Telur Berdiri Semasa Gerhana

By | 13 March 2016
Tarikan graviti dijadikan penyebab mengapa telur boleh berdiri dengan sendirinya

Baru-baru ini berlaku gerhana, selain warga kita sibuk dengan amalan-amalan sunnah, ada juga sebahagian daripada mereka yang sibuk dengan eksperimen telur.

Fenomena telur berdiri semasa berlaku gerhana bukan perkara baru, ia telah berlaku beberapa kali setiap kali gerhana. Namun begitu tentu kita mahu tahu apakah penjelasan saintifik disebalik kejadian ini.

Penjelasan Saintifik Telur Berdiri Semasa Gerhana

Selain berlaku gerhana, telur juga berdiri apabila bulan berada dekat dengan bumi. Telur berdiri berlaku disebebkan kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.

Tarikan graviti dijadikan penyebab mengapa telur boleh berdiri dengan sendirinya

Tarikan graviti dijadikan penyebab mengapa telur boleh berdiri dengan sendirinya

Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur. Namun begitu, terdapat saintis yang berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Pada tahun 1947, seorang ahli fizik Ukichiro Nakaya membuat kajian bahawa telur sememangnya boleh diseimbangkan dengan mudah. Beliau mendapati bahawa cengkerang telur biasanya mempunyai banyak lebam kecil dan lubang-lubang kecil. Ini sememangnya membantu mengubah telur dalam arah yang berbeza, terutama di atas permukaan rata. Penemuan beliau ini telah ditiru oleh ahli astronomi Frank D. Ghigo daripada Universiti Minnesota pada tahun 1984.

Amalan Tradisi Masyarakat Cina

Bagi masyarakat Cina pula, dikatakan amalan telur berdiri berasal daripada mereka selepas Tahun Baru Cina dengan hari yang dinamakan Hari Lap Choon. Sama seperti gerhana, amalan ini adalah simbolik mengembalikan keseimbangan kepada dunia dengan isyarat kelahiran semula selepas musim kegelapan. Gerhana pula secara literalnya mengimbangkan hari dengan membahagikannya kepada bahagian yang sama kegelapan dan cahaya. Jika simbol kesuburan, telur, dapat diseimbangkan pada akhir semasa hari dibahagikan sama antara siang dan malam, ini adalah satu tanda bahawa semua alam ini adalah dalam suasana harmoni.

Masyarakat Cina mendakwa mereka yang paling awal memperkenalkan amalan telur berdiri

Masyarakat Cina mendakwa mereka yang paling awal memperkenalkan amalan telur berdiri

Kesimpulannya, boleh saja kita pun buat eksperimen ini sendiri. Anda boleh cuba seimbangkan telur dalam waktu-waktu berikut:

  • Hari-hari biasa
  • Hari dengan bulan paling dekat dengan bumi

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Telur Berdiri Semasa Gerhana

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya baru tahun tahun lepas. rupanya amalan orang cina

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sebab baru tahu kan. saya pun lupa masa tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge