Call nowWhatsapp

Minyak Ikan Bantu Mengurangkan Gejala Autism

Sebelum ini ada juga saya kongsikan beberapa suplemen yang sesuai untuk anak-anak mengalami masalah autisme, ADHD dan lain-lain bagi kanak-kanak istimewa. Namun perkongsian kali ini saya ingin sebutkan berkenaan bagaimana minyak ikan membantu mengurangkan gejala autisme.

Apakah Autisme

Statistik Autisme

Statistik Autisme

Autisme adalah gangguan neurologi yang didiagnosis pada kanak-kanak dan mempunyai ciri-ciri kesukaran sosial interaksi, keabnormalan komunikasi, tingkah laku berulang-ulang dan terhad. Dianggap sebagai “spektrum gangguan,” autisme boleh menyerang kanak-kanak pada berbeza-beza tahap.

Biasanya autisme menyerang kira-kira 1 dalam 110 orang kanak-kanak di US. Di Malaysia pula, pada tahun 2004, terdapat kira-kira 140 ribu kanak-kanak berusia 6 hingga 21 tahun telah didiagnos dengan autisme, iaitu peningkatan sebanyak 83% dalam tempoh 10 tahun (sejak 1994).

Autisme adalah sukar dirawat, bagaimanapun jika dapat didiagnos lebih awal, adalah lebih baik. Biasanya doktor akan merawat anak anda dengan kaedah psychology, fisioterapi dan juga akan mencadangkan sekolah-sekolah yang baik bersesuaian dengan keadaan anak.

Ciri-ciri Kanak-kanak Austime

Beberapa ciri-ciri kanak-kanak dengan autisme, seperti berikut:

Lebih awal diagnos autisme, meningkatkan peluang anak mendapat rawatan lebih pantas

Lebih awal diagnos autisme, meningkatkan peluang anak mendapat rawatan lebih pantas

1. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan pelakuan

Suka melakukan perkara yang sama secara berulang-ulang dan sukar menerima perubahan, mereka juga suka terhadap perkara yang pelik contohnya terlalu minat dengan objek berputar. Kanak-kanak autisme sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi sehingga menyebabkan mereka menunjukkan perlakukan di luar kawalan.

2. Tidak boleh berkomunikasi

Sukar memulakan percakapan, jika berbual hanya satu pihak yang paham

3. Tidak mampu bersosial

Kanak-kanak autisme tidak menghiraukan orang lain dan tidak menunjukkan minat terhadap orang sekeliling.

4. Masalah tingkah laku.

Kanak-kanak autisme suka mengasingkan diri dan bersikap pasif.

Minyak ikan penawar autisme?

Sebenarnya penggunaan suplemen pada masa ini sangat penting untuk membantu meningkatkan kesihatan. Bagi kanak-kanak pula, turut penting terutama mereka masih mempunyai sistem imun yang rendah. Bagi masalah autisme pula ada cakap-cakap mengatakan minyak ikan baik sebagai penawar autisme. Anda boleh merujuk kepada doktor anak anda sekiranya ingin mengambilnya.

Minyak ikan perbaiki pola tidur dan tingkatkan fokus anak autisme

Minyak ikan perbaiki pola tidur dan tingkatkan fokus anak autisme

Bagaimana Minyak Ikan Membantu Mengurangkan Gejala Autisme

Terdapat kajian Dr Gordon Bell daripada Universiti Stirling, Scotland menyebutkan bahawa terdapat hubungan di antara kekurangan asid lemak omega 3 dengan autisme. Dr Bell menyatakan daripada 55 kanak-kanak autisme, 65% daripada mereka mengalami simptom kekurangan asid lemak omega 3.

Bagi seorang Neuroscientist Dr Alex Richardson pula turut berpendapat terdapat bukti hubungan di antara kekurangan asid lemak omega 3 dengan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan dyspraxia. Justeru menambahkan asid lemak omega 3 dalam makanan dan suplemen kanak-kanak ini mempunyai peluang yang baik untuk membantu mengurangkan gejalanya.

Jika diteliti, ada beberapa aspek minyak ikan dapat membantu gejala autisme. Antaranya

  • Memperbaiki pola tidur
  • Meningkatkan fokus

Asid lemak omega 3 adalah penting untuk pembangunan dan fungsi otak. Pada tahun 2011 satu kajian perintis yang dibiayai oleh Autisme Speaks dilakukan kepada 27 kanak-kanak dengan peringkat umur 3 hingga 8 yang telah disahkan menghidap ASD dan hiperaktif.

Beberapa kanak-kanak telah diberikan 1.3 gram omega -3 asid lemak setiap hari dalam secawan puding dan terdapat beberapa kanak-kanak lain yang diberikan puding tanpa asid lemak omega 3. Sepanjang 12 minggu, mereka yang menerima asid lemak omega 3 menunjukkan peningkatan lebih ketara pada tahap hiperaktif dengan peningkatan sebanyak 2.7 vs 0.3 mata pada Aberrant Behavior Checklist (www.autismspeaks.org)

Adalah penting bagi pesakit dan keluarga untuk memahami bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam kualiti pelbagai jenis asid lemak omega 3 yang terdapat di farmasi.

Mengapa Omega Guard Terbaik Sebagai Suplemen Asid Lemak Omega 3

Minyak ikan membantu perkembangan fungsi otak

Minyak ikan membantu perkembangan fungsi otak

Antara keistimewaan Omega Guard sebagai suplemen asid lemak omega 3 anda adalah:

  1. Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~ Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega -3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan.
  2. Minyak ikan paling tulen di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll. DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
  3. Mengandungi 99% minyak ikan – 1 biji Omega Guard mengandungi kandungan 99% minyak ikan, berbanding jenama lain yang mengandungi lemak ikan yang lebih. Dengan kandungan minyak ikan, khasiatnya adalah paling tinggi kepada kita.
  4. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackarel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berikut adalah testimoni yang saya dapati bagi pengambilan omega guard untuk gejala autisme.

Testimoni mengurangkan gejala autismedengan omega guard

Testimoni mengurangkan gejala autismedengan omega guard

Kesimpulan

Tidak salah untuk kita berikhtiar, pengambilan minyak ikan sejak dari alam rahim lagi sebenarnya sangat membantu kanak-kanak untuk membesar sihat. Jemput juga baca lanjut tentang pengalaman seorang ibu dengan anaknya autisme selepas pengambilan minyak ikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)