Call nowWhatsapp

Perlukah Saya Detoks?

Bila orang bercakap tentang detoks, saya jarang ambil kisah. Sebab saya rasa saya cukup sihat. Saya belum berada di atas katil hospital. Apa nak kisah?

Hmm, betul ke? Korang pun macam tu jugak?

Kenapa kita perlu detoks

Kenapa kita perlu detoks

Harini saya nak kongsikan checklist untuk saya dan kawan-kawan. Check diri adakah kita perlu detoks. Jika kita mengalami salah satu perkara dibawah, itu tanda badan kita bertoksik – KITA PERLU DETOX.

Jom baca dan tick!

Adakah saya dan anda :

  1. Kerap tidak membuang air besar lebih dari sehari
  2. Minum kurang dari 3 gelas air kosong
  3. Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
  4. Sering ada lingkaran hitam bawah mata
  5. Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
  6. Berat badan berlebihan
  7. Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
  8. Mulut / Nafas Berbau
  9. Letih berterusan, rasa lembap dan lesu
  10. Mudah terkena SELESEMA
  11. Menghadapi masalah ALERGIK
  12. Sukar untuk FOKUS
  13. Makan daging lebih dari 2 kali sehari.
  14. Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari
  15. Mengalami Ekzema, jerawat atau Psoriasis

Apakah Toksin

Toksin ialah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Terdapat 2 jenis toksin iaitu toksin dari luar dan toksin dari dalam.

1. Toksin dari dalam

Terdapat beberapa faktor penyebab toksin daripada dalam berkumpul di dalam badan anda. Di antaranya:
Tanda badan anda penuh dengan toksin

Tanda badan anda penuh dengan toksin

a. Aktiviti sel

Contoh aktiviti sel adalah seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan. Tapi badan kita sememangnya hebat, ia boleh meneutralkan benda-benda ini tanpa bantuan pihak luar.

b. Makanan yang tidak tercerna

Pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia.
Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, kesemua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus.

c. Gangguan emosi dan stress

Stress dan gangguan emosi menyebabkan imun sistem kita jadi rendah. Bila imun sistem rendah, inilah yang menyebabkan kita mudah jatuh sakit dan mendapat macam-macam penyakit.

2. Toksin daripada luar badan

Toksin daripada luar badan ada macam-macam juga. Antaranya

a. Makanan yang tidak berkhasiat

Contohnya pengawet, MSG, pewarna dan perasa tiruan dan macam-macam lagilah.

b. Buah dan sayur yang tinggi bahan toksin

Contohnya zaman sekarang penggunaan bahan racun serangga semakin tinggi. Selain itu produk GMO turut mengundang kadar toksin yang tinggi dalam bahan makanan kita.

c. Asap

Contohnya asap daripada kenderaan, kilang dan lain-lain lagi. Kita di Malaysia perlu tambah juga faktor jerebu.

d. Pakaian

Sesetengah orang bertanya kenapa pakaian pun dianggap bertoksik? Ini kerana penggunaan pencuci yang mengandungi toksik menyebabkan pakaian kita pun sama bertoksik.

5) Bahan kosmetik

Bahan-bahan kosmetik sememangnya tinggi dalam kadar bahan kimia. Ini belum termasuk bahan kimia yang berbahaya yang anda tidak tahu terkandung di dalam produk yang anda gunakan seharian.

Program Detox Shaklee

Bermula April 2016, Shaklee Malaysia telah memperkenalkan program 3 bulan Jom Detox. Sebenarnya program seumpama ini telah pun diperkenalkan di Shaklee HQ (US), dan mereka sebenarnya telah memperoleh data dan maklumat berkenaan hasil program ini. Nanti saya sudah dapat maklumatnya saya akan buat posting berkenaannya.

Set Detox Shaklee bukan sahaja membuang parasit (cacing) dalam badan malah membuang segala toksin yang telah lama terkumpul dalam tubuh badan. Kiranya cuci satu badan gitu.

Detoks sangat penting sebelum anda merawat sesuatu penyakit

Detoks sangat penting sebelum anda merawat sesuatu penyakit

Sistem penyingkiran semulajadi badan anda meneutralkan dan menapis toksin keluar untuk memastikan anda sihat. Ada beberapa organ untuk detox, antaranya:

  • Kolon- mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria
  • Buah pinggang- menapis kotoran dalam darah
  • Hati- menapis racun dan bakteria dalam darah
  • Limfa- mengeluarkan toksin daripada sel badan
  • Peparu- mengeluarkan gas seprti karbon dioksida
  • Kulit- mengeluarkan toksin berlebihan melalui peluh dan liang roma

Dalam Set Detox Shaklee, terdiri daripada:

Ayuh sertai kempen jom detoks Shaklee

Ayuh sertai kempen jom detoks Shaklee

1. Vivix

Untuk detox darah. Vivix memperbaiki penghadaman, membantu pemberbaharui dan memberi tenaga kepada sel

2. Herblax

Herblax berfungsi untuk detox usus dan mencuci usus besar. Di samping itu, Herblax merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

3. Peppermint Ginger Plus

Peppermint berfungsi untuk membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, bagus untuk sistem pernafasan (paru-paru, salur pernafasan), mencuci paru-paru, melegakan perut yang sebu atau berangin, membantu tubuh menyerap nutrien, buang angin.

4. DTX Complex

DTX Complex adalah untuk detox hati, buah pinggang dan penghadaman. Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa pula berfungsi untuk detox seluruh badan. Mencuci hati, darah dan usus – Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Selain mendapat produk yang dibeli, dengan pembelian Set Detox, anda akan mendapat:

  1. dapat FREE MEMBERSHIP! (Anda jimat RM69)
  2. PERCUMA beg ekslusif #LiveAmazing
  3. Bonus pertama Shaklee anda bernilai RM30++
  4. Mendapat akses kepada grup istimewa kami yang fokus untuk detox (FB page dan whatsapp)

Saya pun sedang detox sekarang ini, ayuh sertai kami ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)