Tips Menjemput Lailatul Qadar

By | 27 June 2016
lailatul qadar

10 malam terakhir biasanya kita akan menggandakan ibadah untuk mencari lailatul qadar. Kelebihan lailatul qadar ini adalah semua ibadah yang dilakukan pada malam tersebut akan digandakan dengan 1000 bulan. Itulah antara ganjaran yang Allah sediakan kepada umat Nabi Muhammad saw.

Jadi disini saya kongsikan antara tips yang boleh kita lakukan untuk menjemput lailatul qadar.

Apakah Lailatul Qadar

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan Lailatul qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Lailatul Qadar (Arab:لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Lailatul qadar disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Tips Menjemput Lailatul Qadar

1. Jaga perkara fardhu dan gandakan yang sunat

Yang fardhu seperti solat, puasa, zakat semua tu pastikan kita jaga dengan sebaik-baiknya. Manakala amalan sunat kita tambahkan. Contohnya buat solat terawih, mengaji al Quran, solat dhuha, solat witir, zikir, dan lain-lain.

2. Banyakkan berdoa pada bulan Ramadhan.

Berdoa dengan doa seperti di bawah. Tidak lupa, sentiasa banyakkan berdoa di bulan Ramadhan ini. Antara masa yang mustajab berdoa adalah sebelum berbuka puasa.

Doa lailatul qadar

Doa lailatul qadar

3. Gandakan taubat dan selalu beristighfar.

Sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu di samping selalu beristighfar.

4. Beriktikaf di 10 malam terakhir

Saya masih ingat, suami selalu akan tidur di masjid menjelang 10 malam terakhir Ramadhan. Hanya 10 malam ini, gandakan lagi amalan kita. InsyaAllah akan jumpa juga malam al-qadr.

Imam Makkah memberi nasihat yang sungguh praktikal

Beliau mengatakan, untuk 10 hari terakhir Ramadhan:

  1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun.
  2. Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

 

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

18 thoughts on “Tips Menjemput Lailatul Qadar

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu sis. sama2 sis. mudah2an membantu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge