Vitamin Sesuai Untuk Anak Berumur Satu Tahun

By | 15 March 2016
vitamin sesuai untuk anak berumur satu tahun

Mungkin ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, apakah vitamin yang sesuai untuk diberikan kepada anak sebaik sahaja anak menginjak usia satu tahun. Anak bongsu saya, Sarah genap berumur 1 tahun baru-baru ini. Bila umur 1 tahun, bagi ibu akan rasa sedikit lega. Sebabnya banyak vitamin yang sudah boleh diberikan kepada anak dan pilihan pula luas.

Ciri-ciri anak berumur satu tahun

Bagi bayi berumur satu tahun, mereka kebanyakannya mempunyai ciri-ciri dan perkembangan berikut:

Perkembangan anak usia setahun

Perkembangan anak usia setahun

1. Perkembangan Fizikal

Berat bayi anda telah mungkin tiga kali ganda sejak lahir. Pada usia setahun, bayi juga telah berkembang sebanyak 50% dari segi panjang / tingi iaitu kira-kira kira-kira 9 hingga 11 inci. Otak mereka pula kira-kira 60% daripada saiz dewasanya. Selepas usia setahun, berat badan bayi akan mula perlahan apabila tahap aktiviti beliau bertambah, lebih-lebih lagi jika sudah pandai berjalan.

2. Kemahiran Motor Kasar

Anak berusia setahun kebanyakannya akan mula pandai berjalan. Mereka juga sudah pandai membuat bebrapa perkara dengan sendirinya seperti makan dengan jari mereka, membantu ibu bapa untuk berpakaian dan menyelak buku cerita. Bayi pada usia ini sudah ingin menggunakan barangan harian dengan betul contohnya sudu, telefon, dan sikat rambut. Walaupun tugas ini mereka laksanakan dengan tidak sempurna namun mereka memang mempunyai niat yang betul.

3. Tidur

Pada usia setahun, bayi akan mengurangkan masa tidur siang mereka. Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini masih memerlukan tidur petang, tidur pagi mungkin sudah tidak diperlukan bagi mereka.

4. Pemakanan

Pada umur setahun, bayi masih memerlukan susu untuk lemak tambahan untuk pertumbuhan otak yang sihat dan pembangunan. Bagi bayi yang menyusu ibu, teruskan penyusuan anda sehingga usianya setahun. Namun begitu pada usia setahun anda boleh memperkenalkan kepada susu formula atau susu segar.

Pada usia setahun juga, bayi anda akan lebih banyak makan pejal. Hati-hati dengan makanan yang boleh menyebabkan tercekik seperti bebola ikan/ayam, popcorn dan lain-lain. Sentiasa pastikan anda atau penjaga berada berhampiran anak anda ketika masa makan mereka. Pada usia setahun, anda sudah boleh memberinya makanan mengandungi madu.

5. Komunikasi

Perbendaharaan kata bayi anda berkembang dengan cepat. Anda mungkin akan mendengar beberapa perkataan, seperti “Mama”, “Dada,” “tidak,” atau “uh-oh” lebih kerap. Kanak-kanak pada usia ini belajar bahasa dengan meniru ucapan ibu bapa mereka, jadi ibu bapa harus jaga perkataan anda.

Bayi juga akan menjadi lebih sosial. Mereka mula memahami apa yang orang katakan kepada mereka, dan mereka menggunakan kemahiran bahasa baru mereka untuk mendapatkan perhatian. Mereka juga akan bertindak balas kepada permintaan mereka yang tidak ditunaikan. Sentiasa tegas dan pandai-pandailah uruskan situasi ini.

Bayi anda akan lebih suka orang-orang tertentu sekarang. Anda boleh melihat dia menjadi malu atau cemas di sekitar orang yang tidak dikenali, dan berpaut kepada anda apabila anda cuba meninggalkannya.

Tips Untuk Bayi Satu Tahun

  • Kanak-kanak pada usia setahun suka meneroka. Ibu bapa boleh menyediakan banyak peluang untuk penerokaan selamat.
  • Jika anak anda pandai dan suka memanjat, fikirkan kaedah dan perkakasan yang selamat untuk mereka.
  • Sentiasa pastikan anak anda dapat membuat lawatan ke klinik berhampiran, terutama sekali untuk mendapatkan vaksin sesuai untuk usianya.
  • Pastikan rumah anda selamat daripada bahan-bahan yang boleh mencederakan mereka.

Vitamin Sesuai Untuk Anak Berumur Satu Tahun

Bila Sarah berumur satu tahun baru-baru ini, saya sedikit lega sebab dari segi pemberian suplemen dan vitamin, Sarah tidak lagi bergantung sepenuhnya pada saya (melalui susu ibu). Sebaliknya pada usia satu tahun, Sarah telah boleh mengambil beberapa jenis suplemen dengan sendirinya.

Mengapa suplemen dan vitamin penting untuk bayi dan kanak-kanak? Menurut Jabatan Kesihatan US, mereka mencadangkan kanak-kanak dan bayi berusia 6 bulan ke atas diberikan vitamin dan suplemen yang bersesuaian, terutama vitamin A, C dan D.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi seperti vitamin A, C, D, Zat Besi dan Kalsium

Kebanyakan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi seperti vitamin A, C, D, Zat Besi dan Kalsium

Ini kerana, selari dengan perkembangan kanak-kanak dan pemakanan, selalunya kanak-kanak ini tidak mendapat vitamin A dan C yang mencukupi. Kanak-kanak juga sukar mendapatkan vitamin D melalui pemakanan sahaja. Bukan sahaja sukar, bahkan pemakanan zaman sekarang semakin kurang nutrisi disebabkan oleh masalah penggunaan racun, tanah yang semakin kurang zat dan proses-proses penghasilan makanan menyebabkan makanan semakin kurang nutrisi.

Vitamin dan Suplemen Yang Diperlukan Kanak/kanak dan Bayi Berumur Satu Tahun Ke Atas

1. Vitamin A

Kepentingan vitamin a kepada bayi dan kanak-kanak

Kepentingan vitamin a kepada bayi dan kanak-kanak

Vitamin A adalah penting untuk bayi dan kanak-kanak. Ia menguatkan sistem imun, membantu dalam penglihatan di waktu malam, dan mengekalkan kulit yang sihat. Sumber yang baik vitamin A termasuk:

  • Produk tenusu
  • Lobak merah, ubi keledek, swede dan mangga (makanan berwarna oren, jingga dan merah)
  • Sayur-sayuran hijau gelap, seperti bayam, kubis dan brokoli

2. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk menguatkan sistem imun kanak-kanak

Vitamin C sangat penting untuk menguatkan sistem imun kanak-kanak

Vitamin C adalah penting untuk kesihatan anak anda dan sistem imun mereka. Ia juga boleh membantu tubuh mereka menyerap zat besi. Sumber yang baik vitamin C termasuk:

  • Oren
  • Buah kiwi
  • Strawberi
  • Brokoli
  • Tomato
  • Lada

3. Vitamin D

Vitamin D yang kurang akan menyebabkan risiko kepada kanak-kanak dan bayi

Vitamin D yang kurang akan menyebabkan risiko kepada kanak-kanak dan bayi

Vitamin D biasanya terdapat di dalam makanan seperti ikan berminyak dan telur. Sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari pada waktu pagi.

Namun begitu, berjemur terlalu lama juga tidak baik untuk kanak-kanak. Apatah lagi zaman sekarang ini sinaran UV (A, B dan blueray) sangat berbahaya kepada kita, terutama kanak-kanak.

Semua bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun perlu mengambil makanan tambahan harian yang mengandungi vitamin D, dalam bentuk vitamin. Ini membantu mereka untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan bagi kumpulan umur ini 7-8,5 mikrogram (mcg) vitamin D setiap hari.

Jika anda menyusukan bayi anda, seeloknya anda sendiri mendapatkan khasiat vitamin D melalui vitamin dan suplemen.

4. Minyak Ikan Omega 3

Minyak ikan membantu dari segi perkembangan otak, kulit yang sihat dan sistem imun yang kuat

Minyak ikan membantu dari segi perkembangan otak, kulit yang sihat dan sistem imun yang kuat

Pakar-pakar menyatakan minyak ikan mengandungi asid lemak Omega 3 (terutama dengan DHA dan EPA) yang mana sangat penting untuk otak dan mata pembangunan anak-anak anda. Biasanya ikan yang mengandungi khasiat tinggi omega 3 adalah ikan laut sejuk yang mana biasanya tidak terdapat di negara kita.

Secara umum, ia adalah lebih baik jika anak-anak boleh mendapatkan nutrien daripada makanan – dengan cara itu mereka akan mendapat manfaat daripada nutrien lain dalam makanan pada masa yang sama. Tetapi kemungkinan anak-anak anda kurang makan ikan yang betul untuk memberi mereka dos besar omega-3, terutamanya jika anda cuba untuk mengelakkan ikan yang tinggi kandungan merkuri (ikan laut sejuk terdedah kepada kandungan merkuri yang tinggi).

Nutrien EPA dan DHA penting untuk kesihatan otak pada setiap peringkat kehidupan

Nutrien EPA dan DHA penting untuk kesihatan otak pada setiap peringkat kehidupan

Kecuali anak-anak anda makan sekurang-kurangnya satu hidangan seminggu ikan berlemak seperti salmon atau sardin, mereka mungkin akan perlu untuk mendapatkan omega-3 daripada suplemen.

Bagi kanak-kanak, asid lemak omega 3 dapat membantu terutamanya dari segi:

  • Omega 3 mengurangkan keradangan dalam saluran udara peparu, jadi mengurangkan serangan asthma dikalangan kanak-kanak
  • Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan penglihatan 
  • Mengurangkan radang kepada kulit, justeru sangat sesuai buat kanak-kanak dengan masalah kulit seperti ekzema

Cadangan Vitamin Dan Suplemen Untuk Bayi / Kanak-kanak Berumur 1 Tahun

Ada beberapa suplemen dan vitamin yang selamat diambil oleh bayi dan kanak-kanak sebaik sahaja mereka menginjak usia setahun. Inilah juga yang saya mula berikan kepada Sarah bermula baru-baru ini selepas hari lahirnya yang pertama.

1. Mealshake

Paling utama dan penting adalah pengambilan Mealshake. Mudah sahaja cara mengambilnya, hanya campurkan dalam susunya atau campuran air kegemarannya. Rasa dan baunya yang menarik membuatkan kanak-kanak sukakannya.

Mealshake mengandungi 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh anak-anak

Mealshake mengandungi 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh anak-anak

Kenapa Mealshake baik dan penting untuk anak anda:

  • Mealshake adalah lengkap dengan 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
  • Merupakan minuman multivitamin perasa vanila tanpa pewarna dan perasa tiruan.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang penting untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Kaya dengan protein untuk membantu menyihatkan sel-sel badan.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium sebagai sumber antioksidan.
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap dan zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat dan sistem saraf yang sihat.

2. Omega Guard

Walaupun Omega Guard adalah sejenis minyak ikan dan mungkin adalah pilihan untuk diambil, namun bagi saya sendiri, anak-anak perlukan minyak ikan. Ini kerana mungkin seminggu sekali pun mereka tidak mengambil hidangan ikan. Ikan pula bukan ikan sebarangan, tetapi ikan yang mengandungi khasiat asid lemak omega 3, terutama ikan yang berminyak.

Keistimewaan Omega Guard:

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. DHA penting untuk penglihatan, sementara EPA penting untuk fokus, fungsi otak dan IQ.

Omega Guard diekstrak daripada minyak ikan laut sejuk dan bukannya daripada minyak hati ikan menjadikannya 3x lebih tumpat daripada minyak hati ikan.

Khasiat Omega 3 untuk kanak-kanak dan bayi

Khasiat Omega 3 untuk kanak-kanak dan bayi

3. Vita C Chewable

Sekiranya anak anda telah pandai mengunyah, boleh pertimbangkan juga pengambilan Vita C Chewable. Sekiranya masih belum pandai, cukup sekadar dengan Mealshake dan Omega Guard sahaja.

Vita C Chewable membantu meningkatkan sistem imun anak-anak

Vita C Chewable membantu meningkatkan sistem imun anak-anak

Antara kebaikan pengambilan vitamin C untuk kanak-kanak adalah:

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg

Secara keseluruhannya, saranan saya, cubalah bajetkan sebahagian perbelanjaan kita untuk kesihatan anak-anak dengan pengambilan vitamin yang dicadangkan di atas. Sekarang ini bermacam penyakit ada di sekeliling kita, dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat menyebabkan penjagaan kesihatan menjadi semakin penting.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Vitamin Sesuai Untuk Anak Berumur Satu Tahun

  1. Kakzakie Purvit

    Bila Hana nyatakan hal komunikasi kakak ingat dulu memula sebenarnya kakak nak anak-anak panggil umi/abi tapi anak sulung kakak perkataan pertama dia ma..ma.. pa..pa.. itu yg kakak dgn abg perasan diri dipanggil mama/papa hihi… terus kekal sampai sekarang..

    Dulu masa anak kakak baby tak kenal shaklee lagi jadi anak-anak kakak consume Amway.
    Kakzakie Purvit recently posted…25 things that make me happyMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Takpe ambil mana-mana suplemen pun, sebab pemakanan tambahan mmg perlu sekarang ni. Tapi kalau dapat shaklee lagi bagus sebab kualiti dan keberkesanannya.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      umur macam itu memang lasak, kena jaga2 dan prihatin selalu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      anak saya masam2 kurang suka, vitamin c chewable tu yang si bongsu je ambil setakat ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge