Baru-baru ini anak kedua saya, Faiz menderita sakit gusi. Faiz ini kalau fasal sakit memang automatik dia jadi seorang yang “defensive”. Selalu kata tidak, padahal sedang sakit. Saya faham sangat sebab Faiz memang seorang yang takut dengan ubat. Sebab inilah juga saya berusaha agar anak-anak sentiasa sihat dengan pengambilan suplemen.
Bila Anak Sakit Gusi
Dalam seminggu yang lalu, hari-hari juga tengok Faiz gosok-gosok gusinya. Bila ditanya Faiz hanya jawab tiada apa. Tapi memang saya perasan Faiz kurang makan. Di samping itu hari-hari juga dia mengadu sakit, tetapi bila saya sebut hendak ke klinik gigi, terus dikatanya tidak sakit. Jadi kami biarkan dulu, lagipun masih boleh tidur elok.
Namun, minggu lalu Faiz mula merengek dan menangis sukar tidur dan sekejap-sekejap bangun dan menangis. Jadi bila sudah ganggu tidurnya, saya mula berikan Faiz makan Nutriferon pada jam 2 pagi.
Saya memang gunakan Nutriferon macam emergency kit. Banyak kali saya guna, alhamdulillah tidak pernah menghampakan lagi. Kali ini bila sakit gusi pula.
Lepas ambil Nutriferon pada jam 2 pagi, Faiz terus tidur hingga pagi. Hari Ahad itu saya pastikan Faiz ambil Nutriferon lagi. Walaupun tiada lagi sakit saya cuba untuk kurangkan bengkak pula. Faiz ambil Nutriferon seharian Ahad itu. Selera makan pun kembali, gusi mula tidak sakit. Hari Isnin, bila klinik buka, doktor kata hanya bengkak sikit sahaja. Alhamdulillah.
Hujung minggu ini perlu juga ke klinik gigi untuk tampal gigi dan cabut gigi depan Faiz yang memang telah rosak. InsyAllah.
Saya memang rekemen Nutriferon harus ada dalam setiap rumah. Kegunaannya yang pelbagai sangat membantu kita dalam situasi terdesak. Antaranya:
- Demam, selesema dan batuk
- Segala macam bengkak seperti bengkak tonsil, atau gusi
- Sakit gigi
- Luka-luka
Dan pelbagai masalah lain. Cubalah, anda pasti teruja dengan pengalaman menarik ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Sakit gusi nie lebih kurang macam mimpi ngeri
Dunia Zumal recently posted…LE TOUR DE LANGKAWI 2016
ngeri untuk semua orang sebenarnya kan
jangankan budak..bapak budak pun sengsara kalau melibatkan sakit gigi dan gusi nie..
Hero Borneo recently posted…3 Rahsia Mudah Untuk Dicintai
betul2, sengsara weh. dah lama tak kena sakit gigi
kalau boleh elak..kasi buang jauh -jauh tu sakit gigi..
mrhanafi recently posted…Cuti Hari Kedua Yang Santai
betul tu, sakit weh
DT pon baru kena sakit gusi ni..
ada lagi gigi nak tumbuh ni.
tua tua pon nk tumbuh lagi ni.
haha
Datin Tyka recently posted…Macam Bermimpi-Mimpi
kalau umur masih muda, memang akan sakit juga sbb gigi bongsu nak tumbuh. DT masih muda la tu 🙂