Ada sapa tahu apakah visceral fat? Saya tahu pasal visceral fat ini baru juga tahun lepas. Masa itu dikhabarkan visceral fat ini memang membahayakan kesihatan. Saya pernah cakap kan saya kadang itu ada rasa degupan kuat pada dada yang berlaku jarang, tapi ada. Walaupun saya rajin amalkan suplemen, tapi ia masih berlaku.
Menyedarinya tahun lalu, baru saya faham kenapa saya masih rasa degupan tu, rupanya visceral fat saya tinggi dan sangat berisiko. Saya suspect sebelum ini lebih tinggi. Ayah saya visceral fat sekarang masih tinggi, dalam 26. OMG memang sangat tinggi.
Visceral fat saya pula pada April 2016 adalah sebanyak 19. Memang masih tinggi. Tapi apa pula visceral fat yang saya sibuk bebel hari ini ya?
Apakah Visceral Fat
Mak saya sebut visceral fat sebagai lemak tepu. Mak saya jeles dengan jirannya yang mempunyai visceral fat hanya 7. 7 tu sedang eloklah. Sihat maknanya. Tapi makcik jirannya itu ada diabetes, dan diabetesnya sangat tinggi. Masih juga ada masalah kesihatan.
Visceral fat adalah lemak yang menyelaputi organ kita. Orang gemuk mempunyai banyak lemak pada bawah kulit, sebab itu kita nampak mereka gemuk. Tapi visceral fat ini semua orang boleh ada, sebab ia duduk pada organ. Jadi jangan ingat anda kurus maka anda tiada visceral fat.
Contoh-contoh visceral fat dalam badan kita. Awas, ini mungkin juga gambaran organ anda.
Bagaimana Cara Kurangkan Visceral Fat Dengan Mudah dan Selamat
Saya rasa ramai belum dapat cara terbaik untuk kurus terutamanya. Visceral fat boleh turun kalau berat kita pun turun. Bahkan ia lebih cepat dengan senaman. Jadi kita kena usahakan untuk turunkan berat badan, sekaligus bolehlah kita turunkan risiko visceral fat tu.
Rekod saya sendiri
-
April 2016: Visceral Fat 19
-
Mei 2016: Visceral Fat 16.5
Sekarang ini Jun 2016, saya target penghujung Ramadhan nanti bolehlah turunkan hingga 14. Kalau ikutkan 14 ini risiko sederhana dah. Boleh rujuk carta ni. Hujung tahun saya hendak 9 je sekurang-kurangnya.
Apa yang saya buat?
Saya buat detox dan eat clean sahaja. Kalau kita fikir susahnya hendak korban makan ini, sebaliknya saya ingin anda fikirkan risiko berikut:
Ayah saya dulu pernah buat angioplasti. Tapi doktor tidak jumpa sebarang blok pada salur darahnya. Saya suspek sebab visceral fatnya tinggi.
Saya pula, daripada tahun lalu berat badan tidak menunjukkan penurunan membanggakan. Sebab makan saya tidak kontrol sangat pun. Jadi berat sama je dari Jun 2015 hingga April 2016. Bila saya mula buat detox dengan Set Detox Shaklee, barulah ada nampak sinar kejayaan disitu.
Rupanya toksin juga menyumbang kepada berat badan kita. Selain ia menyumbang kepada berat badan, toksin berlebihan akan menyebabkan sel badan kurang dapat menyerap khasiat nutrisi yang kita makan. Jadi bila saya mulakan program detox, barulah berat badan berkurang dan semakin berkurang.
Saya target raya nanti bolehlah kurang 4kg. Sikit je itu 4kg, orang lain lagi banyak tau. Kembali semula, apa yang saya buat? Antaranya:
1. Senaman
Saya pun jenis malas betul hendak senaman, tapi bila fikirkan umur sudah 37 tahun, sampai bila mahu gemuk? Bila masuk 40 tahun lagi susah mahu kurus tau. Serius ini saya cakap, saya tidak mahu lagi menyumbang kepada statistik gemuk negara. Ha gelak-gelaklah, sayalah salah seorang itu. Tapi gemuk akan jadi kisah silam saya. Ini janji saya.
Ok, senaman. Kita malas senaman kan, jadi kita buat senaman senang je. Saya just buat squad dan plank sahaja. Ini contohnya, korang boleh cuba. Tepi katil pun boleh buat.
Cuma senaman plank ini untuk peha, lengan dan perut kita kempis. Kalau berkenaan visceral fat, elok lagi buat senaman kardio.
2. Eat Clean
Eat clean ini korang faham kan? Maksudnya kita jaga pemakanan kita terutamanya dari segi:
- Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan
- Elakkan minyak, terutama minyak berlebihan – jauhi benda bergoreng seperti karipap, ikan goreng, segala macam kerepek dll. Kalau goreng guna air fryer itu oklah.
- Elakkan gula proses – jauhi kek, air manis, air berkarbonat, biskut raya, coklat dan segala macam yang manis.
- Elakkan fast food – makanan segera seperti pizza, burger, sosej, nuget dll itu kaya dengan lemak trans. Susah hendak kurus kalau asyik ambil ini.
Setiap kali kita makan, kita amalkan portion macam ini: suku nasi, setengah sayuran, suku protein. Faham ke faham. Boleh refer pinggan di bawah.
Percaya saya tak? Bila buat program detox, keinginan hendak makan macam-macam ini menang dah kurang. Jadi tak lalu pun ada. Hahah. Tapi saya ada je culas, ada je makan banyak. Tapi yang bestnya berat tidak naik pun. Sekurang-kurangnya berat statik atau pernah juga turun. Ha best ke best?
3. Amalkan suplemen Set Detox Shaklee
Ramai yang kata boleh ke tanpa suplemen kita detox. Jawapan saya, boleh. Tapi tanpa set detox badan anda akan kekurangan nutrisi, bila kurang nutrisi faham-fahamlah akan jadi masalah lain pula. Selain itu, suplemen akan membantu organ detox anda bekerja dengan lebih berkesan dan optimum.
Dalam program detox, saya sedar rupanya detox inilah penyebabkan berat badan saya tidak berjaya dikurangkan selama setahun ini. Rupanya ada yang saya lupa hendak detox, iaitu hati.
Hubungan Hati Dengan Penurunan Berat Badan
Peranan hati:
- Hati bertindak sebagai penapis untuk membuang toksin (seperti ubat-ubatan dan alkohol) dan hasil sampingan nutrien seperti ammonia dari darah.
- Hati juga membantu dalam penghadaman dengan menghasilkan hempedu untuk membantu memecahkan lemak dan menyerap vitamin dan mineral fat- dan air-larut
- Memainkan peranan dalam mengawal selia glukosa, tekanan darah, gula darah, insulin, estrogen, testosteron, imuniti, dan pengeluaran kolesterol darah dan penyingkiran.
Apabila hati bekerja terlalu keras, sisa-sisa toksik boleh terbina di dalam badan terutamanya hati, menyebabkan keradangan yang dikaitkan dengan obesiti. Hati juga boleh tertekan dan menyebabkan lemak untuk terbina, terutama di sekitar perut. Jika dibiarkan, tidak kira berapa banyak anda hadkan pengambilan kalori anda, kehilangan berat badan adalah hampir mustahil melainkan anda detox hati anda.
Bagaimana caranya hendak detox hati? Kalau anda hanya berpandukan kepada detox dengan jus lemon semata-mata, ia tidak dapat membantu detox hati anda. Jus lemon juga agen baik untuk detox, tetapi ia tidak dapat detox keseluruhan. Mungkin ia hanya berupaya detox usus anda sahaja.
Untuk detox keseluruhan, anda memerlukan suplemen yang direka khas untuk organ-organ detox anda. Sebab itu dalam Set Detox Shaklee, telah siap sedia memasukkan semua suplemen yang perlu untuk detox keseluruhan. Bahkan program detox Shaklee juga direka khas untuk program keseluruhan dari segi
- Pengambilan Suplemen antaranya Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herblax dan Peppermint Ginger Plus
- Amalan senaman
- Amalan gaya pemakanan yang sihat
Jadi dengan mengamalkan ketiga-tiga elemen inilah saya berupaya akhirnya turunkan berat badan. Ada lagi yang saya belum cerita:
-
Saiz baju saya sudah berkurang 1 saiz
-
Pinggang saya berkurang 4 inci (asal 41 inci, sekarang 37inci)
-
Punggung berkurang 3 inci (asal 42 inci, sekarang 39 inci)
-
BMI saya dari High sekarang Moderate.
Walaupun berat badan cuma berkurang 1kg sahaja bagi bulan 5 (2 minggu), tapi inch loss banyak juga tu. Suka ke suka?
Kesimpulan
Negara kita adalah negara gemuk. Seperti artikel di atas. Bila gemuk macam-macam penyakit boleh dapat. Satu cara yang berkesan adalah amalkan senaman, eat clean dan pengambilan suplemen yang terbaik dapat membantu mendapatkan berat badan ideal dan seterusnya tiada lagi risiko-risiko penyakit kronik.
Jomlah korang, kalau fikir mahal, sebenarnya mahal lagi kos perubatan yang kita perlu banyak kalau ditimpa penyakit. Itu belum lagi kos emosi anak-anak dan keluarga kita nanti kalau sesuatu berlaku pada kita. Pakaian, beg tangan, mainan mahal semua sudah tidak berguna lagi masa itu. Oh sedihnya. Saya cuma fikirkan anak-anak saya sahaja, itulah sumber kekuatan saya untuk kuruskan badan.
Anda bagaimana? Tunggu bil hospital atau hubungi saya sekarang juga?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Takutnya tengok gambar-gambar Organ dekat atas tu… Saya ni memang jenis lemah semangat sikit… Tengok darah pun saya takut…. Kalau pergi derma darah tu, saya rasa nak pejam mata tidur sehingga selesai penuh satu bekas tu… Tapi sayangnya nurse yang jaga tu biasanya tak bagi kita tidur… Tu yang jadi stress masa derma darah… huhuhu
Anuar recently posted…Tips SIMPLE Cari Duit Raya Melalui Facebook! – Oleh Affiq Fadzil dan Yusof Kushairi
ngeri tengok lemak yang bersalut tu…
ema recently posted…Tuai Madu Kelulut
Saya pun jenis malas bersenam. Zaman belajar dulu ye memang aktif pusing jogging dari kolej sampai taman tasik shah alam tu. Kalau check mesti tinggi. Tak berani nak check apa-apa nanti kena makan macam macam hu hu.
rahimah majid recently posted…7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang
Oh… kalau macam tu kakak pun sebut lemak tepu juga Hana hihi…
Memang betul negara kita ramai rakyat yg gemuk
Tapi yg kurus juga tak mustahil ada lemak kalau tak suka bersenam – macam kakak nilah susahnya nak senam
Kakzakie Purvit recently posted…Nostalgia lama kembali segar
bagus gambar senaman tu…
kena buat selalu senaman tu utk kesihatan jantung yg tersayang..
senaman kena buat juga, dalam 5x seminggu gitu
Alhamdulillah visceral fat masih dalam lingkungan normal dan rendah tapi kena jaga makan juga sebab body fat agak tinggi
Noriza Rahman recently posted…Kesan Sepanjang Proses Detoks yang Awesome
MV kira kurus la juga ni ya? Saya seumur hidup 2x je pernah kurus. huhuh
Takut juga ni, risau kalau tak jaga pemakanan visceral fat tu memang boleh up bila-bila masa saja
Noriza Rahman recently posted…Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat
konsisten ambil suplemen insyaAllah boleh membantu
Visceral fat memang susah nak turunkan..
Saya dah control makan…tapi kadar turunnya tak banyak.. 🙁
Fidah Shah recently posted…Rumusan Fisiologi Puasa
saya rasa try amalkan detoxplan. Saya banyak penurunan lepas guna set detox. kita ada support grup sekali.
wow! tahniah kak..
thanks ana
Ilmu yang berguna kak anah. Saya pun vf tinggi takutnya.
kena usahakan untuk turun. bahaya tu azura
Terima kasih kak ana bagi pencerahan pasal visceral fat ni…dapat la sy share dgn suami n ahli keluarga lepas ni kak supaya diorang pun ada kesedaran untuk detox.takut tengok lemak2 tu…mintak jauh la segala penyakit
semoga bermanfaat
tetiba nak rajin bersenam pula . ye la saya ni kerja je sebelah siang , kadang-kaang kena juga berehat dan ambil waktu untuk bersenam
Wan Zawawi recently posted…Wordless Wednesday #115
saya bersenam waktu malam, tapi kalau malam mesti sebelum kul 11pm
Saya senam sekejap sangat tak sempat peluh pun tetapi plank tu buat cuma sekejap ja.. semangat kurang sebab buat sorang kan thanks for sharing dear good info
bp recently posted…sedekah senyuman | Frankenweenie
kami berjemaah buat exercise ni, ada grup telegram ibu menyusu. Alhamdulillah bolehla tambah semangat
thank you for sharing
salam singgah sini
thanks singgah sis
takutnya tengok lemak2 yang bersalut tu.
moga tercapai hasrat hanah untuk turunkan berat badan ya, akak pun sentiasa kontrol makan, takut juga sebab umur dah 38 ni
aryan azra recently posted…Bila abang cuba puasa
betul tu kak, umur 30an dah kan, kenalah jaga badan ni
ngeri tgk lemak… punca byk penyakit tu…
betul tu sis, kenalah jaga tahap VF kita tu
rajin-rajin la wat senaman kardio. kalau dah terlampau berat, nak tak nak..mesti wat gak senaman kardio + senamana beban + kawal makan.
kalau tak, memang susah la nak kurus balik.
titan recently posted…Can WE Fly Together?
betul2, senaman kardio bagus untuk bantu kurangkan visceral fat
saya pun baru tahu tentang visceral fat..memang bahaya juga rupanya kalau terlalu tinggi
mrhanafi recently posted…Kedai Gunting Rambut Di Samarahan
nanti trylah cek di Sabah ya. klinik biasa ada buat juga tu
orang kurus pun ada lemak tepu ni. sebab tu kena selalu bersenam..
dkna abza recently posted…Buffet Ramadhan Menarik Di 9Kedondong
betul2, kurus tak semestinya lemak tepu rednah
eee seram lak rasa…
kena buat sesuatu, ini kesihatan kita kan