Call nowWhatsapp

Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga kita berpuasa. Sehari pertama itu memang menguji juga dengan susu drop, ingatkan sebab apa. Mungkin sebab badan hendak menyesuaikan diri agaknya. Hari kedua alhamdulillah susu kembali seperti biasa. Jadi bagi ibu menyusu, insyaAllah tiada masalah hendak berpuasa dan pada masa yang sama menyusukan anak.

Part dahaga keterlaluan itu kenalah managekan.

Ibu menyusu hampir pitam kerana berpuasa, lihat bagaimana Performance Drink membantu beliau

Ibu menyusu hampir pitam kerana berpuasa, lihat bagaimana Performance Drink membantu beliau

3 Hari pertama Anak Berpuasa

Tahun ini kali kedua anak sulung saya, Hakim berpuasa. Masa dia berumur 6 tahun saya tidaklah latih sangat pun. Ada hari dia puasa, itupun tak pernah penuh pun. Ada hari dia tertinggal sahur, so tak puasalah. Jadi yang betul-betulnya tahun lepas. Itupun banyak hari juga ponteng sebab tak tahan. Baru darjah 1, kita baru nak latih dia kan, jadi saya fleksibel lagilah.

Tahun ini pun baru darjah 2. Mudah-mudahan Hakim lagi kuat untuk berpuasa. Setakat 3 hari pertama ini, nampak Hakim kuat sikit dan lebih bertenaga. Hari pertama itulah lembik sikit, sampai 5x telefon saya di pejabat minta nak berbuka. Saya cuba sabarkan dulu, mujur juga sepupunya dari Putrajaya nak singgah berbuka di rumah. Jadi ada semangat sikitlah Hakim berpuasa.

Hari kedua tiada lagi panggilan telefon. Mungkin sepupu masih ada di rumah. Nampak dia masih cergas. Jam 6petang ajak main basikal di luar.

Hari ini hari ketiga. So far pun tiada panggilan telefon minta berbuka, mudah-mudahan kuatlah Hakim hari ini memandangkan sepupunya sudah pulang ke rumah masing-masing.

Tips Ajar Anak-anak berpuasa

Saya bukanlah pandai sangat pun sampai hendak bagi tips best-best sangat, cuma saya bagi ini ikut pengalaman saya dan apa yang saya praktikkan sahaja.

1. Maklumkan tentang kedatangan Ramadhan dan ibadah berpuasa

Sebelum datangnya Ramadhan saya telah alert anak berkenaan puasa. Jadi kita sediakan mindanya tentang berpuasa. Beritahulah sekali fadhilat berpuasa dan kewajipan berpuasa. Ada juga dia tanya kalau dia tidak berpuasa, berdosa ke?

Saya jawab belum berdosa masa umur 8 tahun, tetapi bila dah baligh nanti tentulah berdosa. Jadi masa ini kenalah berlatih berpuasa supaya biasa nanti.

2. Sediakan makanan sahur yang sesuai

Alhamdulillah saya sudah tahu serba sedikit cara menyediakan makanan sihat yang boleh memberikan tenaga, kenyang lebih lama dan tidak memudaratkan badan. Jadi bolehlah sediakan untuk anak sekali. Makanan sahur kami sekeluarga ini memang nasi. Saya memang diajar macam ini sejak kecil lagi. Suami pun makan nasi.

Tips sahur sihat

Tips sahur sihat

Jadi mahu tidak mahu makanlah juga kan. Lauk pula pastikan jangan berminyak sangat. KAedah masakan sesuai seperti stim, rebus, bakar ok sangat sebenarnya. Sayur-sayuran pula keluarga saya sukakan salad saja akhir-akhir ini. Mudah saja, campur-campur dan tambah seasoning yang sihat.

Masa sahur juga pastikan ada buah-buahan yang banyak air buat tambah selera. Biasa kami mesti ada tembikai. Juga saya minta Hakim ambil beberapa biji tamar untuk diamalkan selepas makan nasi.

Alhamdulillah Hakim makan seperti biasa, banyak juga. Cuma tidak menambahla.

3. Minum air mencukupi

Untuk waktu sahur, saya memang minta Hakim minum 3 jenis air. Antaranya

  • Nestum Coklat: ini pilihan Hakim, dia mahu sesuatu hangat. Saya tambahkan 1 sudu Mealshake bersama campuran ini.
  • Performance Drink: ini saya sediakan 1 gelas untuk Hakim. Tujuannya untuk beri tenaga, elak dehidrasi dan kekalkan keseimbangan badan.
  • Air kosong: saya minta Hakim pastikan dia minum air kosong juga.

Alhamdulillah dengan cara ini membantu Hakim menjalani ibadah puasa dengan baik.

Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan

Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan

4. Ambil suplemen

Suplemen pun mesti ambil juga walaupun berpuasa. Hakim masih teruskan pengambilan suplemennya, contohnya Vitalea FC, Vita C Chewable, Nutriferon, Omega Guard dan Lecithin.

Pengambilan suplemen adalah untuk menampung kekurangan nutrisi dan meningkatkan sistem imun badan.

5. Berbuka dan Moreh

Untuk berbuka saya tidak tegas sangat, saya biarkan saja Hakim hendak makan apa dan minum apa. Yang penting saya katakan mesti minum air kosong antara selepas berbuka hingga sebelum tidur.

Waktu moreh pula saya galakkan Hakim makan sedikit, mungkin kuih lebihan dari berbuka tadi atau saya sediakan sedikit buah potong.

Kesimpulan

Bukan mudah sebenarnya hendak latih anak berpuasa. Kita bermain dengan emosi ya jugak, kesian anak puasa atau biar anak belajar berpuasa. Cuma kena selalu perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak. Kalau ada, wajib berbuka dah tu.

Bila guna suplemen Shaklee terutama Set Puasa, saya rasa lega juga sebab sudah ikhtiarkan untuk membantu anak berpuasa. Harap-harap boleh bertahan hingga penghujung Ramadhan nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)