Call nowWhatsapp

Baru-baru ini ada pelanggan hubungi saya berkenaan bayi beliau dengan keadaan seperti berikut:

  • Mempunyai masalah ekzema
  • Alahan kepada protein (andaian sendiri, belum merujuk kepada pakar)
  • Bayi berumur 9 bulan, tetapi keadaannya seperti berumur 2 bulan (kepala masih belum kuat, berat kurang dan perkembangan lambat dan tidak sesuai dengan umur sebenarnya.
  • Tidak mengambil vaksin

Saya menilai semua situasai. Pada pandangan saya perlulah beliau segera berjumpa doktor pakar berkenaan masalah bayinya itu. Saya sangat bimbang.

 

Kepentingan Protein Untuk Bayi dan Kanak-kanak

Protein diperlukan oleh semua orang untuk mengekalkan dan membaiki badan, bahkan ia amat penting untuk bayi dan kanak-kanak kerana protein menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka. Bayi dan kanak-kanak memerlukan protein lebih daripada orang tua dan orang dewasa disebabkan keperluan mereka untuk berkembang.

Bila bercakap tentang protein, ramai yang mungkin belum ambil berat tentang kepentingannya terutama kepada bayi dan kanak-kanak. Setiap sel dalam badan mengandungi protein, ia membentuk enzim yang diperlukan untuk tindak balas kimia dan 10 peratus daripada tenaga kanak-kanak datangnya daripada protein.

Kanak-kanak yang sihat dambaan ibu bapa

Kanak-kanak yang sihat dambaan ibu bapa

Protein yang dimakan akan dicerna kepada asid amino yang digunakan untuk membuat protein antaranya untuk membesar dan mengekalkan tulang, otot, darah, kulit, rambut dan organ-organ. Manusia memerlukan 22 asid amino, daripada 22 asid amino ini bayi dan kanak-kanak boleh membuat 13 asid amino dengan badan mereka sendiri dan selebihnya dan mesti didapati daripada makanan yang kaya dengan protein, seperti susu ibu, formula, daging, telur, produk tenusu dan kacang.

Kesan kekurangan protein boleh dilihat contohnya:

  • Melambatkan pertumbuhan dan pembangunan
  • Sistem imun menurun
  • Melemahkan jantung dan paru-paru
Kesan kekurangan protein kepada bayi dan kanak-kanak antaranya adalah sistem imun yang lemah dan tumbesaran yang kurang

Kesan kekurangan protein kepada bayi dan kanak-kanak antaranya adalah sistem imun yang lemah dan tumbesaran yang kurang

Mengapa bayi dan kanak-kanak perlukan protein

Protein adalah penting untuk bayi kerana berat badan bayi akan mengganda pada usianya 6 bulan. Susu ibu atau formula membekalkan semua protein keperluan protein bayi antara 4 hingga 6 bulan. Makanan pejal yang kaya dengan protein pula perlu ditambah bermula pada 6 hingga 8 bulan.

Menurut Universiti Ohio State Extension bayi perlu mendapatkan protein setiap hari kerana badan tidak menyimpan protein sebagaimana mereka dapat menyimpan lemak dan karbohidrat.

Bagi kanak-kanak 1-3 tahun pula protein adalah penting kerana berjalan memerlukan protein untuk otot kuasa, dan sel-sel otak memerlukan nutrien ini untuk kemahiran bertutur. Kanak-kanak pada usia ini memerlukan 0.55 gram protein setiap paun setiap hari. Banyak tumbuhan mempunyai protein tidak lengkap, tetapi gabungan tertentu boleh membentuk protein lengkap yang menyediakan semua asid amino yang diperlukan kanak-kanak.

Berikan protein kepada anak anda

Jelas daripada maklumat di atas, bayi dan kanak-kanak sangat perlukan protein. Sebab itu, pelbagai aspek harus diperhatikan agar bayi dan kanak-kanak mendapatkan khasiat protein dan asid amino mencukupi untuk kebaikan mereka. Antara aspek yang harus diperhatikan adalah:

Susu ibu / formula

Sekiranya bayi dan kanak-kanak masih menyusu, pastikan susu anda mempunyai kualiti yang baik dari segi kesemua vitamin dan mineral yang mereka perlukan. Dalam hal ini adalah protein. Walaupun susu sendiri adalah protein, namun pastikan juga protein yang lengkap dengan kesemua 22 zat asid amino.

Sebab itu saya pernah juga tuliskan mengapa ibu menyusu perlukan suplemen untuk menghasilkan susu. Bukan untuk memperbanyakkan susu semata-mata tetapi adalah untuk pastikan susu adalah berkualiti untuk bayi anda.

Ini kerana bayi sangat bergantung kepada susu untuk mendapatkan khasiat untuk badannya.

Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak

Bagi bayi lebih 6 bulan mereka telah bersedia untuk makan. Justeru pastikan anak-anak anda mendapat khasiat seimbang terutama dari segi protein. Contoh ayam, ikan, yogurt dan lain-lain. Ayam paling mudah, boleh juga gunakan ayam tanpa antibiotik atau ayam organik sekiranya perlu dalam masalah kesihatan.

Sumber protein dalam makanan

Sumber protein dalam makanan

Adakah bayi dan kanak-kanak perlukan suplemen

Kebanyakan bayi bawah 1 tahun tidak perlukan suplemen sekiranya mereka memang bergantung kepada susu ibu, melainkan ada masalah kesihatan yang diperlukan. Bagi kanak-kanak atas 1 tahun, boleh pertimbangkan pengambilan suplemen yang penuh khasiat protein seperti Mealshake.

Mealshake terbaik untuk suplemen anak-anak

Mealshake terbaik untuk suplemen anak-anak

Kebaikan Mealshake Untuk Kanak-kanak

1. Mealshake menyediakan nutrien lengkap

Mealshake menyediakan nutrien lengkap mengandungi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A hingga Z, mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Mealshake menyediakan nutrien utama kepada sel

Disebabkan Mealshake kaya dengan protein (tanpa laktosa) membantu pembentukan kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin dan lain-lain. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun kanak-kanak.

3. Mealshake untuk tumbesaran

Mealshake mengandungi asid folik, biotin, dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel dalam proses kanak-kanak membesar.

4. Mealshake mengandungi antioksidan

Mealshake mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawan penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.

5. Mealshake mencantikkan kulit

Mengandungi vitamin b compleks, zat besi dan copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, ini sekaligus dapat meningkatkan warna kulit wajah dan mencantikkan kulit anak anda.

6. Detoksifikasi

Mealshake kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Mealshake dapat mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku pada kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)