Pendaftaran Tahun 1 Ambilan Sesi Persekolahan 2017 dan 2018 Telah Dibuka

By | 3 March 2016
Permohonan Ke Tahun Satu Sesi 2017 dan 2018

Mujurlah ada seorang rakan telah ingatkan saya berkenaan pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018. Dan mujurlah ia bermula 1 Mac 2016. Kali ini perlulah untuk daftarkan Faiz untuk tahun 1 bagi 2018. Cepat betul masa berlalu, tanpa sedar anak-anak sudah besar dan bersekolah semuanya. Sangat rugi rasanya kalau tidak punya banyak masa buat mereka 6 tahun pertama usia mereka. Semasa menulis ini, rasa rindu pula kepada anak-anak.

Perlu diingat, pendaftaran secara atas talian dibuka dari 1 Mac 2016 hingga 30 Mac 2016. Jadi cepat-cepatlah daftarkan anak-anak anda ya.

Cara Daftar Anak Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2018

1. Masuk ke laman web Sistem Pengurusan Atas Talian

Laman Web Rasmi untuk pendaftaran tahun 1 secara atas talian

Laman Web Rasmi untuk pendaftaran tahun 1 secara atas talian

2. Daftar sebagai pengguna

Jika anda belum berdaftar sebagai pengguna, klik Pengguna Baru dan ikuti langkah pendaftaran pengguna seperti di bawah.

Klik Pada Pengguna Baru

Klik Pada Pengguna Baru

 

Isikan borang yang disediakan dengan maklumat anda

Isikan borang yang disediakan dengan maklumat anda

Antara maklumat yang diperlukan adalah

  • Nama Penuh
  • No MyKad
  • No Telefon
  • Emel
  • Kata Laluan bagi akaun anda.

Bagi sistem ini, nama pengguna adalah menggunakan No Kad Pengenalan Anda.

3. Daftar Masuk

Jika anda telah berdaftar, masukkan No Kad Pengenalan anda serta Kata Laluan, seterusnya klik Daftar Masuk.

Klik Pada Pengguna Baru

Klik Pada Daftar Masuk

Anda akan dibawa masuk ke dashboard seperti dibawah. Jika anda skrol sikit ke bawah, terdapat 2 pilihan iaitu Sekolah Menengah Kawalan dan Pendaftaran Tahun Satu. Klik pada Pendaftaran Tahun Satu.

Pilih Pendaftaran Tahun Satu

Pilih Pendaftaran Tahun Satu

4. Pendaftaran Baru

Selepas masuk ke Pendaftaran Tahun Satu, terdapat 2 pilihan iaitu Permohonan Baru atau Semak Permohonan. Sekiranya anda baru hendak mendaftar, pilihlah Permohonan Baru Baru.

Klik Pada Permohonan Baru

Klik Pada Permohonan Baru

5. Permohonan Baru

Sila ikuti langkah-langkah permohonan Baru seperti di bawah:

a. Maklumat Murid

Masukkan No MyKid anak anda. Jika anda pilih No. Sijil Lahir, bolehlah masukkan nombor sijil lahir atau lain-lain dokumen.

Masukkan juga Negeri dan Jenis Sekolah yang dipilih. Klik pada Simpan.

Masukkan No MyKid anak anda

Masukkan No MyKid anak anda

b. Kemaskini Maklumat Anak

Sistem ini sebenarnya telahpun mempunyai database anak dan ibu bapa. Bila anda masukkan No. MyKid, maklumat lain tentang anak anda akan dijana secara automatik. Hanya anda perlu kemaskini status Tempat Kelahiran sahaja.

Kemaskini maklumat anak

Kemaskini maklumat anak

Setelah selesai, klik pada Simpan. Pop up seperti berikut akan dipaparkan.

Maklumat anak telah berjaya disimpan

Maklumat anak telah berjaya disimpan

c. Kemaskini maklumat ibu bapa

Seperti saya sebut diatas, maklumat ibu bapa telah ada di dalam sistem ini sebenarnya. Hanya anda perlu Cari No Kad Pengenalan anda dan suami/isteri dan klik Carian seperti di bawah.

Carian Maklumat Ibu Bapa

Carian Maklumat Ibu Bapa

Maklumat ibu bapa akan dipaparkan. Anda hanya perlu kemaskini mana yang berkenaan.

daftar anak tahun 1 sesi 2018 4

Kemaskini maklumat anda dan pasangan

Tekan Simpan

Klik Simpan apabila anda telah selesai mengemaskini maklumat

Klik Simpan apabila anda telah selesai mengemaskini maklumat

Pop up akan dipaparkan seperti ini.

Maklumat penjaga telah berjaya disimpan

Maklumat penjaga telah berjaya disimpan

d. Permohonan Sekolah

Anda perlu tahu apakah sekolah pilihan anda. Biasanya memang sudah tahu hendak sekolah yang mana. Jadi anda hanya masukkan maklumat sekolah berkenaan.

Masukkan maklumat sekolah

Masukkan maklumat sekolah pilihan

Tekan simpan, dan pop up seperti ini akan dipaparkan.

Maklumat sekolah pilihan berjaya disimpan

Maklumat sekolah pilihan berjaya disimpan

e. Perakuan

Akhir sekali adalah proses Perakuan. Baca balik semua maklumat yang anda masukkan, jika betul tekan Hantar. Jika perlukan kemaskini anda boleh semak kembali dan perbetulkan.

Proses perakuan

Proses perakuan

Hantar selepas anda berpuas hati dengan maklumat yang anda berikan

Hantar selepas anda berpuas hati dengan maklumat yang anda berikan

Apa Berlaku Selepas Ini

Selepas membuat permohonan, biasanya anda boleh menyemak kembali permohonan anda. Anda boleh batalkan permohonan atau anda boleh kemaskini.

Kemaskini atau batalkan permohonan

Kemaskini atau batalkan permohonan

Dalam tempoh 30 hari, anda hendaklah mencetak surat dan di bawa ke sekolah pilihan anda untuk pengesahan. Klik pada icon bertanda merah untuk mencetak surat. Sebelum ini, anda klik pada Kemaskini, barulah antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan.

Langkah-langkah yang anda harus tahu sehingga untuk mendaftar anak anda

Langkah-langkah yang anda harus tahu sehingga untuk mendaftar anak anda

Bila klik pada icon tersebut, surat akan dijana. Surat adalah seperti di bawah. Bolehlah anda bawa surat berikut ke sekolah pilihan anda untuk mendapatkan pengesahan.

Surat pengesahan sekolah

Surat pengesahan sekolah

Selepas proses ini anda hanya perlu tunggu surat pengesahan sahaja, biasanya sekolah akan telefon untuk anda ambil surat tersebut. Disebabkan Faiz akan masuk darjah satu pada tahun 2018, maka suratnya akan sampai pada tahun hadapan (hujung tahun).

Jadi jangan tunggu lama-lama ya, anda hanya ada tempoh 30 hari untuk mendaftarkan anak anda bagi sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor. Dan 14 hari untuk tempoh pengesahan di sekolah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

7 thoughts on “Pendaftaran Tahun 1 Ambilan Sesi Persekolahan 2017 dan 2018 Telah Dibuka

    1. Raihanah Ahmad Post author

      huhuh tp saya rasa bagus juga kalau seluruh negara boleh pakai, tapi tengoklah talian internet kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya register anak no 2. good luck MV

      Reply
  1. Hafizul

    Dengar pada kak ipar kata, kalau tak isi segera, memang tipis la anak dapat masuk sekolah.. Dekat selangor memang berebut la.. Alhamdulillah.. Anak sedara dah berjaya daftar..
    Hafizul recently posted…Kenanglah Yang Lama Agar…My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge