Call nowWhatsapp

Lama dah saya hendak buat saringan kesihatan sebenarnya, terutama ujian darah. Sebabnya saya dapat voucher saringan kesihatan daripada syarikat takaful yang saya dapat tahun lalu. Tarikh luput voucher pula dalam Jun 2016. Kebetulan ada masa minggu lepas (Isnin), jadi saya pun serah diri ke lab.

Apakah Saringan Kesihatan

Bila anda sudah buat keputusan hendak membuat saringan kesihatan, pastikan anda tahu farmasi mana dan apakah yang mereka sediakan. Saringan kesihatan dibuat untuk kita mengesan kewujudan tanda-tanda awal penyakit kronik.

Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.

Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik

Selain daripada sebab di atas, saya buat saringan kesihatan ini juga untuk mengetahui keberkesanan suplemen dan vitamin yang saya ambil selama 4 tahun ini.

Ada beberapa jenis saringan kesihatan iaitu

  • Ujian tekanan
  • Ujian urin (air kencing)
  • Ujian darah
  • Ujian tambahan untuk wanita
  • Ujian penanda kanser (cancer marker)

Apa maksud setiap saringan kesihatan?

1. Ujian Darah

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan , paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.

a. Kiraan Darah Keseluruhan

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu

  1. Kiraan sel darah merah
  2. Sel darah putih
  3. Platelet.

Kepentingan ujian ini:

Untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan

  • Mengetahui risiko penyakit anemia (kurang darah)
  • Mengetahui kiraan sel darah putih (sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit)
  • Mengetahui kiraan platlet yang membantu proses pembekuan darah
Darah diambil untuk pelbagai tujuan ujian saringan kesihatan

Darah diambil untuk pelbagai tujuan ujian saringan kesihatan

 

Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.

b. Paras gula (glukos)

Ujian ini untuk menentukan paras gula anda sekiranya berisiko atau tidak mendapat diabetes atau kencing manis.

Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam.

  • Normal sekiranya paras gula dalam darah adalah kurang daripada 5.6 milimol/liter
  • Menghidap kencing manis / diabetes sekiranya keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter
  • Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

c. Profil kolesterol

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Ujian ini untuk menentukan tahap kolestrol dalam badan anda. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:

  • Paras kolesterol keseluruhan
  • Paras HDL
  • Paras LDL
  • Ukuran trigeliserida

Selepas mendapat keputusan, bolehlah berbincang dengan doktor anda tentang kedudukan kesihatan ada. Sebabnya paras kolestrol ini walaupun ada benchmark, tetapi ia akan berbeza sekiranya anda penghidap kencing manis atau sakit jantung.

Jadual ujian kolestrol yang sihat

Jadual ujian kolestrol yang sihat

d. Ujian fungsi hati

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti. Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.

e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)

Dalam ujian fungsi buah pinggang, beberapa perkara menjadi ukuran. Antaranya

  • Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.
  • Ujian kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang.

Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

Panduan ujian renal

Panduan ujian renal

Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri.

2. Ujian Air Kencing

Ujian urin atau air kencing juga bertujuan mengetahui tahap kesihatan kita

Ujian urin atau air kencing juga bertujuan mengetahui tahap kesihatan kita

Ujian air kencing dibuat untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:

  • Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.
  • Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.

Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.

3. Ujian Tekanan

Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada.

  • ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal.
  • ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).
  • Ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.
Ujian tekanan seperti ECG dan Xray turut termasuk dalam saringan kesihatan

Ujian tekanan seperti ECG dan Xray turut termasuk dalam saringan kesihatan

4. Ujian tambahan bagi wanita

Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap (pap smear) untuk mengesan kanser serviks.

Ujian mammogram dan pap smear adalah tambahan untuk wanita

Ujian mammogram dan pap smear adalah tambahan untuk wanita

5. Ujian Penanda Kanser

Walaupun ketepatan ujian ini masih diperdebatkan, tahap ketepatan ujian ini adalah di sekitar 80%. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.

Tips Saringan Kesihatan

Banyak farmasi turut membuat saringan kesihatan, bukan sahaja di Pathlab. Pathlab saya pilih sebab memang sudah ada voucher. Saya tambah penanda kanser (cancer marker) sahaja. Jadi saringan kesihatan saya lebih tertumpu kepada ujian darah, ujian air kencing dan ujian penanda kanser sahaja.

Untuk ujian tekanan dan ujian tambahan wanita insyaAllah boleh buat kemudian.

Sebelum menghadiri saringan kesihatan, ada beberapa tips yang anda perlu tahu:

  • Puasa. Pastikan anda berpuasa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum anda membuat saringan. Contohnya dari 10 malam. Anda hanya boleh minum air kosong sahaja. Ini kerana ada beberapa ujian yang memerlukan anda berpuasa.
  • Berpakaian selesa. Berpakaianlah dengan selesa. Anda perlu tahu darah diambil daripada lengan anda. Jadi pakai pakaian yang memudahkan anda dalam hal ini.
  • Masa yang sesuai. Pilih masa yang sesuai untuk membuat ujian ini. Bagi wanita, pastikan sekurang-kurangnya 5 hari selepas hari akhir haid.
  • Dokumen. Pastikan anda membawa kad pengenalan anda.

Pengalaman dan Keputusan Saringan Kesihatan 2016

Tahun lalu saya ada buat juga ujian saringan kesihatan yang dibayar oleh syarikat takaful. Saya tak pasti mana saya letak, nanti saya hendak cari untuk buat penilaian. Untuk saringan kesihatan tahun ini, berikut adalah analisa:

1. Ujian Darah

  • Kiraan Darah Keseluruhan: WBC 6, HB 13, Platlet 309. Alhamdulillah semuanya normal.
  • Tahap Glukos (puasa): 4.4
  • Profil Kolestrol: LDL 3.6, HDL 1.23, trigeliserida 0.7. Paras LDL sedikit tinggi (normal bawah 2.6). Tapi kata doktor kolestrol saya ok.
  • Fungsi Hati: Total protein semua normal
  • Fungsi Buah Pinggang: Asid uric, urea dan kretanin pun alhamdulillah normal
Keputusan saringan kesihatan - ujian darah

Keputusan saringan kesihatan – ujian darah

Keputusan saringan kesihatan - ujian darah

Keputusan saringan kesihatan – ujian darah

2. Ujian Urin

Bagi ujian urin pun alhamdulillah semuanya menunjukkan paras normal. Ujian urin saya failed sikit sebab saya buat masa saya masih haid (hujung). Jadi itulah yang jadi murky (keruh). Agak tidak tepatlah ujian urin saya ini.

Keputusan saringan kesihatan - ujian urin

Keputusan saringan kesihatan – ujian urin

3. Ujian penanda kanser

Bagi ujian ini saya hanya fokus kepada ujian penanda kanser untuk:

  • Kanser payudara
  • Kanser Serviks
  • Kanser usus
  • Kanser perut

Alhamdulillah kesemuanya menunjukkan risiko yang rendah.

Keputusan saringan kesihatan - penanda kanser

Keputusan saringan kesihatan – penanda kanser

Kesimpulan Hasil Saringan Kesihatan

Sebenarnya ini kali kedua saya buat saringan kesihatan. Keputusan tahun lepas saya tidak ingat, nanti sudah jumpa saya akan kongsikan dengan anda di sini.

 

Latar belakang saya, sebenarnya saya dikategorikan sebagai berisiko tinggi, sebab

  • Darah tinggi dan sakit jantung: ayah saya ada penyakit ini.
  • Diabetes dan kencing manis: kedua-dua mama dan abah memang ada diabetes. Selain itu saya pernah alami GDM semasa mengandung anak pertama dan kedua. Kata doktor sekiranya kita alami GDM, tinggi risiko untuk kita mendapat diabetes selepas umur 40 tahun.
  • Kanser: saya ada pakcik (telah meninggal dunia) menghidap kanser peparu (kerana perokok tegar).
  • Saya berlebihan berat badan. Banyak penyakit yang saya berisiko disebabkan ini.
  • Arthritis: mama saya penghidap.
  • SLE: kakak saya penghidap.

Banyak risiko saya kan? Sebab itulah saya memang pulun jaga kesihatan, alhamdulillah saya jumpa Shaklee masa kesihatan saya teruk juga 4 tahun lalu (saya batuk selama 1 tahun!).

Hasil saringan kesihatan ini menggembirakan saya walaupun ada lekat sikit pada LDL kolestrol saya. Apa yang saya boleh rumuskan adalah:

  • Saya memang tidak ambil Phytocol-ST (suplemen untuk kolestrol), nampak gayanya saya kena tambah dalam senarai suplemen wajib saya.
  • Selain itu saya perlu lebih gigih turunkan berat badan.
  • Keputusan ini juga menunjukkan suplemen Shaklee yang saya ambil selama 4 tahun ini memberikan kesihatan yang baik untuk saya. Berkesan.
  • Ini juga menunjukkan suplemen Shaklee tidak memberikan kesan negatif kepada tubuh. Selamat dan semulajadi.

Itu sahaja hendak cakap. Saya gembira.

Seeloknya buatlah saringan kesihatan ini, sekurang-kurangnya setahun sekali. Kos pun tidak mahal mana, saya hanya tambah rm100 untuk ujian penanda kanser. Yang asas saya tidak pasti pula. Mungkin anda boleh google atau dapatkan maklumat di farmasi atau klinik berdekatan.

Ujian tekanan dan sinar x pun khabarnya tidak mahal pun, sekitar rm100++. InsyaAllah lepas saya buat saya kongsikan disini.

Lagipun bagi anda yang ada membayar cukai, terdapat pelepasan cukai RM500 bagi ujian saringan kesihatan. Jadi saya nasihatkan, buatlah setiap tahun. Sekurang-kurangnya kalau ada tanda-tanda penyakit anda lebih bersedia dan peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)