Maklumat Program MummyDetox

By | 13 May 2016

Maklumat Program MummyDetox

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog MummyDetox powered by Vitamin-Cerdik dan Shaklee.

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah jua.

Program MummyDetox

Sejak kebelakangan, ramai yang bertanya saya berkenaan program MummyDetox yang dianjurkan Empayar Anah and Friends.

Apakah Program MummyDetox

Program MummyDetox adalah satu program detox badan yang dijalankan secara online 100%.

Matlamat program ini adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai kesihatan yang baik dan optimum dengan cara yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan dalam tempoh 60 hari.

Mekanisme Pelaksanaan Program MummyDetox

Semua peserta akan dimasukkan ke dalam satu grup Telegram MummyDetox dan mereka akan dibimbing oleh saya selaku pengasas MummyDetox.

Dalam grup ini, peserta akan diajar cara untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kita akan ajar cara pengambilan makanan yang betul kepada para peserta. Mereka akan diajar apa yang boleh dimakan, apa yang perlu dikurangkan dan dijauhkan.

Mengapa 60 hari?

Ini adalah kerana kami percaya untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik, badan kita perlukan masa. Kita menjadi tidak sihat, bukan dalam tempoh seminggu. Sebaliknya kita menjadi diri kita sekarang setelah berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.

Jadi kita tidak boleh expect kita akan jadi lebih sihat dalam tempoh 1-2 minggu.

Dalam tempoh 60 hari ini, peserta akan diprogramkan untuk gaya hidup sihat. Kita bukan sekadar ingin mereka sihat untuk 60 hari sahaja, tetapi kita mahu mereka sihat sepanjang hayat.

MummyDetox Adalah Hasil Program Detox Shaklee

Saya telah ikuti program detox Shaklee yang baru diperkenalkan. Program detox seumpamanya telah pun dilaksanakan di US dengan kejayaan yang memberangsangkan. Program yang dilaksanakan di Malaysia juga sangat memberangsangkan dan Berjaya.

Saya ada bertanya pakar nutrisi Shaklee, saya sebenarnya ingin kurus, bukan hendak detox. Tetapi kata pakar nutrisi, bila saya detox, saya TERPAKSA KURUS dan SIHAT.

Begitu juga focus MummyDetox bukanlah detox untuk kurus. Tetapi program MummyDetox lebih focus kepada detox untuk kesihatan. Kita detox sebab kita hendak sihat. Akhir sekali kita terpaksa kurus.

MummyDetox juga mensasarkan kepada ibu-ibu menyusu terutamanya untuk menyertai program ini. Program detox sebenarnya tidak mencadangkan ibu menyusu untuk turut serta disebabkan kebimbangan menu yang disediakan tidak dapat membantu penyusuan.

Sebaliknya program MummyDetox adalah lebih bersesuaian untuk ibu menyusu, melalui program detox, mendapat kesihatan yang baik dan pada masa yang sama masih boleh menyusu anak-anak.

Perubahan Dalam 30 hari

Kejayaan yang saya perolehi ini bukan saya seorang rasainya, bahkan ternyata apa yang saya alami, turut dialami rakan-rakan lain yang menyertai bersama-sama saya.

“Perut rasa kempis, ruang perut rasa makin kecil sebab bila makan cept kenyang dan kurang makan. Upper lengan dah kurang flabby. Body fat turun, visceral pun start turun. Berat kurang 3kg tapi inch loss rasa banyak juga. Hari tu tak ukur, silap. Tapi memang rasa pakai baju makin longgar.” Raihanah Ahmad.

Testimoni Detox Shaklee: Ibu Menyusu pun boleh detox

Testimoni Detox Shaklee: Ibu Menyusu pun boleh detox

Di samping itu, saya juga tidak mengalami masalah dalam penyusuan. Anak menyusu seperti biasa malah anak juga lebih sihat.

Selain itu, ramai kawan-kawan saya yang detox turut mengalami pelbagai perubahan. Antaranya:

Pengalaman Detox Shaklee - Perut pun kempis!

Pengalaman Detox Shaklee – Perut pun kempis!

Pengalaman Detox Shaklee - Ibu BF, baby tiada sembelit

Pengalaman Detox Shaklee – Ibu BF, baby tiada sembelit

Pengalaman Detox Shaklee - Dah boleh pakai baju zaman anak dara

Pengalaman Detox Shaklee – Dah boleh pakai baju zaman anak dara

Pengalaman Detox Shaklee - Seluar pun longgar!

Pengalaman Detox Shaklee – Seluar pun longgar!

detox berat turun 5

Pengalaman Detox Shaklee – Berat turun 6kg dalam 30 hari!

Pengalaman Detox Shaklee - BErat turun 1kg

Pengalaman Detox Shaklee – BErat turun 1kg

Pengalaman Detox Shaklee - BErat turun 5kg

Pengalaman Detox Shaklee – BErat turun 5kg

Mengapa perlu detox

Sebelum menjawab kenapa perlu detox, eloklah kita tahu dulu apakah toksin.

Apakah Toksin

Toksin ialah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Terdapat 2 jenis toksin iaitu toksin dari luar dan toksin dari dalam.

Terdapat beberapa faktor penyebab toksin daripada dalam berkumpul di dalam badan anda. Di antaranya:

1. Toksin dari dalam

Contoh-contoh toksin yang dihasilkan daripada dalam badan adalah:

a. Aktiviti sel

Contoh aktiviti sel adalah seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan. Tapi badan kita sememangnya hebat, ia boleh meneutralkan benda-benda ini tanpa bantuan pihak luar.

b. Makanan yang tidak tercerna

Pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.

Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, kesemua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus.

c. Gangguan emosi dan stress

Stress dan gangguan emosi menyebabkan imun sistem kita jadi rendah. Bila imun sistem rendah, inilah yang menyebabkan kita mudah jatuh sakit dan mendapat macam-macam penyakit.

2. Toksin daripada luar badan

Toksin daripada luar badan ada macam-macam juga. Antaranya

a. Makanan yang tidak berkhasiat

Contohnya pengawet, MSG, pewarna dan perasa tiruan dan macam-macam lagilah.

b. Buah dan sayur yang tinggi bahan toksin

Contohnya zaman sekarang penggunaan bahan racun serangga semakin tinggi. Selain itu produk GMO turut mengundang kadar toksin yang tinggi dalam bahan makanan kita.

3. Asap

Contohnya asap daripada kenderaan, kilang dan lain-lain lagi. Kita di Malaysia perlu tambah juga faktor jerebu.

4. Pakaian

Sesetengah orang bertanya kenapa pakaian pun dianggap bertoksik? Ini kerana penggunaan pencuci yang mengandungi toksik menyebabkan pakaian kita pun sama bertoksik.

5. Bahan kosmetik

Bahan-bahan kosmetik sememangnya tinggi dalam kadar bahan kimia. Ini belum termasuk bahan kimia yang berbahaya yang anda tidak tahu terkandung di dalam produk yang anda gunakan seharian.

7 tanda badan bertoksin

7 tanda badan bertoksin

10 Sebab Anda perlu detox

1. Buang toksin dari dalam badan.

Pendedahan jangka panjang toksin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toksin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.

Toksin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toksin untuk menjadikan badan kita sihat walau bagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toksin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit.

Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.

Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.

Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.

Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.

Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.

Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.

Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.

Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima. Semoga 10 sebab kenapa badan perlu detox memberi kefahaman kepada semua pembaca.

Rahsia Kejayaan

Tentu anda tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan mereka? Antaranya adalah:

1. Meal Plan

Sebaik anda bersetuju menyertai program MummyDetox, anda akan diberikan jadual MealPlan yang khusus untuk anda melalui hari-hari anda dengan detox. MealPlan adalah sebagai panduan kepada anda untuk menyediakan pemakanan yang bersesuaian untuk tujuan detox.

Anda jangan bimbang kerana mealplan ini telah diuji dan mendapat persetujuan doktor pakar daripada US.

2. Buat Secara Berjemaah

Untuk pengetahuan anda, dalam MummyDetox anda tidak akan keseorangan. Sebaliknya kita buat secara berjemaah. Mereka yang di dalam kumpulan akan saling menguatkan satu sama lain.

Masing-masing memberikan motivasi. Semangat membara dan bersaing secara sihat.

3. Ambil Suplemen

Peserta MummyDetox mengambil suplemen seperti yang dicadangkan dan bersesuaian dengan mereka.

Kita faham, bukan semua orang mampu. Jadi kita akan cadangkan ikut keperluan dan kemampuan mereka.

Lagipun program MummyDetox adalah plan untuk 60 hari, jadi terpulangkan kepada anda ingin meneruskan atau tidak.

Kami mencadangkan pengambilan suplemen disebabkan kami faham anda tidak dapat memberikan komitmen yang penuh untuk menjaga pemakanan disamping itu fungsi suplemen adalah untuk membantu organ badan berfungsi sepenuhnya.

4. Kekal Bermotivasi

Kami pihak penganjur akan cuba menghantar mesej ke grup Telegram setiap hari. Kita akan cuba berikan motivasi, kongsi kisah kejayaan peserta terdahulu. Dengan cara ini peserta akan terus bersemangat.

Kejayaan Perlu Dimulakan Dengan Tindakan

Saya tahu ramai antara kita ibu-ibu yang menyusu terutamanya ingin mendapatkan kesihatan yang baik dan pada masa yang sama ingin kurus dan terus juga menyusukan anak-anak.

Bezanya betapa kritikal tahap kesihatan kita itu. Adakah kita sedar tubuh kita semakin hari semakin tidak sihat walaupun kita makan ubat dan suplemen.

Untuk sihat, kita perlu buat keputusan untuk terus bertindak. Selagi tidak bertindak, selagi itulah kita akan terus dalam keadaan kita sekarang.

Anda berminat menyertai Program MummyDetox?

Jika anda berminat menyertai MummyDetox, anda boleh hubungi saya dalam nombor yang tertera di bawah.

Yuran penyertaan MummyDetox adalah sangat minima dan pastinya mampu disertai semua orang.

Jadi bertindak sekarang.

Jangan tunggu lagi.

Tempat untuk setiap batch adalah terhad. Siapa cepat dia yang akan dimasukkan.

Semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada anda bagaimana perjalanan MummyDetox ini.

Wassalam

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan menyertai program MummyDetox jemput hubungi saya mengikut maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

2 thoughts on “Maklumat Program MummyDetox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge