Fenomena Gerhana Matahari Tanda Kebesaran Allah

By | 9 March 2016

Hari ini berlaku fenomena alam paling besar juga iaitu fenomena gerhana matahari. Anggaran berlaku peristiwa ini ialah pada 9 Mac 2016 antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Gerhana Matahari adalah fenomena alam yang unik dan mempunyai tanda kebesaran Allah

Gerhana Matahari adalah fenomena alam yang unik dan mempunyai tanda kebesaran Allah

Reaksi Rasulullah saw apabila berlaku gerhana matahari

Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?

عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.

فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku’nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.

ثُمَّ قَالَ ” إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.

وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ”
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]

Sunnah Ketika Gerhana Matahari

Apabila berlaku gerhana matahari, adalah ada beberapa perkara sunnah boleh kita laksanakan.

Solat sunat gerhana matahari

  • Ia dua rakaat
  • Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
  • Melakukan ruku’ yang panjang
  • Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
  • Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
  • Melakukan sujud yang panjang
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud dengan sujud yang panjang
  • Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
  • Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
  • Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.
Tatacara Solat Gerhana Matahari

Tatacara Solat Gerhana Matahari

Jadual waktu solat sunat gerhana matahari

Jadual waktu solat sunat gerhana matahari

Sunnah lain ketika gerhana:

  • Sedekah
  • Berdoa
  • Takbir (Allahuakbar)
  • Mengingati kebesaran dan takut azab Allah
Amalan apabila terjadinya gerhana matahari

Amalan apabila terjadinya gerhana matahari

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku’ dan memanjang ruku’nya.

ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku’ dan memanjangkan ruku’nya tetapi lebih pendek daripada ruku’ yang pertama.

ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا ا

Jemput saksikan kejadian gerhana yang dirakamkan menerusi penerbangan Lufthansa LH 435 baru-baru ini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

28 thoughts on “Fenomena Gerhana Matahari Tanda Kebesaran Allah

  1. kaknoor

    subhanallah mcam takut je bila tengok gerhana tadi memang hari kiamat dah dekat cuma kita je yg selalu alpa

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo untungnya dapat lihat, saya silau2 gitu tengok jadi taklah lama

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo sana cuaca lain. takpe, mungkin lain kali insyaAllah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kebanyakan orang camtu sebab ia berlaku di awal pagi semasa orang sedang ke tempat kerja

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge