10 malam terakhir biasanya kita akan menggandakan ibadah untuk mencari lailatul qadar. Kelebihan lailatul qadar ini adalah semua ibadah yang dilakukan pada malam tersebut akan digandakan dengan 1000 bulan. Itulah antara ganjaran yang Allah sediakan kepada umat Nabi Muhammad saw.
Jadi disini saya kongsikan antara tips yang boleh kita lakukan untuk menjemput lailatul qadar.
Apakah Lailatul Qadar
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan Lailatul qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
‘Lailatul Qadar (Arab:لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Lailatul qadar disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Tips Menjemput Lailatul Qadar
1. Jaga perkara fardhu dan gandakan yang sunat
Yang fardhu seperti solat, puasa, zakat semua tu pastikan kita jaga dengan sebaik-baiknya. Manakala amalan sunat kita tambahkan. Contohnya buat solat terawih, mengaji al Quran, solat dhuha, solat witir, zikir, dan lain-lain.
2. Banyakkan berdoa pada bulan Ramadhan.
Berdoa dengan doa seperti di bawah. Tidak lupa, sentiasa banyakkan berdoa di bulan Ramadhan ini. Antara masa yang mustajab berdoa adalah sebelum berbuka puasa.
3. Gandakan taubat dan selalu beristighfar.
Sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu di samping selalu beristighfar.
4. Beriktikaf di 10 malam terakhir
Saya masih ingat, suami selalu akan tidur di masjid menjelang 10 malam terakhir Ramadhan. Hanya 10 malam ini, gandakan lagi amalan kita. InsyaAllah akan jumpa juga malam al-qadr.
Imam Makkah memberi nasihat yang sungguh praktikal
Beliau mengatakan, untuk 10 hari terakhir Ramadhan:
- Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.
- Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.
- Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.
Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
terima kasih berkongsi ilmu, hana. moga-moga kita mendapat berjumpa dgn lailatulqadr.
3 perkara di bawah tu senang sangat nak buat, sama ada nak atau tak nak saja kan?
Khairul Bariah recently posted…Aku Buat Jemput-Jemput Kurma
betul tu sis. sama2 sis. mudah2an membantu
Semoga kita ada peluang yang banyak nak manfaatkan masa dibulan ramadhan ni
sama2 MV. mudah2an membantu
Terima kasih atas perkongsian ini sis, moga kita berjaya melakukkannya dan dapat hari lailatulqadr inshaAllah Amin.
bp recently posted…ingatan dihargai | duit ramadan
sama2 sis. mudah2an membantu
tq for sharing tips ni, moga kita istiqamah dan sentiasa beramal padaNya
ajumohit recently posted…Ikan tongkol masak lemak cili api
sama2 sis. mudah2an membantu
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga dapat memebri manfaat kepada orang lain… In Shaa Allah, semoga kita dapat menemui malam Lailatul Qadar pada kali ini… In Shaa Allah..
Anuar recently posted…Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan?
amiin
mnarik kak entry ini..
bertuah kak dapat suami mcm tu..hehe
Jie Susanos recently posted…Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Uber
hihih alhamdulillah
Bagus tips nie.. yg penting istiqamah…
Hairul Hissam recently posted…Bisnes Air Balang Katira Paling Sedap (Testimonial). Untuk Rumah Terbuka, Kenduri, Hari Raya Pun Boleh.
terbaik encik
semoga kita mendapat malam lailatur qadar dan doa dimakbulkan..aamiin
Hero Borneo recently posted…Iklan Petronas Menyentuh Perasaan Lelaki
amiin
inshaAllah, semoga kita ketemu malam lailatul qadar 🙂
Uncle Zuan recently posted…VIDEO: Jalan-Jalan di Singapura
amiin