Senarai Semak Balik Kampung / Travel Dengan Anak-anak

By | 22 June 2016
Senarai Semak Balik Kampung Travel dengan kanak-kanak

Raya ini mesti mak-mak sudah terfikir-fikir apa lagi senarai penting yang hendak dibawa pulang ke kampung agar tidak tertinggal apa-apa. Kita mak-mak ni memang fikir advanced sebulan, baru mula puasa memang sudah fikir apa yang perlu dibawa samada untuk memudahkan perjalanan mahupun untuk kegunaan di kampung.

Macam tahun-tahun sudah, di sini saya kongsikan senarai semak saya untuk balik kampung. Manalah tahu boleh juga dicedok ideanya oleh mak-mak pembaca sekalian.

Senarai Semak Balik Kampung / Travel Dengan Kanak-kanak

1. Tips Berkemas

Tips berkemas untuk balik kampung

Tips berkemas untuk balik kampung

Pastikan anda telah packing semua keperluan yang diperlukan. Antara yang saya biasa bawa adalah:

  • Pakaian anak-anak. Cukup semua? Pakaian secukupnya (kalau ada mesin basuh tidak perlu bawa banyak), aksesori secukupnya (songkok, sampin, headband dll), kasut, tuala, dan lain-lain.
  • Pakaian suami dan diri sendiri secukupnya.
  • Jika anda masih menyusu, mungkin anda perlu bawa kelengkapan mengepam. Ini sebabnya kalau anda tidak pam di sepanjang seminggu pulang, mungkin anda akan alami kekurangan susu bila naik kerja nanti. Jadi bawalah kelengkapan mengepam. Untuk membawa pulang susu yang dipam ke rumah sendiri, anda perlu ada bekas container (contohnya coleman) yang diisi dengan ais secukupnya. Lepas itu anda seal dengan masking tape.
  • Biskut, kek dan lain-lain untuk dihadiahkan kepada keluarga di kampung. Ini keperluan juga. Belilah setakat yang anda mampu.
  • Kelengkapan penjagaan diri anda contohnya pencuci muka, toner, pelembap, krim malam dan lain-lain. Ini saya simpan dalam satu beg.
  • Sabun-sabun contohnya sabun mandi, sabun basuh baju, sabun botol dan lain-lain. Antara yang saya bawa adalah Basic H dan Shaklee Laundry Powder.
  • Penapis air. Air di kampung saya tidak bertapis. Walaupun sudah dimasak, rasa memang lain dan tak boleh masuk dengan tekak saya. Jadi saya biasanya akan bawa balik water pitcher Shaklee.
  • Suplemen dan first aid. Ini memang wajib saya bawa. Biasanya saya bawa untuk diri saya, suami dan anak-anak.
  • Tukar duit raya siap-siap. Rancang dan tukar duit raya anda. Pastikan sampul duit raya pun telah siap sedia.
  • Tambahan yang saya bawa tahun ini mungkin sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebab saya kurang makan sayuran bergoreng / lemak, jadi tahun ini mungkin kena bawa balik sendiri sayuran seperti rocket salad, tomato, salad-salad dan lain-lain. Boleh bawa cukup untuk beberapa hari sebab sempat puasa beberapa hari di sana. Basuh siap-siap dan simpan elok-elok dalam plastik seal Ikea. Buah-buah ni anak-anak saya pun suka, jadi kenalah beli lebih supaya elak mereka sembelit juga.

2. Sebelum perjalanan

  • Pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat. Hantarlah dulu ke bengkel untuk servis sebelum digunakan untuk perjalanan jauh.
  • Bagi keluarga yang menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda telah menempah tiket anda lebih awal lagi.
  • Sebelum bertolak, pastikan anda off semua suis-suis dalam rumah dan pastikan dapur gas semua juga telah dioff. Pastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapi dan dikunci.
  • Baca doa tinggalkan rumah.
  • Maklumkan kepada balai polis terdekat berkenaan tempoh anda tiada di rumah supaya pihak polis boleh selalu meronda di kawasan kediaman anda.
  • Sekiranya ada jiran anda yang tidak pulang ke kampung, maklumkan juga kepada jiran anda berkenaan ketiadaan anda.
  • Pastikan baki kad touch n go anda masih banyak dan smart tag anda masih berfungsi dengan baik.
  • Bersedekah sebelum perjalanan jauh. Tips ini daripada seorang ustaz, untuk membantu memelihara dan supaya Allah merahmati kita dalam perjalanan.

3. Perjalanan Balik Kampung (dan pulang ke rumah sendiri)

Perjalanan jauh dengan kanak-kanak agak mencabar

Perjalanan jauh dengan kanak-kanak agak mencabar

Bagi mak-mak yang ada anak kecik macam saya (umur bawah 8 tahun), mungkin tips ini berguna juga untuk anda.

 

  • Pilih masa perjalanan yang anda rasakan selesa untuk anak-anak anda. Bagi saya, lebih selesa jalan malam. Biasa juga kami mula perjalanan selepas asar. Jadi anak-anak ada masa melasak sekejap sahaja, selebihnya mereka akan tidur hingga sampai ke destinasi.
  • Sediakan permainan yang bersesuaian dan disukai anak-anak anda. Ini supaya mereka tidak terlalu melasak di dalam kenderaan.
  • Sediakan juga makanan dan minuman yang sesuai untuk dimakan anak-anak dan pemandu. Elakkan makanan yang besar-besar yang boleh menyebabkan tercekik.
  • Sebelum perjalanan bermula, berikan anak-anak Nutriferon, Chewable Vitamin C dan Performance Drink kepada anak-anak untuk memelihara sistem imun mereka.
  • Untuk pemandu, sediakan bancuhan Performance Drink dan Cinch Tea untuk kesegaran memandu, kurang mengantuk dan elakkan keletihan yang keterlaluan.
  • Kalau perlu, pasangkan video dalam kereta anda. Kos pemasangan biasanya dalam RM500 ke atas bergantung kepada jenis video yang anda pilih. Perlu juga pastikan anda ada USB atau CD yang mengandungi kartun kegemaran anak-anak anda.

4. Sepanjang travel atau di kampung

Sepanjang masa travel atau berada di kampung saya akan teruskan rutin yang sama dengan pengambilan suplemen. Cuma tambahan tengok pada cuaca, kalau cuaca tak sama dengan rumah kita bolehlah tambahkan Nutriferon dan Performance Drink untuk meningkatkan sistem imun dan elakkan dehidrasi.

Pastikan Bcomplex pun telan banyak-banyak supaya anda dan suami tidak tertekan, bergaduh dan lain-lain. Hahah biasalah bila kita dalam keadaan travel ini mungkin boleh mengundang salah faham. Jadi telan Bcomplex siap-siap.

Kesimpulan

Inilah sebahagian yang saya ingat untuk membantu anda merancang untuk balik kampung nanti. Yang penting hati mahu gembira, anak-anak mesti sihat dan semuanya bahagia.

Dapatkan set travel dan balik kampung ini segera untuk keselesaan dan kesihatan anda

Dapatkan set travel dan balik kampung ini segera untuk keselesaan dan kesihatan anda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

 

20 thoughts on “Senarai Semak Balik Kampung / Travel Dengan Anak-anak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada masa terlebih bawa, ada masa kurang pula. apa pun enjoy je

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada anak kecik memang kena well prepared kak PI.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      huhu samalah saya pun buat camtu juga

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pun samalah, kemas pelan-pelan. minggu lepas lagi dah kemas. huhuh

      Reply
  1. Khairul Bariah

    perkara-perkara sebelum perjalanan tu yg penting bagi saya. sebab nak berjalan masa hari raya nanti.
    Kalau nak balik kampung tu takde masalah. rumah emak sepuluh minit dah sampai. selalu pergi balik saja dari rumah mak. rumah PIL pula satu jam sampai, pergi balik juga. Jarang tidur sebab rumah dekat. Bg peluang kpd anak beradik yg jauh. hihi…
    selamat balik kampung nanti ye, hana!
    Khairul Bariah recently posted…Yusuf Check Up 15 BulanMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks sis. patutlah dia rumah dekat je.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      charger hp mmg selalulah tinggal, sbb benda last amik

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge