Saya nak menang gold coin 0.5g dari blog puanbee.com

By | 22 April 2016
giveaway puan bee

Selalu juga saya update pasal emas kan. Kali ini sebab teruja dengan perkongsian blogger Puan Bee, saya hendak sertai peraduan yang beliau buat.

giveaway puan bee

giveaway puan bee

Saya dan emas

Rasanya mungkin sebab saya ini asal Kelantan, jadi mak saya memang biasakan kami pakai emas sejak kecil. Dulu ingat lagi situasi seperti ini mesti kena pakai barang kemas:

  • balik kampung
  • hari raya
  • hadiri kenduri
  • jalan-jalan

Dulu kecil mak pakaikan, bila dah remaja dan dewasa mak akan ingatkan supaya pakai.

Saya kurang pakai emas sejak beranak pinak. Bukan tidak suka, tetapi saya risau:

  • terkena dan akan melukai anak-anak saya (terutamanya rantai tangan)
  • anak-anak tarik emas – manalah tahu nanti rosak pula emas saya

Emas yang saya selalu pakai biasanya rantai tangan. Cincin jarang pakai sebab jari gemuk, jadi susah hendak cari saiz. Saya bila pakai barang kemas memang sentiasa pakai, tidak reti hendak off bila di rumah atau tidur. Sebab itu saya jarang pakai rantai leher, sebab tidur nanti terjerut. Hahah

Lagipun bila hendak bersalin, mesti kena buka semua barang kemas kan, jadi lepas sudah dibuka memang lupa langsung hendak dipakai semula.

Tapi sekarang ini sejak akhir tahun lepas, saya mula pakai semula. Sebab saya baca banyak perkongsian berkaitan emas dan ilmu berkaitan emas pun banyak juga sekarang ini.

Perkembangan Selama 6 bulan ini

Saya menabung duit RM20, jadi hasil tabungan saya buat beli emas goldbar dan dinar. Setakat 6 bulan ini banyak juga saya sudah beli, beli sikit-sikit jadi memang banyaklah kan.

Selain beli guna duit tabung, saya juga keluarkan sikit duit Tabung Haji saya untuk beli barang kemas.

Rantai tangan pandora inspired, belum beli charms

Rantai tangan pandora inspired, belum beli charms

Hajatnya hendak beli untuk si kecik saya, insyaAllah ada rezeki bolehlah. Setakat ini baby Sarah pun sudah ada barang kemas sendiri. Cuma jarang pakai sahaja.

Satu lagi, saya sudah pandai buat urusan pajak. Saya sengaja guna barang kemas saya 2 bulan lalu untuk pajak. Duit yang ada saya gunakan sebagai modal bisnes saya. Alhamdulillah dalam 2 bulan boleh tuntut semula dah barang kemas saya.

Bestkan emas ini, saya memang suka. Anda bagaimana?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

36 thoughts on “Saya nak menang gold coin 0.5g dari blog puanbee.com

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul juga tu, pandang pahala dari zakat kita nak rebut. thanks bagi idea juga kepada saya HB

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang banyak cikgu, semoga saya ada peluang menang

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu DT, menabung emas seronok juga

      Reply
  1. Si Cantik Matahari

    menarik ceritanya.. yerlah betul tu.. dulu2 kalau mak suruh pakai emas mesti time2 yg tertentu je.. meriah bling bling… Salam kenal… saya pun dh join contes puanbee.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge