Call nowWhatsapp

Apa beza Eat Clean dengan diet detox?

Ramai yang beritahu saya, mereka keliru antara eat clean dengan diet detoks. Tentu bukan mereka sahaja, bahkan anda pun mungkin ada yang belum faham. Betul tak? Jom kita fahami konsep dulu ya.

Apakah Eat Clean

Eat clean dalam bahasa mudahnya adalah makanan dalam bentuk yang paling asli, menjalani pemprosesan yang minima, serta tidak menggunakan bahan-bahan sintetik. Makan dengan cara sihat cukup semua makronutrien dan mikronutrien dengan 6 hidangan setiap hari.

Contoh, kalau kita beli roti, cuba check bahan-bahannya. Macam-macam bahan yang sukar juga kita faham, justeru memang bukan eat clean.

Salah faham tentang eat clean

Salah faham tentang eat clean

Tapi kalau kita buat sendiri, kita cuma guna tepung, garam, gula, yis, air. Tepung pula ambil yang unbleached & organik, garam dan gula guna sedikit sahaja, manakala air pula yang ditapis dengan Get Clean Water Pitcher. Ini baru disebut sebagai eat clean.

Diet detoks

Detox diet pula adalah makanan yang membantu proses pengeluaran bahan yang tidak diperlukan dalam badan kita.

Contohnya kita hendak bersihkan usus, kita makan berkonsepkan fiber supaya usus kita boleh bekerja dengan lebih senang untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tersangkut dalam usus kita.

Kenapa kita perlu amalkan detoks

Kenapa kita perlu amalkan detoks

Kebaikan Diet Detox

Antara kebaikan yang diperoleh hasil daripada diet detox adalah:

  • Lebih banyak tenaga dan kurang lesu
  • Sistem imun yang lebih kukuh
  • Pembakaran lemak semakin baik
  • Kehilangan berat badan yang cepat
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih muda

Sambil-sambil buat diet detoks, anda boleh amalkan eat clean. Eat clean ini kalau boleh buatlah selalu, supaya badan kita sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Almaklum penyakit sekarang ini memang tidak lain tidak bukan datangnya daripada perut kita. Justeru faktor pemakanan kena diambil berat sekarang ini.

Cadangan Untuk Kedua-dua Eat Clean dan Diet Detox

Sejak Shaklee umumkan pelan detoks, saya antara peserta pilot yang menyertai program ini. Sebagai seorang pengedar kita hendaklah sertai dulu, kan. Kita rasa kesannya lebih dahulu daripada orang lain dan ini membantu memudahkan untuk membantu orang lain pula detoks.

Jadi sudah lebih sebulan saya sertai program detoks bersama-sama eat clean, jumlah pengurangan berat badan sekitar 3kg dalam tempoh sebulan!

Masa balik kampung minggu lepas memang agak ke laut juga pemakanan saya. Tapi alhamdulillah berat tidak naik, malah turun pulak! Best ke best?

InsyaAllah dalam posting berikutnya saya akan kongsikan kepada anda pengalaman saya mengamalkan set detoks Shaklee bersama-sama eat clean.

Bagi mengelakkan tubuh rebounce selepas anda diet, adalah penting anda amalkan detoks

Bagi mengelakkan tubuh rebounce selepas anda diet, adalah penting anda amalkan detoks

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)