Kenali Jenis Emas dan Kandungannya

By | 7 March 2016
Kenali jenis emas dan kandungannya

Mesti anda sudah tahu emas ada jenis-jenisnya, yang paling popular anda mungkin pernah dengar tentang emas 916, emas 999 atau emas 750. Tapi tahukah anda emas ada pelbagai jenis, dan mungkin anda juga belum ketahui kandungan setiap jenis emas tersebut.

Jenis Emas dan Kandungannya

1. Emas 999

Jenis Emas 999 kebanyakannya dalam bentuk jongkong, syiling dan dinar emas

Jenis Emas 999 kebanyakannya dalam bentuk jongkong, syiling dan dinar emas

  • Mempunyai kandungan 99.9% Emas
  • Tidak dicampur dengan bahan-bahan lain (Emas tulen)
  • Dikenali juga sebagai Emas 10 atau Emas 24 Karat (24K)
  • Kebanyakan berbentuk jongkong emas

2. Emas 950

  • Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
  • Juga sangat popular sebagai Emas Kelantan

3. Emas 916

Kebanyakan barang kemas adalah dalam jenis emas 916

Kebanyakan barang kemas adalah dalam jenis emas 916

  • Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
  • Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
  • Amat terkenal dan  popular di kalangan peminat Emas di seluruh Malaysia.

4. Emas 835

Jenis emas 835

Jenis emas 835

  • Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
  • Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Dikenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.

5. Emas 750

Jenis emas 750

Jenis emas 750

  • Mempunyai kandungan 75% Emas.
  • Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Dikenali juga sebagai Paun @ Emas 18 Karat (18K)
  • Kurang popular di kalangan pembeli Emas kerana mutunya

Yang Mana Pilihan Anda?

Dalam menyimpan emas, anda boleh pelbagaikan simpanan anda. Contohnya sebahagian anda simpan dalam bentuk jongkong emas (emas 999), dinar emas, syiling emas atau barang kemas. Antara banyak-banyak emas yang dijadikan barang kemas, saya pernah pakai emas 750.

Biasanya di Malaysia mereka tidak guna emas 750, emas 750 ibu saya belikan di Mekah masa itu sekitar tahun 2000. Cuma sebentuk gelang biasa sahaja, tapi saya sudah gadaikan beberapa tahun lalu untuk dibuat gelang yang lain.

Adakah suasa sejenis emas?

Bagi orang lelaki, suasa mungkin tidak boleh juga digunakan. Sebab ia masih mempunyai kandungan emas. Dalam suasa mengandungi 37.5% emas. Justeru suasa juga disebut sebagai emas 375.

Ingin dapatkan emas anda?

Anda juga boleh dapatkan emas anda daripada saya. Samada jongkong emas, dinar, syiling emas ataupun barang kemas insyaAllah boleh saya dapatkan untuk anda.

Suasa adalah jenis emas 375

Suasa adalah jenis emas 375

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

31 thoughts on “Kenali Jenis Emas dan Kandungannya

    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa bagi yang nak pakai belilah 916

      Reply
      1. Raihanah Ahmad Post author

        sebahagian letak sebagai emas, sebahagian letak saham. ini kalau simpanan kita dah ada 6x ganda daripada gaji

        Reply
      1. Raihanah Ahmad Post author

        emas memang punyai daya tarikan tersendiri

        Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang cantik2. alangkah baik kalau jadikan matawang kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      elok juga kak paridah, tapi kalau nak bergaya, amik 916 je.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      750 saya dah jual, skrg ada 999 dan 916 je.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      berbeza peratus emas di dalamnya sahaja

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ha betul tu, bila berkecimpung dalam hal emas, ilmu ini pun masih baru pada saya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge