Khidmat Spa Bergerak Di Setapak dan Wangsa Maju

By | 25 April 2016
Perkhidmatan Spa Bergerak Wangsa Maju dan Setapak

Mutaakhir ini perkhidmatan bergerak semacam sudah menjadi satu trend yang popular. Ramai menjadikan khidmat bergerak, contohnya spa bergerak sebagai satu pilihan. Ini kerana perkhidmatan seperti ini memberikan:

  • Penjimatan masa
  • Menjimatkan kos minyak, tol dan parkir untuk ke pusat spa
  • Memudahkan ibu-ibu membuat facial tanpa perlu mengetepikan anak-anak
  • Memudahkan ibu-ibu terus berada di rumah sambil menjaga anak-anak

Yang penting, apa yang membezakan perkhidmatan kami berbanding lain-lain spa bergerak adalah:

  • Produk yang digunakan adalah terbukti secara klinikal, selamat dan semulajadi
  • Penjagaan peralatan spa yang bersih dan disinfektan
  • Kemahiran agen kami dan pengalaman
  • Penggunaan peralatan spa yang canggih dan terkini

Justeru sentiasalah menjadikan #mokcun sebagai pilihan anda bagi perkhidmatan spa bergerak.

Perkhidmatan Spa Bergerak Kini di Wangsa Maju dan Setapak

Alhamdulillah sekarang ini projek #mokcun yang saya usahakan sebelum ini telah pun mempunyai beberapa orang agen. Salah seorangnya adalah Puan Wani bagi kawasan Wangsa Maju dan Setapak

Puan Wani memiliki belasan tahun pengalaman dalam bidang spa sebenarnya. Malah beliau sebelum ini merupakan bekas tenaga pengajar pusat kecantikan yang diusahakan oleh ibunya. Namun atas sebab tertentu, pusat kecantikan tersebut terpaksa ditutup.

Namun disebabkan beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran, beliau telah menyertai keluarga #mokcun untuk membuat perkhidmatan spa bergerak. Kawasan yang beliau fokus adalah Wangsa Maju dan Setapak. Namun disebabkan beliau melakukan ini secara sepenuh masa, kawasan lain pun masih boleh dipertimbangkan. Beliau mengenakan sekitar RM10-15 untuk kos pengangkutan.

Antara rutin dalam spa yang beliau kendalikan adalah:

  • Urutan
  • Cleanser
  • Scrub
  • Steam
  • Extraction
  • Masker
  • Toner
  • Moisturiser
  • Whitening

Dengan kepakaran beliau selama berbelas tahun insyaAllah pelanggan tentu akan berpuas hati dengan perkhidmatan spa bergerak yang beliau kendalikan.

Bagi anda yang berada di lokasi berhampiran Wangsa Maju dan Setapak, bolehlah hubungi beliau untuk membuat temujanji.

Perkhidmatan Spa Bergerak Wangsa Maju dan Setapak

Perkhidmatan Spa Bergerak Wangsa Maju dan Setapak

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

24 thoughts on “Khidmat Spa Bergerak Di Setapak dan Wangsa Maju

    1. Raihanah Ahmad Post author

      sekarang bisnes camtu lebih disukai untuk kurangkan kos kepada pengguna

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau ada agen di shah alam saya bagitahu nanti insyaAllah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh tanya juga puan wani ni, cuma kalau lebih 5 km tu dia ada caj duit minyak je la cik

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sekarang smua pun nak buat di rumah. kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mempermudahkan pelanggan tanggungjawab bersama

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah tujuannya, memudahkan pelanggan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau kat Malaysia bolehlah datang cuba ya

      Reply
  1. Nor Azimah Ali

    Pernah dgr juga pasal spa bergerak ni, in shaa Allah kalo jumpa yg dlm kemampuan tingin juga nk cuba.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kita buat ni pun average price je cik, nanti cubalah call puan wani ya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge