Kepentingan Keseimbangan Elektrolit Dalam Tubuh

By | 5 May 2016

Baru-baru ini di sekolah anak sulung saya di Gombak, seorang budak tahun 6 meninggal mengejut semasa sedang belajar. Dikatakan beliau tiba-tiba sawan dan pengsan. Sawan rupa-rupanya boleh berlaku walaupun tiada heat strok atau demam.

Menurut rakan mangsa, sebulan yang lepas arwah pernah pengsan. Pada hari kejadian pun memang nampak arwah macam penat dan menggigil sebelum jatuh pengsan.

Bila ia berlaku di sekolah anak saya, automatiklah saya rasa risau kepada anak. Alhamdulillah sudah berkomunikasi dengan cikgu kelas anak saya, mohon dia tengok-tengokkan anak-anak di sekolah. Saya tidak pasti penyebab apakah sawan, dan ia sebenarnya ada banyak sebagaimana saya pernah tulis sebelum ini. Antara yang mungkin saya dan anda boleh ambil iktibar adalah:

  • Pastikan kesihatan anak adalah baik sebelum menghantar mereka ke sekolah, lebih-lebih lagi sekarang cuaca panas. Kalau tidak sihat dan terpaksa bersekolah memang memenatkan mereka dan boleh menyebabkan mereka dehidrasi.
  • Pastikan nombor telefon ibu bapa sentiasa dikemaskini kepada pihak sekolah, jadi mudah pihak sekolah berhubung dengan kita

Posting kali ini pula saya ingin fokus berkenaan keseimbangan elektrolit dalam tubuh kita.

Apakah elektrolit

Elektrolit adalah sejenis mineral dalam darah dan cecair badan yang membawa caj elektrik. Contohnya elektrolit dalam air kencing mengukur tahap elektrolit dalam air kencing. Elektrolit mengukur tahap kalsium, klorida, kalium atau natrium. Elektrolit dalam tubuh kita termasuk: kalsium, klorida, magnesium, Fosforus, Kalium dan Natrium.

Elektrolit adalah bahan kimia paling kecil dan penting untuk sel-sel dalam tubuh seseorang berfungsi dan membolehkan tubuh mereka bekerja.

Elektrolit seperti kalium, natrium dan lain-lain adalah penting dalam membolehkan sel untuk menjana tenaga, mengekalkan kestabilan dinding sel, dan juga berfungsi secara keseluruhan. Mereka menjana tenaga elektrik, pergerakan otot, pergerakan cecair dan air di dalam badan seseorang dan ia turut berperanan dalam beberapa aktiviti tambahan.

Keterangan lanjut berkenaan elektrolit

Keterangan lanjut berkenaan elektrolit

Kepekatan elektrolit dalam badan seseorang dikawal oleh pelbagai hormon, kebanyakannya dihasilkan di dalam buah pinggang dan kelenjar adrenal. Sensor dalam sel buah pinggang contohnya memantau jumlah kalium, natrium dan air dalam aliran darah seseorang. Mengekalkan kepekatan elektrolit yang seimbang adalah termasuk merangsang mekanisme dahaga seseorang apabila badan mereka menjadi kering.

Suatu keadaan disebut sebagai hypokalemia adalah yang satu keadaan yang sering dialami apabila tubuh seseorang kehilangan terlalu banyak kalium akibat daripada cirit-birit, muntah-muntah, berpeluh, atau ubat-ubatan seperti laksatif atau diuretik.

10 Fakta Keperluan Elektrolit Kepada Tubuh

Elektrolit hadir dalam bentuk ion garam mineral seperti ion natrium, kalium, kalsium, magnesium, sulfat, fosfat dan klorida. Berikut adalah 10 fungsi elektrolit kepada tubuh:

cecair dan elektrolit yang seimbang bantu kekalkan kesihatan

Cecair dan elektrolit yang seimbang bantu kekalkan kesihatan

1. Elektrolit berfungsi mengembalikan dan mengekalkan tahap penghidratan yang tepat di seluruh tubuh.

2. Setiap kekurangan garam mineral boleh mencetuskan masalah kesihatan seperti, lesu, tertekan, kelemahan, koma dan masalah jantung.

3. Ion garam mineral ini (yang mempunyai kemampuan mengekalkan tekanan osmotik), membantu pengecutan otot dan menghasilkan serta menyalurkan isyarat elektrik dari otak ke sel dan sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa kekejangan otot sering muncul selepas melakukan aktiviti fizikal yang berat. Pada keadaan dehidrasi, kemungkinan isyarat elektrik tidak dapat mencapai bahagian badan serta otot-otot tidak boleh rileks yang kemudian mencetuskan kekejangan.

4. Buah pinggang memisahkan elektrolit dari darah dan menetapkan tahap elektrolit dalam tubuh. Jadi, bila kadar elektrolit turun, seseorang akan lebih kerap buang air kecil untuk membuang kelebihan air dari badan dan menyeimbangkan tahap elektrolit. Sebaliknya, jika tubuh berlebihan elektrolit, seseorang akan merasa lebih dahaga daripada biasa agar tubuh mendapat lebih banyak air.

5. Kehilangan elektrolit terlalu banyak menyebabkan dehidrasi parah dan berpotensi memberi kesan kepada jantung dan sistem saraf pusat. Kehilangan elektrolit juga akan menyebabkan cirit-birit dan bahkan kegagalan buah pinggang hiponatremia dalam kes yang ekstrim.

6. Elektrolit bekerja dalam tubuh pada tahap sel, dan jika hadir dalam jumlah yang lebih rendah daripada yang diperlukan boleh mempengaruhi semua sistem utama dan organ tubuh. Elektrolit juga bertugas mempertahankan suhu badan supaya stabil dan tetap sejuk.

7. Penggunaan berlebihan elektrolit boleh menyebabkan pengekalan air berlebihan dan mengarah ke pembengkakan otot. Pengekalan air berlaku apabila seseorang mengambil suplemen tambahan atau mengambil terlalu banyak garam untuk meningkatkan kadar elektrolit dalam tubuh.

Masalah hidrasi bukan masalah air semata-mata, tapi melibatkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh

Masalah hidrasi bukan masalah air semata-mata, tapi melibatkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh dan kesan kepada kesihatan keseluruhan

8. Pada masa cubalah menukar elektrolit yang hilang dengan minum banyak air sekaligus, anda justru mencairkan kepekatan elektrolit yang sudah ada dalam darah kerana pengambilan air yang terlalu tinggi. Sebab itu lebih digalakkan minum air secara beransur-ansur.

9. Setiap ketidakseimbangan tahap elektrolit dalam tubuh boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam, terutama untuk mereka yang sudah menderita masalah pencernaan.

10. Hormon adrenal seperti aldosteron dan para-tiroid bertugas mengatur elektrolit dan menjaga keseimbangan kimia intrasel dan ekstraseluler.

Performance Drink Sebagai Minuman Isotonik Terbaik

Dari segi membantu mendapatkan tahap elektrolit yang seimbang, saya memilih Performance Drink untuk seisi keluarga. Lebih-lebih lagi dalam cuaca panas dan tidak menentu sekarang ini, Performance Drink boleh diminum pada bila-bila masa pun.

Kelebihan Performance Drink

Antara kelebihan Performance Drink adalah:

 

  • Tanpa gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – kurang haus!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya adalah ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan menjadikan tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
performance drink beri tenaga elak dehidrasi

Performance drink beri tenaga elak dehidrasi

Performance Drink juga sesuai untuk pesakit berikut:

  • Gout – memang ada Performance Drink dalam set gout
  • Tonsil – Performance Drink memberikan kelegaan kepada tonsil yang sakit
  • Demam denggi atau demam biasa – bagi mengelakkan dehidrasi

Pendek kata sebenarnya Performance Drink sangat sesuai diambil oleh semua.

Kesimpulannya Performance Drink adalah salah satu produk yang mesti ada dalam rumah saya, habis je mesti top up dengan segera. Pengalaman saya sendiri menggunakannya untuk diri sendiri dan anak-anak menyebabkan saya berkongsi kebaikannya dengan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

 

39 thoughts on “Kepentingan Keseimbangan Elektrolit Dalam Tubuh

    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, saya fikirkan camne anak2 puasa nanti ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu huda. susah dilarang budak2 ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Performance Drink sesuai utk budak-budak juga puan. Saya pun bagi kat anak-anak, sejak tahu kebaikannya memang tak lepas bagi mereka. Kesihatan anak2 memang diutamakan. Boleh kontek saya untuk order ya.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Boleh hubungi saya kakzakie. 0122195919

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sama2 puan, boleh share info ya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      semuanya untuk kesihatan kita yang terbaik

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh cuba set puasa shaklee puan, memang mencabarlah puasa kali ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge