan idea kepada anda. Apa yang saya ikuti ini alhamdulillah menyebabkan berat badan tidak naik walaupun makan banyak juga (time terbabaslah). Sudahlah berat tidak naik, berat turun pulak tu. Ha memang sukalah kan.

Sebelum raya nanti saya akan upkan posting berkenaan perkembangan terkini saya sebelum raya. InsyaAllah anda tentu akan teruja dengan hasil kami.

Kebaikan detox untuk tubuh kita

Kebaikan detox untuk tubuh kita

Panduan Pemakanan Semasa Proses Detox

1. Elakkan gula

Disepanjang proses detox dianjurkan untuk kita elakkan ambil gula. Gula pasir adalah produk baru ciptaan manusia. Ia mengandungi dari glukos dan fruktos. Kebanyakan rasa manis yang kita rasa pada kek dan minuman mengandungi bahan ini. Ini kerana fruktos lebih manis dan murah berbanding glukos. Glukos pula tidak berasa manis. Jika tidak percaya boleh beli glukos di kedai.

Metabolisme fruktos pula menyamai metabolisme ethanol dalam arak. Kesan jangka panjangnya juga serupa, iaitu menyebabkan penyakit lemak dalam hati atau “fatty liver disease”. Selalunya penyakit ini disebabkan oleh pengambilan alkohol.

Oleh itu lebih banyak tinggalkan produk yang mengandungi gula pasir dalam makanan kita, lebih baik.

2. Elakkan makanan berminyak

Bila kita diet, sebaiknya kita masak sendiri. Ini disebabkan kalau memasak sendiri kita boleh kawal pengambilan dan kuantiti minyak dalam masakan kita. Berbanding kalau kita makan di luar, disamping kita tidak boleh kawal jumlah minyak, kita juga tidak tahu tahap minyak yang digunakan. Kebanyakan penjual menggunakan minyak yang telah dikitar semula.

Penggunaan minyak yang dikitar semula ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita sekiranya kerap mengambil makanan yang dimasak dengan bahan berkenaan.

3. Cukup minum air

Selain proses detox itu sendiri memerlukan kita minum air yang banyak, pengambilan suplemen set detox shaklee juga menyebabkan anda perlu pastikan cukup minum air.

Sekurang-kurangnya minumlah 12 gelas sehari air kosong. Dengan meminum air kosong yang mencukup, akan memudahkan proses detox (mengeluarkan racun dari dalam tubuh) dan melancarkan proses penyahtijaan dan pembuangan toksin daripada tubuh.

Makanan terbaik untuk detox

Makanan terbaik untuk detox

4. Hindari makanan dan minuman segera

Minuman segera seperti 3 in 1 atau minuman berkarbonat dan gula tinggi sangat tidak sihat sebenarnya. Makanan segera pula seperti burger, sosej, nuget dan sebagainya juga perlu dihindari dalam tempoh detox ini. Ini termasuklah makanan diperbuat daripada tepung putih juga perlu dielakkan. Sekurang-kurangnya hindari disepanjang tempoh detox, kalau hendak makan juga makan dalam kuantiti sedikit atau tidak kerap.

Ini termasuklah perasa (seasoning) yang digunakan di dalam sayur-sayuran juga seeloknya perlu dihindari. Ini kerana makanan seperti ini mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

5. Amalkan makanan tinggi fiber dan antioksidan

Dalam tempoh 3 hari pertama detox, anda boleh fokuskan kepada pelbagai warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tinggi antioksidan dapat membantu mengaktifkan enzim hati justeru dapat melarutkan racun dalam tubuh dan mengeluarkannya.

Diantara yang terbaik untuk diambil adalah contohnya salad roket, kale, pelbagai jenis salad, dan lain-lain lagi.

Makanan terbaik untuk detox

Makanan terbaik untuk detox

Kesimpulan

Dengan pengambilan makanan seperti di atas dapat membantu proses detox badan anda, namun untuk jangka masa panjang boleh sertai program detox shaklee. Memang berbeza sebenarnya jika anda amalkan detox sahaja tanpa suplemen. Ini fakta kami:

Pengalaman

Saya ada pelanggan yang amalkan detox tanpa suplemen. Sebenarnya bukan dia tak mahu suplemen, tapi suplemen yang diorder belum sampai dia sudah mulakan detox dulu. Punyalah teruja. Memang kesannya boleh dapat, dalam tempoh 1 minggu beliau turun dalam 2kg.

Sebaliknya dengan menggunakan suplemen, beliau berjaya turun 4 kg dalam tempoh 1 minggu.

Fakta Daripada Pakar Nutrisi

Kami pernah bertanya berkenaan perkara ini (detox tanpa suplemen) kepada seorang pakar nutrisi. Dan beliau berkata program detox Shaklee direka adalah menyeluruh dan bukan hanya fokus kepada pemakanan semata-mata. Detox dengan Shaklee adalah lebih berkesan dengan suplemen berfungsi memberikan nutrisi kepada organ detox untuk berfungsi dengan efisien.

Detox Shaklee memfokuskan program detox secara menyeluruh dan bukan hanya satu organ detox sahaja

Detox Shaklee memfokuskan program detox secara menyeluruh dan bukan hanya satu organ detox sahaja

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

22 thoughts on “Diet Pemakanan Semasa Proses Detox

    1. Raihanah Ahmad Post author

      jangan ikutkan sangat raya sebulan tu kan. huhuh

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang penting la skrg ni, macam2 penyakit kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sembelit boleh ambik herblax. detox cara shaklee alhamdulillah so far belum ada lagi yang sembelit

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pun dah start puasa 6 ni. tak boleh ikut sangat raya sebulan tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      susah nak elak kak, tapi kurangkanlah makan tu. berpada2 dan beringat2 kesihatan kita. 🙂

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      gula ok lagi sis, minyak tu memang saya akui memang sukar kecuali kita masak sendiri.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      eloknya berkala kan MV. memang best

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge